Pinjaman Peribadi BSN 2023 (Swasta & Kakitangan Kerajaan)

BSN ada menawarkan beberapa jenis pinjaman peribadi yang boleh membantu anda yang memerlukannya. Melalui pinjaman-pinjaman ini, anda boleh meminjam sejumlah wang yang banyak dan membayarnya semula mengikut tempoh perjanjian yang telah ditetapkan.

Jika anda nak tahu lebih banyak lagi mengenai pinjaman peribadi BSN. Mari ketahuinya di dalam artikel ini.

Izinkan kami berkongsi.

Pinjaman peribadi BSN

Berikut merupakan jenis-jenis pinjaman peribadi oleh BSN.

1. BSN MyRinggit-i (SEKTOR AWAM)

Pinjaman peribadi ini adalah berlandaskan konsep syariah dan terbuka kepada golongan yang bekerja di sektor awam. Ianya adalah pinjaman islamik yang tidak bercagar. Melalui pinjaman ini, anda boleh meminjam minimum RM5,000 sehingga maksimum RM200,000 dengan kadar keuntungan sebanyak 4.60% sehingga 5.30%.

Selain itu, tempoh pinjaman juga adalah berjangka masa panjang iaitu di antara 1 tahun sehingga 10 tahun. Walau bagaimanapun, pelan pinjaman peribadi ini hanya terbuka kepada kakitangan yang bekerja di sektor atau agensi kerajaan, badan berkanun dan organisasi dengan khidmat potongan gaji BPA.

Ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman ini melalui jadual ringkasan maklumat di bawah:

 

Kadar keuntungan   Sebanyak 4.60% hingga 5.30%
Tempoh pinjaman Di antara 1 tahun hingga 10 tahun
Jumlah pinjaman Minimum RM5,000 hingga maksimum RM200,000
Sektor pekerjaan
  • Sektor kerajaan
  • Badan berkanun
  • Organisasi dengan khidmat potongan gaji BPA
Kelayakan
  • Warganegara Malaysia
  • Had umur bermula 21 tahun  hingga 60 tahun
  • Menerima pendapatan sekurang-kurangnya RM1,500 sebulan
Tempoh kelulusan 1 hingga 7 hari waktu bekerja

 

Jika anda berminat untuk memohon pinjaman peribadi BSN ini, sila ketahui dengan lebih lanjut dan terperinci melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Berikut merupakan syarat dan kelayakan yang ditetapkan untuk memohon pinjaman ini:

  • Mestilah warganegara Malaysia.
  • Had umur minimum 21 tahun hingga 60 tahun.
  • Berpendapatan sekurang-kurangnya RM1,500 sebulan.
  • Pekerja tetap.
  • Sekurang-kurangnya telah berkhidmat selama 3 bulan.
  • Kakitangan kontrak atau sementara sekurang-kurangnya telah bekerja selama 1 tahun.
  • Mempunyai akaun BSN Giro/i.

 

Dokumen diperlukan

Terdapat beberapa dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan. Antaranya adalah:

  • Salinan kad pengenalan diri (depan dan belakang).
  • Surat pengesahan majikan atau ketua jabatan.
  • Salinan slip gaji untuk 2 bulan terkini.

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman peribadi BSN MyRinggit-i (SEKTOR AWAM)?

Untuk memudahkan anda membuat pembayaran semula. Sila rujuk jadual pembiayaan ini sebagai panduan anda.

 

Di mana boleh memohon pinjaman ini?

Sekiranya anda ingin memohon pinjaman ini, anda boleh melawati mana-mana cawangan BSN berhampiran atau anda boleh terus membuat permohonan online melalui laman web rasmi BSN.

 

2. BSN MyRinggit-i (EKSEKUTIF-1)

Ini adalah pinjaman peribadi tidak bercagar dan berlandaskan syariah yang berkonsepkan Tawarruq. Melalui pinjaman ini, anda boleh meminjam bermula minimum RM10,000 sehingga RM200,000 dengan tempoh pinjaman adalah di antara 2 tahun sehingga 10 tahun.

Selain itu, kadar kentungan yang diterima adalah sebanyak 6.00% sehingga 8.50% setahun. Tambahan lagi, pinjaman peribadi ini hanya dibuka untuk kakitangan yang bekerja di sektor swasta, awam dan syarikat berkaitan kerajaan yang terpilih sahaja.

Ketahui dengan lebih lanjut mengenai pinjaman peribadi BSN MyRinggit-i (EKSEKUTIF-1) melalui jadual ringkasan maklumat di bawah:

 

Kadar keuntungan

 Sebanyak 6.00% hingga 8.50% setahun

Tempoh pinjaman

Bermula 2 tahun hingga 10 tahun

Jumlah pinjaman

Minimum RM10,000 hingga maksimum RM200,000

Sektor pekerjaan

  • Sektor awam
  • Sektor swasta
  • Syarikat berkaitan kerajaan terpilih

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Minimum umur 21 tahun hingga 60 tahun
  • Pekerja tetap
  • Pekerja kontrak dengan minimum 1 tahun perkhidmatan
  • Pendapatan minimum RM3,000 sebulan

Tempoh kelulusan

5 hari waktu bekerja

 

Jika anda berminat untuk memohon pinjaman ini, sila ketahui lebih lanjut dan terperinci melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Berikut merupakan kelayakan dan syarat yang ditetapkan untuk permohonan pinjaman ini:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun sehingga 60 tahun.
  • Merupakan pekerja tetap.
  • Pekerja kontrak dengan pengalaman minimum 1 tahun (jika berkaitan).
  • Menerima pendapatan sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan.
  • Mempunyai akaun BSN GIRO/i.
  • Berkhidmat di sektor swasta, awam dan syarikat berkaitan kerajaan terpilih sahaja.

 

Dokumen diperlukan

Sila pastikan anda melengkapkan kesemua dokumen yang diperlukan seperti:

  • 1 salinan kad pengenalan (depan dan belakang).
  • 1 salinan slip gaji 3 bulan terkini.
  • Penyata KWSP terkini.
  • Surat pengesahan oleh majikan.
  • Borang atau dokumen berkaitan cukai (jika berkaitan).

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman peribadi BSN MyRinggit-i (EKSEKUTIF-1)?

Bagi memudahkan anda untuk membuat bayaran balik pinjaman peribadi ini secara konsisten. Anda boleh merujuk jadual pembiayaan ini sebagai panduan.

Sekadar makluman, anda boleh membuat pembayaran semula dengan menggunakan kaedah arahan tetap BSN.

 

Di mana boleh memohon pinjaman ini?

Sekiranya anda berhasrat untuk membuat permohonan pinjaman peribadi ini. Anda boleh mengunjungi mana-mana cawangan BSN terdekat yang ada di sekitar anda.

Anda juga boleh memuat turun borang permohonan atau memohon secara online melalui lawan web BSN.

 

3. Pinjaman peribadi BSN MyRinggit-i PROFESIONAL

Pinjaman ini adalah pinjaman islamik berkonsepkan Tawarruq yang tidak memerlukan penjamin. Pelan pinjaman ini direka khas bagi membantu golongan profesional yang memerlukan pinjaman peribadi. Melalui pinjaman ini, anda boleh membuat pinjaman bermula RM10,000 sehingga mencecah RM400,000.

Jadi, jika anda merupakan golongan profesional yang inginkan bantuan wang dalam jumlah yang banyak. Pinjaman peribadi BSN MyRinggit-i ini sesuai untuk anda.

Selain itu, tempoh pinjaman yang ditawarkan juga adalah dalam jangka masa yang lama iaitu sekitar 1 tahun sehingga 10 tahun. Kadar keuntungan pula ialah sebanyak 2.00% sehingga 2.45% setahun. Namun begitu, sekali lagi diingatkan bahawa pinjaman ini hanya terbuka kepada golongan profesional seperti doktor, arkitek, pensyarah, jurutera, ahli farmasi dan seumpamanya.

Sila ketahui secara ringkas mengenai pinjaman peribadi ini melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan  2.00% hingga 2.45% setahun
Tempoh pinjaman 1 tahun hingga 10 tahun
Jumlah pinjaman Minimum RM10,000 hingga RM400,000
Sektor pekerjaan Golongan profesional
Kelayakan
  • Waraganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun hingga 60 tahun
  • Pendapatan bulanan minimum RM3,000
Tempoh kelulusan 5 hari waktu bekerja

 

Sekiranya anda berminat untuk memohon pelan pinjaman ini. Mari ketahui dengan lebih jelas dan terperinci  melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Berikut merupakan syarat dan kelayakan yang harus anda tahu sebelum membuat permohonan pinjaman peribadi ini:

  • Warganegara Malaysia.
  • Minimum berumur 21 tahun sehingga maksimum 60 tahun.
  • Menerima pendapatan bulanan sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan.
  • Pekerja tetap dengan perkhidmatan minimum 3 bulan.
  • Pekerja kontrak dengan perkhidmatan minimum 6 bulan.
  • Perniagaan atau syarikat telah beroperasi minimum 2 tahun (jika berkaitan).

 

Dokumen diperlukan

Terdapat beberapa dokumen yang perlu disediakan untuk melengkapkan permohonan. Antaranya adalah:

  • Salinan kad pengenalan.
  • Slip gaji 2 bulan terkini.
  • Surat pengesahan majikan.
  • Dokumen atau sijil keahlian bagi perkhidmatan mengikut profesion.
  • Dokumen berkaitan cukai (pilihan).
  • Penyata akaun bank pengkreditan gaji untuk 3 bulan terkini (pilihan).
  • Penyata KWSP (pilihan).
  • Sijil pendaftaran perniagaan (jika berkaitan).
  • Penyata pendapatan tahunan terkini berserta dokumen dan resit berkaitan percukaian (jika berkaitan).
  • Penyata kewangan 2 tahun terkini.

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman peribadi BSN MyRinggit-i PROFESIONAL?

Mengenai corak pembayaran balik pinjaman peribadi ini. Anda boleh merujuk kalkulator pembiayaan BSN ini sebagai panduan untuk memudahkan anda membuat bayaran bulanan.

Sekadar maluman, anda boleh membuat bayaran balik melalui arahan tetap BSN.

 

Di mana boleh memohon pinjaman peribadi BSN ini?

Sekiranya anda ingin memohon pinjaman peribadi ini. Anda boleh terus walk in di mana-mana cawangan BSN berhampiran.

Anda juga boleh memuat turun borang permohonan atau mohon secara online melalui laman web BSN.

 

4. BSN MyRinggit-i (FIE)

BSN MyRinggit-i (FIE) ini adalah pinjaman peribadi islamik berlandaskan syariah dan berkonsepkan Tawarruq. Selain itu, ia juga adalah pinjaman yang tidak memerlukan penjamin atau cagaran dan menawarkan jumlah pinjaman bermula RM5,000 sehingga RM200,000.

Tempoh pinjaman yang diberikan pula adalah di antara 2 tahun sehingga 10 tahun dengan kadar keuntungan 1.92% setahun. Walau bagaimanapun, pinjaman peribadi ini hanya terbuka kepada golongan pekerja di institusi kewangan berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Oleh itu, pinjaman ini hanya terhad kepada mereka yang bekerja di dalam sistem kewangan sahaja. Bukan untuk semua sektor.

Sila ketahui secara ringkas mengenai pinjaman peribadi ini melalui jadual ringkasan maklumat di bawah:

 

Kadar keuntungan  1.92% setahun
Tempoh pinjaman 2 tahun hingga 10 tahun
Jumlah pinjaman Minimum RM5,000 hingga RM200,000
Sektor pekerjaan Kakitangan institusi kewangan dan perbankan
Kelayakan
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun hingga 60 tahun
  • Pendapatan bulanan minimum RM3,000
  • Mempunyai akaun BSN Giro/i
Tempoh kelulusan 1 hingga 7 hari waktu bekerja

 

Jika anda layak untuk memohon pinjaman peribadi ini. Anda boleh ketahui lebih lanjut dan terperinci melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Berikut merupakan syarat dan kelayakan yang ditetapkan untuk memohon:

  • Warganegara Malaysia.
  • Minimum berumur 21 tahun dan maksimum 60 tahun.
  • Berkhidmat di institusi kewangan berlesen yang diluluskan Bank Negara malaysia (BNM).
  • Berkhidmat minimum 1 tahun dalam industri perbankan.
  • Menerima pendapatan bulanan minimum RM3,000.
  • Mempunyai akaun BSN Giro/i.

