Pinjaman ASB RHB 2023 (EASY-ASB & EASY-ASB2 Financing)

Adakah anda sedang merancang untuk membuat pembiayaan pelaburan? Jika ya. Anda boleh cuba mohon pinjaman ASB RHB yang ada ditawarkan bagi anda yang berminat. Jadi, mari baca beberapa maklumat mengenai pinjaman ASB di sini.

Sebelum anda pergi dengan lebih lanjut. Langkau artikel ini jika anda nak mohon pinjaman peribadi RHB yang ditawarkan untuk individu yang bekerja di sektor swasta, awam mahupun pesara. Manalah tahu kalau-kalau anda lebih prefer personal loan.

Sekarang, mari teruskan kepada pinjaman ASB RHB.

Izinkan kami berkongsi.

Pinjaman ASB RHB

Berikut merupakan jenis pinjaman ASB yang disediakan oleh RHB.

Pembiayaan ASB RHB

Produk pinjaman ini mampu memaksimumkan simpanan masa depan anda menerusi kemudahan kredit yang diberikan kepada pelanggan yang ingin melabur dalam dana Unit Amanah ASNB yang diuruskan oleh PNB. Melalui pinjaman ini, anda boleh membuat pinjaman berjumlah minimum RM20,000 sehingga maksimum RM200,000.

Selain itu, anda akan diberikan tempoh pinjaman bermula dari 5 tahun sehingga 40 tahun atau ketika mencapai umur persaraan. Seterusnya, margin pembiayaan pula adalah tinggi sehingga 100% dengan kadar faedah serendah kadar asas (KA) + 1.05%.

Terdapat beberapa kelebihan yang menarik yang akan anda perolehi daripada pinjaman ini. Antaranya adalah bayaran balik mampu milik serendah RM80.00 sebulan, kelulusan dengan pengeluaran mudah, kadar pembiayaan rendah bermula dari serendah 3.40% dan kaedah pembayaran balik yang mudah.

Sila ketahui secara ringkas mengenai Pembiayaan ASB RHB ini melalui jadual di bawah:

 

Kadar faedah Serendah kadar asas (KA)+1.05%
Tempoh pinjaman 5 tahun hingga 40 tahun
Jumlah pinjaman RM20,000 hingga RM200,000

Margin pembiayaan

100%

Kelayakan

  • Warganegara atau bumiputera Malaysia
  • Berumur minimum 18 tahun sehingga maksimum 60 tahun

Kategori pinjaman

Pembiayaan konvensional

 

Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman ASB RHB ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • Warganegara atau bumiputera Malaysia.
  • Berumur minimum 18 tahun sehingga maksimum 60 tahun.
  • Mempunyai pendapatan bulanan.
  • Mempunyai syarikat atau perniagaan yang telah didaftarkan di SSM.

 

Dokumen diperlukan

Antara dokumen yang perlu disediakan untuk memohon adalah:

  • Salinan kad pengenalan.
  • Slip gaji 3 bulan terkini (pilihan).
  • Penyata komisen 6 bulan terkini (jika penerima komisen).
  • Penyata akaun bank pengkreditan gaji 3 atau 6 bulan terkini (pilihan).
  • Penyata KWSP 6 bulan terkini (pilihan).
  • Surat pengesahan majikan (jika berkaitan).
  • Sebarang dokumen berkaitan pendaftaran perniagaan (jika berkaitan dan pilihan).
  • Sijil amalan profesional semasa dan sah yang dikeluarkan oleh badan kompeten yang berkaitan (untuk amalan profesional).
  • Penyata akaun bank syarikat 6 bulan terkini (jika berkaitan).
  • Sebarang dokumen, borang dan resit berkaitan cukai terkini (jika berkaitan).

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan Pembiayaan ASB RHB?

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik pinjaman ini. Sila rujukĀ halaman ini untuk maklumat lanjut. Anda juga boleh menggunakan kalkulator pinjaman di halaman yang sama untuk mengetahui anggaran jumlah bayaran bulanan.

Sekadar makluman, anda boleh membuat bayaran balik pinjaman ini menggunakan kaedah arahan tetap, bayar di terminal layan diri atau perbankan internet.

 

Di mana boleh memohon pinjaman ASB RHB ini?

Sekiranya anda berminat untuk memohon pinjaman ASB RHB ini. Anda boleh mohon secara walk in dengan hadir di mana-mana cawangan RHB berdekatan anda.

Selain itu, anda juga boleh membuat permohonan secara online melalui laman web RHB di sini rhbgroup.com.

 

Akhir kata

Ini sahaja maklumat mengenai pinjaman ASB RHB yang dapat kami berikan kepada anda. Kami berharap dengan adanya penulisan ini, anda dapat mengenalpasti beberapa kelebihan pinjaman ini dan membuat perbandingan dengan pinjaman ASB di bank-bank lain terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment