Apakah Penyatuan Hutang? (Debt Consolidation)

Selain pinjaman tidak bercagar, penyatuan hutang juga adalah salah satu terma yang jarang orang guna.

Seperti biasa, kami akan cuba jelaskan satu persatu.

Apakah Penyatuan Hutang?

Maksud penyatuan hutang ialah proses mengambil pinjaman baru untuk membayar semua atau sebahagian daripada hutang sedia ada anda.

Ia boleh menjadi idea yang baik jika anda bergelut untuk membuat pembayaran balik hutang semasa anda dan ingin mengurangkan bilangan pembayaran yang perlu anda buat setiap bulan.

Dalam Bahasa Inggeris, ia dipanggil Debt Consolidation.

Kalau anda sudah buat penyatuan hutang, tak bermakna anda boleh bergembira dan mula berbelanja tak ingat dunia.

Walaupun hakikat bahawa anda mungkin telah menyatukan hutang anda, anda masih perlu menguruskan kewangan anda dengan berhati-hati.

Kami cadangkan anda buat pembayaran automatik daripada akaun anda untuk bayar komitmen bulanan anda seperti bil air, bil elektrik dan lain-lain hutang.

 

Macam Mana Penyatuan Hutang Berfungsi?

Secara asasnya, akan ada satu pihak yang akan memberi anda satu pinjaman dan membantu anda menguruskan semua hutang anda melalui satu pembayaran bulanan.

Selalunyam bayaran bulanan kepada satu pihak sahaja adalah lebih murah daripada membayar semua hutang anda secara berasingan.

Kalau dapat peluang untuk menggabungkan semua hutang anda menjadi satu bayaran bulanan dengan kadar faedah yang dikurangkan, jangan lepaskan.

Walau bagaimanapun, anda perlu buat survey terlebih dahulu sebelum membuat pilihan.

Tawaran adalah berbeza-beza mengikut bank.

 

Bank Yang Menawarkan Penyatuan Hutang

Di Malaysia, tidak banyak pihak yang menawarkan perkhidmatan ini.

Setakat yang kami tahu, ada beberapa bank yang menawarkan debt settlement melalui debt consolidation.

Antaranya ialah:

 

Boleh minta tolong dengan AKPK?

Ya, sudah tentu boleh.

Bagi yang tidak tahu, AKPK kependekan untuk Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

AKPK menawarkan kaunseling dan pendidikan kredit kepada pengguna agar dapat membuat keputusan kewangan yang lebih baik. AKPK juga menawarkan perkhidmatan pengurusan kredit, seperti berunding dengan pemiutang untuk mengurangkan kadar hutang.

Berunding dengan pemiutang ini yang susah.

Jadi, pihak AKPK akan buat kerja berunding bagi pihak anda.

Kalau otak tak boleh nak fikir kerana bebanan hutang, kami sarankan anda jumpa AKPK terlebih dahulu.

Tengok dulu apa yang mereka kata, baru buat keputusan.

 

Akhir kata

Membayar semua hutang anda akan mengurangkan bayaran bulanan anda dan menjimatkan wang anda dalam jangka masa panjang.

Seperti yang dimaklumkan, pinjaman baru akan mempunyai kadar faedah yang lebih rendah daripada pinjaman anda sebelum ini.

Sudah tentu akan menjimatkan wang anda untuk pembayaran faedah dari semasa ke semasa.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment