Pinjam Duit Dengan Dato Vida (Boleh Cuba Cara Ini)

Dato Vida merupakan seorang usahawan kosmetik dan selebriti terkenal di Malaysia. Mesti kau biasa dengar nama Dato Vida kan? Boleh kata semua orang dekat Malaysia ini pun tahu yang beliau adalah salah seorang usahawan kosmetik yang kaya-raya. Tapi, pernah tak sekali-sekala kau terfikir untuk pinjam duit dengan Dato Vida bila kau dalam keadaan yang terdesak?

Kalau kau rasa aku ini merepek yang bukan-bukan, terserah. Cuma untuk pengetahuan kau, apa yang aku bagitahu ini memang tak mustahil ada orang yang pernah cuba nak buat tapi tak tahu nak mula dari mana.

Oleh itu, untuk membantu urusan kau jadi lebih mudah. Aku ada kongsikan beberapa cara pinjam duit dengan orang kaya macam Dato Vida itu dekat sini.

Cara pinjam duit dengan Dato Vida

Betul ke Dato Vida nak bagi bantuan dan pinjaman?

Kalau tak percaya cuba tengok video di YouTube ini:

Sekarang, macam mana nak mulakan langkah seterusnya?

1. Dapatkan maklumat untuk berkomunikasi dengan Dato Vida

Ok, aku tahu kau tak faham apa bendanya maklumat untuk berkomunikasi itu. Betul tak?

Tak apa. Ini penjelasan aku untuk buat kau faham.

Maklumat untuk berkomunikasi itu macam nombor telefon, nama akaun media sosial, alamat emel dan sebagainya.

Kalau kau tertanya-tanya untuk apa semua ini.

Ianya adalah untuk pastikan kau dapat menyampaikan hasrat kau nak pinjam duit dengan beliau melalui komunikasi dua hala.

Tak kiralah kau guna Whatsapp ke, telefon direct dengan Dato Vida ke asalkan kau tahu macam mana cara nak menghubungi beliau.

Benda ini penting untuk kau tahu.

Kalau kau tak ada semua ini, memang sampai ke sudahlah Dato Vida tak tahu kau perlukan bantuan kewangan.

Takkan dia pula kena cari kau kan?

 

2. Hantar surat rasmi untuk pinjam duit

Biasalah, kalau kau nak minta tolong orang lain lebih-lebih lagi berkaitan duit.

Kau kenalah ada adab.

Nak-nak pula bila kau cuba pinjam dari golongan yang berada dan berpangkat.

Mestilah kau kena mohon pinjaman itu dengan cara yang lebih proper iaitu dengan menghantar surat rasmi kepada beliau.

Alahai, sedangkan buat loan dengan bank pun perlu macam-macam dokumen.

Takkan nak pinjam duit dengan Dato Vida pakai cakap mulut saja.

Satu lagi, bila kau guna cara macam ini.

Nampaklah sikit yang kau memang betul-betul perlukan bantuan duit sampai sanggup bersusah payah buat surat.

 

3. Berterus-terang masa nak pinjam duit

Nak pinjam duit dengan Dato Vida atau sesiapa pun, kau kena berterus-terang.

Kalau boleh, bagitahu saja sebab apa kau nak pinjam duit.

Jangan sorok apa-apa.

Kau pula janganlah nak pinjam duit dengan alasan yang tak munasabah dan jangan menipu.

 

4. Jangan berjanji bulan dan bintang

Masa nak pinjam duit dengan Dato Vida nanti.

Jangan pula kau janjikan perkara yang kau tak mampu buat.

Contohnya, katakan yang beliau minta kau bayar dalam tempoh 2 jam lepas kau pinjam.

Tapi kau hanya boleh bayar balik 2 minggu lepas itu.

Kau bagitahu saja pada beliau.

Jangan kau iyakan saja asalkan dapat pinjam duit.

Bukan apa, risau nanti kau yang akan terima akibat.

Kalau boleh kata boleh, kalau tak boleh kata saja tak boleh.

 

5. Adat berhutang, mesti bayar balik

Ini perkara paling penting kau kena ingat.

Bila dah dapat pinjam duit dengan Dato Vida nanti, kau kena bayar semula.

Jangan bila dah dapat duit, kau diamkan diri terus macam itu saja.

Takkan beliau pula nak kena mengemis duit yang kau pinjam dari beliau.

Pandai pinjam, pandai bayar semula.

 

Akhir kata

Nak pinjam duit dengan Dato Vida atau sesiapa pun. Kau kena ambil kira dulu macam-macam perkara. Jangan kau main redah saja.

Sebab yang membayarnya kau juga nanti.

Kalau kau rasa tak boleh ikut cara-cara yang aku senaraikan dekat atas itu. Lebih baik kau lupakan saja hasrat kau atau semak dulu senarai pinjaman yang kau lebih mudah untuk mohon.

Aku harap aku dapat sedikit-sebanyak melancarkan urusan kewangan kau.

Semoga bermanfaat.

15 thoughts on “Pinjam Duit Dengan Dato Vida (Boleh Cuba Cara Ini)”

  1. Aslamulaikum saya Mohd Amir Fikri bin poniran,saya ni merantau ke pahang mencari rezeki,saya nak beli barang dapur,beli tilam ,bayar hutang emak

    Reply
  2. Assalamualaikum Dato’.tolong saya Dato’ ..sy perlukan duit untuk makan..sy terdesak yg amat skrg ni..sy perlukan rm20 untuk beli minyak masak dan lauk..berharap sgt Dato’ dapat bantu pinjamkan sy duit sebanyak inišŸ¤²

    Reply
  3. Assalamualaikum Dato’… Sya seorg tunggal & mempunyai 5 org anak, sya perlukn bantuan kewangan dr Dato’,sya berhrp sgt mdh2an Dato’ sudi memberi bantuan pd kami Sekeluarga

    Reply
  4. Assalamualaikum..dato…saya puan sall dari paka..saya nak meminjam duit dato rm5000 sementara saje..pertengahan bulan 11 saya akan bayar balik..terima kasih.

    Reply
  5. Dato’tujuan saya membuat pinjaman wang berlesen sebab saya nak buat bayar sewa rumah saya Dato’ dan saya nak buat bayar perubatan anak saya yang sedang sakit Dato’.

    Reply

Leave a Comment