Pinjaman Peribadi Bank Rakyat 2023 (Pembiayaan Penyatuan Hutang)

Bank Rakyat merupakan salah satu bank yang popular di Malaysia khususnya dalam memberikan pelbagai bentuk perkhidmatan perbankan atau kewangan kepada pelanggan. Untuk pengetahuan anda, pinjaman peribadi Bank Rakyat turut disediakan dalam pelbagai jenis produk untuk membantu anda yang memerlukan kemudahan pinjaman wang.

Bagi mengetahui apakah produk-produk pinjaman yang ditawarkan oleh Bank Rakyat. Anda boleh semak beberapa informasi mengenai pinjaman ini di sini. Langkau artikel ini sekiranya anda nak buat pinjaman peribadi CIMB.

Sekarang, mari teruskan kepada pinjaman peribadi Bank Rakyat.

Izinkan kami berkongsi.

Pinjaman peribadi Bank Rakyat

Berikut merupakan jenis-jenis pelan pinjaman yang ditawarkan oleh Bank Rakyat.

1. Pinjaman Peribadi-i Sektor Awam

Untuk makluman, pembiayaan peribadi untuk kakitangan kerajaan ini adalah yang paling popular. Pinjaman ini adalah menggunakan konsep syariah Tawarruq dan tiada jaminan diperlukan untuk membuat sebarang permohonan. Tambahan lagi, perlindungan takaful adalah atas pilihan pelanggan itu sendiri. Jadi, tiada paksaan dari mana-mana pihak.

Melalui pinjaman ini, anda boleh menerima pinjaman minimum RM10,000  sehingga maksimum RM200,000 dengan tempoh pinjaman bermula 1 tahun sehingga 10 tahun. Kadar keuntungan pula ialah di antara 1.57% sehingga 3.92% setahun.

Untuk pengetahuan anda, produk ini menawarkan pilihan untuk memilih kadar keuntungan tetap atau terapung. Di samping itu, pinjaman ini hanya terbuka kepada kakitangan di sektor awam dan syarikat GLC terpilih sahaja.

Sila ketahui secara ringkas mengenai pinjaman peribadi ini melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan

 1.57% hingga 3.92% setahun

Tempoh pinjaman

1 tahun hingga 10 tahun

Jumlah pinjaman

Minimum RM10,000 hingga maksimum RM200,000

Sektor pekerjaan

  • Sektor awam
  • Syarikat GLC terpilih

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Minimum berumur 18 tahun dan maksimum sehingga 60 tahun.
  • Menerima pendapatan bulanan minimum RM1,000.

Tempoh kelulusan

5 hari waktu bekerja

 

Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman peribadi ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Minimum berumur 18 tahun dan maksimum sehingga 60 tahun.
  • Menerima pendapatan bulanan minimum RM1,000.
  • Merupakan kakitangan di sektor awam dan syarikat GLC terpilih.
  • Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 bulan dan ke atas.

 

Dokumen diperlukan

Terdapat beberapa jenis dokumen yang perlu disediakan. Antaranya seperti:

  • Salinan kad pengenalan.
  • Salinan MyTentera (jika berkaitan).
  • Slip gaji 3 bulan terkini.
  • Penyata akaun bank pengkreditan gaji 3 bulan terkini.
  • Surat pengesahan majikan.
  • Borang EA (jika berkaitan).

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan Pinjaman Peribadi-i Sektor Awam?

Bagi memudahkan anda untuk membuat bayaran balik pinjaman peribadi ini secara konsisten. Sila rujuk halaman ini sebagai panduan.

Sekadar makluman, anda boleh membuat pembayaran balik pinjaman ini menggunakan kaedah seperti pemindahan gaji ke Bank Rakyat, Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA), potongan gaji oleh majikan atau pembayaran secara elektronik.

 

Di mana boleh memohon pinjaman peribadi Bank Rakyat ini?

Sekiranya anda layak dan berminat untuk memohon pinjaman peribadi Bank Rakyat ini. Anda boleh mengunjungi mana-mana cawangan Bank Rakyat berhampiran.

