Bantuan Kewangan Dari Orang Kaya 2023 (Urgent Sangat, Perlukan Sekarang)

Aku tahu kau sekarang buntu. Kau cuba nak dapatkan bantuan kewangan dari orang kaya, tapi tak tahu macam mana. Aku tak kata aku akan tolong kau dapatkan duit. Tapi kau boleh cuba beberapa tips di bawah supaya boleh dapat apa yang kau inginkan.

Tidak sama dengan cara pinjam duit dengan datin, tapi kau boleh dapatkan sedikit idea bagaimana nak menghadapi detik-detik cemas ini nanti.

Cara dapatkan bantuan kewangan dari orang kaya

1. Berkata jujur, jangan berbohong

Nak pinjam duit dengan orang kaya, jangan corner sana, corner sini. Jangan cerita pusing-pusing.

Orang kaya bukan jenis yang bodoh dan mudah ditipu. Kalau tidak, macam mana dia jadi kaya dan kau kekal miskin. Pertama sekali, orang kaya dah boleh agak samada kau buat-buat cerita atau berkata benar.

Kalau kau nak pinjam sebab ahli keluarga kau masuk hospital, cakap betul-betul. Kalau kau nak pinjam sebab nak baiki motosikal kau yang tak boleh start, beritahu dia.

Jadi, jalan paling selamat ialah kau cakap apa tujuan kau pinjam. Jangan corner sana, corner sini. Berterus terang kalau urgent. Tak payah nak buat muka kalau dia tak bagi. Teruskan hidup. Move-on.

 

2. Pinjam dalam jumlah yang kecil

Dari sudut psikologi manusia, kalau kau nak minta sesuatu yang besar daripada seseorang, kau perlu dapatkan sesuatu yang kecil dari dia. Ini bermakna, kalau kau nak pinjam duit yang banyak daripada orang kaya, kau perlu buat pinjaman dalam amaun yang kecil terlebih dahulu. Mudah bukan?

Setakat RM500, memang tak ada masalah bagi si kaya. Kalau kau jenis yang tak tahu malu, cubalah pinjam RM50 atau RM100. Bagi orang kaya, amaun tersebut terlalu kecil. Tak mengganggu hidup dia pun. Tapi kalau kau jenis ada maruah dan harga diri, kau tak akan pinjam suka-suka sebegitu. Jangan jadikan tabiat pula.

 

3. Jumpa orang kaya itu, bukan melalui Whatsapp

Kau ingat orang kaya ada masa yang banyak macam kau? Dia pun sibuk dengan kerja dia. Kau janganlah berharap yang dia akan reply Whatsapp kau.

Orang yang betul-betul perlukan bantuan ialah orang yang berjumpa depan-depan. Bukan beselindung di sebalik mesej Whatsapp. Jumpa orang kaya tersebut dan jelaskan betul-betul kenapa kau perlu meminjam dari dia.

Itu menunjukkan kau hormat dia. Nak duit dia, jumpalah dia. Bukan bererti menyembah, tapi lebih kepada hormat. Cuma janganlah hormat dan termakan budi sampai kau sembah dia.

Berpada-padalah. Rezeki itu Allah yang bagi. Bukan dia si orang kaya yang bagi.

 

Akhir kata

Nak berhutang ini perlukan seni. Seni meminjam nama dia. Jadi, kalau kau nak dapatkan bantuan kewangan dari orang kaya, kau kena tahu seni meminjam. Jangan selamba terjah dan minta duit. Mahu kena halau nanti.

Berbudi bahasalah. Sekarang ini, kau yang perlukan pertolongan. Orang kaya itu tak rugi apa-apa. Kau yang rugi sebenarnya.

Aku doakan semoga urusan kehidupan kau dipermudahkan.

16 thoughts on “Bantuan Kewangan Dari Orang Kaya 2023 (Urgent Sangat, Perlukan Sekarang)”

  1. Assalammualaikum saya seorang ibu tunggal ingin memohon pinjaman wang untuk membeli keperluan barangan dapur dan membayar sedikit tunggakan bil eletrik dan air,,,saya harap dapat lah memberi sedikit pinjaman untuk saya

    Reply
  2. Salam , sy dengan rendah diri ingin sangat mohon pinjaman daripada siapa” sahaja yang sudi tolong sy, sy dari sabah orang susah ,sy nak pinjam 1k untuk langsaikan hutang sehari hari sy, kalau sudi tolong ws sy , sy dh buntu nak pinjam dgn siapa kenalan ,rakan ,keluarga dh buang sy sbap benda sepele , sy buntu dah sy sangat mohon bantuan daripada pihak siapa” yg sudi dan mampu tolong sy , maklum, ws sy 01126662062..semoga tuhan permudahkan urusan kita semua yang memerlukan .

    Reply
  3. tolong la kami sekeluarga yg mempunya 2 orang cahaya mata yg masih kecil.. dan kami tiada tempat berteduh.. kami perlukan duit untuk membayar deposit rumah sewa..

    Reply
  4. salam tuan,saya fadil memerlukan rm10k untuk langsaikan hutang pinjaman dari syarikat pinjaman wang berlesen.saya amat berharap atas pertolongan tuan.

    Reply
  5. Tolong saya.. Saya buntu gila.. Overhead terlalu besar.. Dh resize overhead.. Tapi still perlu bayar utk hutang hutang lain.. Tolong saya.. Saya merayu.. InshaAllah kalau dh ok balik saya bayar balik.. Saya perlukan 5k..01125004648 boleh ws saya..

    Reply
  6. Assalamualikum, saya seorang berniaga. Sekarang business saya jatuh disebabkan aniaya dan fitnah pekerja.disebabkan aniaya mereka saya mula mengalami tanda2 kemurungan. Tolonglah saya, saya nak bangkit & saya tak suka lemah macam ni. Saya nak keadilan tapi sekarang saving yg ada semakin nipis

    Reply

Leave a Comment