Pinjaman ASB Bank Islam 2023 (ASB Financing-i, Patuh Syariah)

Pelaburan anda kini jadi lebih mudah dengan adanya perkhidmatan produk pinjaman untuk melabur seperti ASB. Selain daripada meminjam, anda juga dapat menyimpan dan melabur. Salah satu bank yang menyediakan pembiayaan ini adalah produk pinjaman ASB Bank Islam.

Sekadar makluman, pinjaman peribadi Bank Islam turut ditawarkan khusus untuk individu yang bekerja di sektor kerajaan dan juga swasta. Namun begitu, jika anda lebih berminat untuk mencuba pinjaman ASB oleh Bank Islam. Mari ketahui beberapa maklumat penting di sini.

Izinkan kami berkongsi.

Pinjaman ASB Bank Islam

Berikut merupakan jenis pinjaman ASB yang ada di Bank Islam.

Pembiayaan ASB-i

Produk pinjaman ASB ini adalah bersifat islamik dan patuh syariah yang menggunakan konsep Tawarruq. Ia adalah bertujuan untuk membiayai langganan unit-unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2). Melalui pembiayaan ini, anda boleh membuat pinjaman bermula minimum RM10,000 sehingga maksimum RM200,000.

Selain itu, tempoh pinjaman yang diberikan adalah dari 1 tahun sehingga mencecah 40 tahun atau ketika mencapai umur persaraan. Ia adalah bergantung kepada yang mana lebih awal dicapai. Di samping itu, pinjaman ini dikira secara kadar terapung iaitu serendah (BR+1.00%) dengan Takaful dan (BR+1.25%) tanpa Takaful.

Namun begitu, jumlah margin pembiayaan adalah tidak dinyatakan.

Sila ketahui secara ringkas mengenai Pembiayaan ASB-i ini melalui jadual di bawah:

 

Kadar terapung
  • (BR+1.00%) dengan Takaful
  • (BR+1.25%) tanpa Takaful
Tempoh pinjaman 1 tahun hingga 40 tahun
Jumlah pinjaman RM10,000 hingga RM200,000

Margin pembiayaan

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas

Kategori pinjaman

Pembiayaan Islamik

 

Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman ASB Bank Islam ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Bukan penghutang penghakiman atau bankrap.
  • Telah berkhidmat di bawah majikan yang diluluskan.
  • Merupakan kakitangan tetap sekurang-kurangnya 6 bulan ke atas.
  • Merupakan kakitangan kontrak sekurang-kurangnya 2 tahun bagi kakitangan kerajaan dan sektor swasta terpilih sahaja.
  • Menerima pendapatan kasar bulanan minimum RM2,000.
  • Sekurang-kurangnya 2 tahun dalam perniagaan (jika berkaitan atau bekerja sendiri).
  • Perniagaan menguntungkan sejak 2 tahun lalu (jika berkaitan).

 

Dokumen diperlukan

Antara dokumen yang perlu disediakan untuk memohon adalah:

  • Salinan kad pengenalan (depan dan belakang).
  • Slip gaji 1 bulan terkini (pilihan).
  • Penyata akaun bank pengkreditan gaji 1 bulan terkini (pilihan).
  • Penyata pendapatan tahunan terkini (pilihan dan jika berkaitan).
  • Penyata KWSP terkini (pilihan).
  • Surat pengesahan bekerja (pilihan dan jika berkaitan).
  • Penyata akaun semasa 6 bulan terkini (pilihan dan jika bekerja sendiri).
  • Borang cukai pendapatan terkini dengan resit pembayaran (pilihan dan jika bekerja sendiri).
  • Penyata kewangan 2 tahun lepas (pilihan dan jika bekerja sendiri).

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan Pembiayaan ASB-i?

Bagi memudahkan anda untuk membuat bayaran balik pinjaman ini secara konsisten. Sila rujuk jadual ini sebagai panduan.

 

Di mana boleh memohon pinjaman ASB Bank Islam ini?

Sekiranya anda berminat untuk memohon pinjaman ASB Bank Islam ini. Anda boleh terus hadir ke mana-mana cawangan Bank Islam yang berhampiran anda.

Selain itu, anda juga boleh membuat permohonan secara online melalui laman web Bank Islam di sini bankislam.com.

 

Akhir kata

Sampai di sini sahaja maklumat mengenai pinjaman ASB Bank Islam yang dapat kami bawakan kepada anda. Diharapkan dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberikan anda lebih rujukan untuk mengenalpasti beberapa keperluan seperti kelayakan, dokumen dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, elakkan dari membuat keputusan yang menjerat diri sendiri. Kalau rasa tidak mampu untuk buat pinjaman ASB ini. Jangan teruskan.

Semoga bermanfaat.

1 thought on “Pinjaman ASB Bank Islam 2023 (ASB Financing-i, Patuh Syariah)”

Leave a Comment