Pinjam Duit Dengan Orang Kaya 2023 (Urgent & Kecemasan)

Aku tahu kau sekarang sudah tidak tentu arah. Nak pinjam duit urgent. Kau cuba nak pinjam duit dengan orang kaya, tapi tak tahu macam mana. Aku tak kata bahawa aku akan tolong kau dapatkan duit. Tapi kau boleh cuba beberapa tips di bawah supaya boleh dapat apa yang kau inginkan.

Tidak sama dengan cara pinjam duit dengan datin, tapi kau boleh dapatkan sedikit idea bagaimana nak menghadapi detik-detik cemas ini nanti.

Cara pinjam duit dengan orang kaya

1. Jujur, jangan menipu

Orang kaya bukan jenis yang bodoh dan mudah ditipu. Kalau tidak, macam mana dia jadi kaya dan kau kekal miskin. Pertama sekali, orang kaya dah boleh agak samada kau buat-buat cerita atau berkata benar.

Kalau kau nak pinjam sebab ahli keluarga kau masuk hospital, cakap betul-betul. Kalau kau nak pinjam sebab nak baiki motosikal kau yang tak boleh start, beritahu dia.

Jadi, jalan paling selamat ialah kau cakap apa tujuan kau pinjam. Jangan corner sana, corner sini. Berterus terang kalau urgent. Tak payah nak buat muka kalau dia tak bagi. Teruskan hidup. Move-on.

 

2. Pinjam dalam amaun yang kecil

Dari sudut psikologi, kalau kau nak minta sesuatu yang besar daripada seseorang, kau perlu dapatkan sesuatu yang kecil dari dia. Ini bermakna, kalau kau nak pinjam duit yang banyak daripada orang kaya, kau perlu buat pinjaman dalam amaun yang kecil terlebih dahulu. Mudah bukan?

Setakat RM500, memang tak ada masalah bagi si kaya. Kalau kau jenis yang tak tahu malu, cubalah pinjam RM50 atau RM100. Bagi orang kaya, amaun tersebut terlalu kecil. Tak mengganggu hidup dia pun. Tapi kalau kau jenis ada maruah dan harga diri, kau tak akan pinjam suka-suka sebegitu. Jangan jadikan tabiat pula.

 

3. Jumpa dia, bukan main Whatsapp

Kau ingat orang kaya ada masa yang banyak macam kau? Dia pun sibuk dengan kerja dia. Kau janganlah berharap yang dia akan reply Whatsapp kau.

Orang yang betul-betul perlukan bantuan ialah orang yang berjumpa depan-depan. Bukan beselindung di sebalik mesej Whatsapp. Jumpa orang kaya tersebut dan jelaskan betul-betul kenapa kau perlu meminjam dari dia.

Itu menunjukkan kau hormat dia. Nak duit dia, jumpalah dia. Bukan bererti menyembah, tapi lebih kepada hormat. Cuma janganlah hormat dan termakan budi sampai kau sembah dia.

Berpada-padalah. Rezeki itu Allah yang bagi. Bukan dia si orang kaya yang bagi.

 

4. Nak pinjam duit urgent, kena jaga perangai

Ini adalah satu perkara yang kau kena jaga.

Bila kau senang, jangan berlagak.

Bila kau lapang, jangan berat tulang nak tolong orang lain.

Bila kau susah satu hari nanti, kau akan pinjam duit kecemasan juga.

Tak perlu sembang macam mana nak jadi kaya.

Cukup sekadar jaga hubungan baik sesama manusia.

Jadi, apabila saat kau perlu pinjam duit dengan orang, orang tak akan tolak.

Ini lebih kepada adab dan sikap kau sendiri.

Jangan bila dan terdesak nak pinjam duit urgent, barulah nak tunjuk baik.

Masa itu, memang semua orang buat tak peduli.

 

5. Hubungi melalui media sosial

Kalau kau tak dapat contact melalui Whatsapp sebab tak ada nombor telefon dia, kau boleh cuba reach out melalui media sosial yang lain seperti Tik Tok, Instagram, Facebook dan Twitter.

Contohnya, kalau nak pinjam duit dengan Dato Vida, kau boleh cuba try DM atau PM personal dia.

Aku tak kata dia akan reply mesej kau.

Aku cuma kata kau boleh cuba dan usaha.

 

Akhir kata

Nak berhutang ini perlukan seni. Seni meminjam nama dia. Jadi, kalau kau nak pinjam duit dengan orang kaya, kau kena tahu seni meminjam. Jangan selamba terjah dan minta duit. Mahu kena halau nanti.

Berbudi bahasalah. Sekarang ini, kau yang perlukan pertolongan. Orang kaya itu tak rugi apa-apa. Kau yang rugi sebenarnya.

Aku doakan semoga urusan kehidupan kau dipermudahkan. Semoga kau berjaya dapatkan bantuan kewangan dari orang kaya yang kau inginkan.

Semoga bermanfaat.

28 thoughts on “Pinjam Duit Dengan Orang Kaya 2023 (Urgent & Kecemasan)”

  1. Sy dalam susahh sangat kalau Ade rezeki bantu kami , isteri sy mengandung, lagi tempat tinggal pun nak kosong kan , sy xde kerja sekarang , tempat kerja dah tipu duit

    Reply
  2. Saya memerlukan pertologn.membuat modal pekerjaan renovation saya.utk membayar gaji pendahuluan pekerja yg saya upah?

    Reply
  3. Hi saya surirumah saya nak minta pinjam rm3000 boleh ke saya cuma kerja dari rumah kalau dapat tolong saya boleh start kerja sendiri tolong lah saya untuk kurangka beban suami saya lagi pun saya ada tiga orang anak

    Reply
  4. Tak payah cakap org kaya.. keluarga kita sendiri yg kaya raya pun tak nak buka pintu bila kita dtg.. pertama kali nak pinjam dlm hidup, betul2 emergency tapi dpt alasan mcm2.. ne dha soal hidup mati.. tetap jugak kena tendang tepi.. keluarga sendiri tau.. bukan org luar.. nak jumpa org luar yg kaya nak tolong kita belum tentu ade.. sedihhh..

    Reply
  5. Sy cuma mencari kerja2 partime..sy sudah bekerja office hour..tpi cuba mncari kerja partime lain..selama 1bulan mencari satu pun tidak jumpa utk kerja malam..

    Sampai tersedak membuat pinjaman dengan pinjaman wang berlesen .. sebabkan loan bank kesemua nya reject..

    Permintaan jasa baik pihak tuan/puan membantu masalah yg sy terima sebelom bunga smua nya naik makin ketara😓😓

    Reply
  6. Tak kenal dgn mana2 org kaya…..🙁….nk pinjam 3000 sy nak setelkn dkt tmpt pinjaman wang blesen..serabut sgt dah..lewat sikit byr…dh naik interest…tgh sarat mgandung skrg ni…..tlg la bantu sy…stress sgt2….byr bulan2 100 saya mampu…….tlg sy….sy xnak bsalin dlm keadaan stress…..

    Reply
  7. Saya ingin mohon bantuan untuk bayar rumah sewa yang tertungak sebulan RM 400.. Suami Saya berada didalam penjara sekarang ne. Saya brharap dapat dipermudahkan segala urusan kesempitan saya Dan anak2 saya yang masih kecil. Aamin.

    011-72213768 ne nombor telifon saya.

    Reply
  8. Saya ingin mohon bantuan untuk bayar rumah sewa yang tertungak sebulan RM 400.. Suami Saya berada didalam penjara sekarang ne. Saya brharap dapat dipermudahkan segala urusan kesempitan saya Dan anak2 saya yang masih kecil. Aamin.

    011-72213768 ne nombor telifon saya.

    Reply
  9. mana2 org kaya…..🙁….saya nk pinjam 3000 sy nak setelkn dkt tmpt pinjaman wang blesen..serabut sgt dah..lewat sikit byr…dh naik interest…tgh serabut skrg ni…..tlg la bantu sy…stress sgt2….byr bulan2 100 saya mampu…….tolong la saya

    Reply
  10. saya ingin mmbuat pinjaman sbb tersangkut byaran loan kereta selama 2 bulan ini..kerana gaji krmasulan lambat..manakala due date payment kene tgh bulan..mohon sape2 bole bantu..😊

    Reply
  11. Help me.. i really need help right now.. please.. anyone ,just anyone please.. i’ll will repay u monthly but all i need now is i really need money now.. i’ll do anything if anyone of u can help me..

    Reply
  12. Assalamualaikum… Sy desperate nak pinjam rm4500 utk sy setelkan hutang dgn ahlong… Kalau sini ada yg sudi nak pinjamkan, sy boleh byr bulan2 rm500. Boleh contact sy di talian 014-5099620…Terima kasih sgt pd yg sudi bantu sy…

    Reply
  13. Salam. Saya perlukan pinjaman urgent sebab saya kena bayar company yang hilang disebabkn pukau. So sy kena bayar semua tu. Sy betul2 terdesak sebab tak tahu nak cari mana. Saya sudah habiskn duit saya semua untuk bayar tapi tidak cukup sampai saya sendiri tak ada duit satu sen pun. Saya harap boleh bantu saya

    Reply

Leave a Comment