PERHATIAN

Institusi kewangan yang dinyatakan adalah tidak termasuk yang mempunyai kemudahan Biro Peerkhidmatan Angkasa (BPA).

 

Dokumen diperlukan

Terdapat beberapa senarai dokumen yang perlu dikemukakan untuk permohonan pinjaman ini. Antaranya adalah:

  • Salinan kad pengenalan (depan dan belakang).
  • Slip gaji 2 bulan terkini.
  • Surat pengesahan majikan.
  • Penyata KWSP terkini.

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman peribadi BSN MyRinggit-i (FIE)?

Bagi memudahkan anda membuat bayaran balik pinjaman peribadi ini. Anda boleh merujuk jadual permbiayaan ini atau kalkulator pembiayaan ini sebagai panduan.

Sekadar makluman, untuk membuat bayaran balik. Anda boleh menggunakan kaedah pembayaran arahan tetap BSN.

 

Di mana boleh memohon pinjaman peribadi BSN ini?

Sekiranya anda merupakan kakitangan yang layak memohon dan ingin membuat permohonan. Anda boleh terus menghadirkan diri di mana-mana cawangan berhampiran anda.

Anda juga boleh memuat turun borang permohonan atau mohon secara online melalui laman web BSN.

 

5. Pinjaman peribadi BSN MyRinggit (SEKTOR AWAM)

Pinjaman peribadi BSN MyRinggit ini adalah tidak bercagar dan hanya terbuka kepada kakitangan di sektor kerajaan, agensi atau syarikat berkaitan kerajaan dan organisasi dengan kemudahan potongan gaji BPA. Melalui pinjaman ini, anda akan ditawarkan dengan jumlah pinjaman bermula RM5,000 sehingga RM200,000.

Selain itu, tempoh pinjaman yang diberikan adalah sekitar 1 tahun sehingga 10 tahun dengan kadar faedah serendah 4.60% sehingga 5.30% setahun.

Sila ketahui secara ringkas mengenai pinjaman peribadi ini melalui jadual di bawah:

 

Kadar faedah

 4.60% hingga 5.30% setahun

Tempoh pinjaman

1 tahun hingga 10 tahun

Jumlah pinjaman

Minimum RM5,000 hingga RM200,000

Sektor pekerjaan

  • Sektor kerajaan
  • Agensi atau syarikat berkaitan kerajaan
  • Organisasi dengan kemudahan potongan gaji BPA

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Minimum umur 21 tahun hingga maksimum 60 tahun
  • Pendapatan bulanan minimum RM1,500 sebulan

Tempoh kelulusan

1 hingga 7 hari waktu bekerja

 

Jika anda berminat untuk memohon pinjaman peribadi ini. Sila ketahui dengan lebih jelas dan terperinci melalui maklumat tambahan di bawah:

Kelayakan untuk memohon

Berikut merupakan syarat dan kelayakan yang ditetapkan untuk memohon:

  • Mestilah warganegara Malaysia.
  • Minimum umur 21 tahun sehingga maksimum 60 tahun.
  • Menerima pendapatan minimum RM1,500 sebulan.
  • Kakitangan di sektor kerajaan, agensi atau syarikat berkaitan kerajaan dan organisasi dengan kemudahan potongan gaji BPA.
  • Pekerja tetap yang telah berkhidmat minimum 3 bulan.
  • Pekerja kontrak yang telah berkhidmat minimum 12 bulan.
  • Mempunyai akaun BSN Giro/i.

 

Dokumen diperlukan

Di bawah merupakan senarai dokumen yang diperlukan untuk memohon. Antaranya adalah:

  • Salinan kad pengenalan (depan dan belakang).
  • Surat pengesahan majikan.
  • Salinan slip gaji 2 bulan terkini.

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman peribadi BSN MyRinggit (SEKTOR AWAM)?

Bagi memudahkan anda membuat pembayaran balik pinjaman peribadi ini. Anda boleh merujuk jadual pembiayaan ini atau gunakan kalkulator pembiayaan ini sebagai panduan.

 

Di mana boleh memohon pinjaman ini?

Anda boleh memohon pinjaman ini secara walk in dengan hadir di mana-mana cawangan BSN berdekatan anda. Selain itu, anda juga boleh memuat turun borang permohonan atau membuat permohonan secara atas talian melalui laman web BSN.

 

6. BSN MyRinggit (EKSEKUTIF-1)

Pinjaman peribadi ini dicipta khas untuk membantu pegawai eksekutif memenuhi keperluan pinjaman mereka pada kadar yang berpatutan. Pinjaman ini juga adalah tidak bercagar dan memberikan pinjaman berjumlah RM3,000 sehingga RM200,000.

Selain itu, tempoh pinjaman yang diberikan adalah minimum 2 tahun sehingga maksimum 10 tahun dengan kadar faedah serendah 6.00% sehingga 8.50% setahun.

Sila ketahui secara ringkas mengenai pinjaman peribadi ini melalui jadual di bawah:

 

Kadar faedah

 6.00% hingga 8.50% setahun

Tempoh pinjaman

2 tahun hingga 10 tahun

Jumlah pinjaman

Minimum RM3,000 hingga RM200,000

Sektor pekerjaan

Pegawai eksekutif

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun hingga 60 tahun
  • Pendapatan minimum bulanan RM3,000
  • Mempunyai akaun bank BSN Giro/i

Tempoh kelulusan

5 hari waktu bekerja

 

Sekiranya anda berminat untuk memohon pinjaman peribadi ini. Sila ketahui lebih lanjut dan terperinci melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Berikut merupakan syarat dan kelayakan yang diminta untuk permohonan pinjaman ini:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur minimum 21 tahun hingga maksimum 60 tahun.
  • Pekerja tetap.
  • Pekerja kontrak dengan perkhidmatan minimum 1 tahun (jika berkaitan).
  • Berpendapatan minimum RM3,000 sebulan.
  • Mempunyai akaun bank BSN Giro/i.
  • Berkhidmat di syarikat, organisasi dan seumpamanya yang terpilih sahaja.

 

Dokumen diperlukan

Di bawah merupakan senarai dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan ini. Antaranya adalah:

  • 1 salinan kad pengenalan (depan dan belakang).
  • 1 salinan slip gaji 3 bulan terkini.
  • Penyata KWSP terkini.
  • Surat pengesahan majikan.
  • Dokumen atau borang berkaitan cukai (jika berkaitan).

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman peribadi BSN MyRinggit (EKSEKUTIF-1)?

Bagi memudahkan anda untuk membuat bayaran balik pinjaman ini. Anda boleh merujuk jadual pembiayaan ini atau menggunakan kalkulator pembiayaan sebagai panduan.

 

Di mana boleh memohon pinjaman ini?

Sekiranya anda layak dan ingin memohon pinjaman peribadi ini. Anda boleh membuat permohonan di mana-mana cawangan BSN berhampiran anda.

Anda juga boleh memuat turun borang permohonan atau mohon secara online melalui laman web BSN.

 

Akhir kata

Kesimpulannya, terdapat banyak jenis pinjaman peribadi BSN yang ditawarkan untuk pelbagai jenis sektor. Tambahan lagi, anda juga boleh memilih untuk memohon pinjaman peribadi yang bercirikan islamik atau konvensional. Cuma yang pasti kena betul-betul memenuhi syarat dan kelayakan anda.

Selain daripada pinjaman peribadi BSN ini. Anda juga boleh semak pembiayaan peribadi lain yang ada di Malaysia bagi memudahkan anda membuat perbandingan dan pilihan.

Diharapkan perkongsian ini dapat memberikan informasi dan membantu anda berkenaan pinjaman peribadi.

Semoga bermanfaat.

3 thoughts on “Pinjaman Peribadi BSN 2023 (Swasta & Kakitangan Kerajaan)”

Leave a Comment