Anda juga boleh mohon secara online melalui laman web rasmi Bank Rakyat.

 

2. Pinjaman peribadi Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Pesara

Jika anda adalah golongan pesara kerajaan yang memerlukan pelan pinjaman dengan ansuran bulanan yang berpatutan dan tanpa perlu menyediakan cagaran atau penjamin. Produk ini adalah sesuai dengan kelayakan anda. Ia juga menggunakan konsep syariah Tawarruq.

Melalui pinjaman ini, anda boleh membuat pinjaman sehingga maksimum RM100,000. Selain itu, anda juga boleh menikmati tempoh pinjaman sehingga 10 tahun dengan kadar kentungan dari 2.45% sehingga 2.80% setahun.

Sila ketahui secara ringkas mengenai pinjaman peribadi ini melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan

 2.45% hingga 2.80% setahun

Tempoh pinjaman

Hingga 10 tahun

Jumlah pinjaman

Hingga RM100,000

Sektor pekerjaan

Pesara kerajaan

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak lebih dari 65 tahun.
  • Menerima pencen minimum RM800 sebulan.

Tempoh kelulusan

5 hari waktu bekerja

 

Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman peribadi ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • Pesara kerajaan.
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak lebih dari 65 tahun.
  • Menerima pencen minimum RM800 sebulan.

 

Dokumen diperlukan

Terdapat beberapa jenis dokumen yang perlu disediakan. Antaranya seperti:

  • Kad pengenalan.
  • Kad pesara kerajaan.
  • Lejar pesara.
  • Penyata pencen bulanan.

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan Pinjaman Peribadi-i Pesara?

Bagi memudahkan anda untuk membuat bayaran balik pinjaman peribadi ini secara konsisten. Sila rujuk halaman ini sebagai panduan.

Sekadar makluman, anda boleh membuat pembayaran balik menggunakan kaedah pindahan pencen ke Bank Rakyat.

 

Di mana boleh memohon pinjaman peribadi Bank Rakyat ini?

Jika anda berhasrat untuk memohon pinjaman peribadi Bank Rakyat ini. Anda boleh mohon secara walk-in dengan hadir di mana-mana cawangan Bank Rakyat berdekatan anda.

Selain itu, anda juga boleh mohon secara atas talian melalui laman sesawang Bank Rakyat.

 

3. Pinjaman peribadi Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Penyatuan Hutang

Mungkin anda tidak pernah dengar tentang produk pinjaman untuk penyatuan hutang. Jadi, kami akan jelaskan serba sedikit mengenainya kepada anda. Untuk makluman, kami tidak dapat mengemukakan banyak maklumat mengenai produk pinjaman ini.

Sila rujuk halaman ini untuk maklumat lanjut.

Apa itu penyatuan hutang?

  • Memohon satu pembiayaan untuk membayar pembiayaan yang lain.
  • Penumpuan pada satu ansuran atau hutang sahaja.
  • Pengurusan kewangan yang lebih baik dalam satu akaun.
  • Kadar keuntungan adalah serendah 2.38% setahun.

 

Bagaimana cara untuk memohon Pinjaman Peribadi-i Penyatuan Hutang?

Di bawah merupakan cara-cara untuk memohon pinjaman ini:

  1. Senaraikan semua pinjaman anda.
    • Kumpulkan kesemua baki pinjaman dan ansuran bulanan yang anda ingin jelaskan atau sekalikan.
  2. Kira kelayakan pinjaman anda.
    • Dapatkan anggaran kelayakan pinjaman di cawangan Bank Rakyat berdekatan atau hubungi pusat panggilan Bank Rakyat.
  3. Mohon pinjaman.

 

Di mana boleh memohon pinjaman peribadi Bank Rakyat ini?

Anda boleh memohon produk pinjaman ini dengan hadir ke mana-mana cawangan Bank Rakyat berhampiran, secara online melalui laman web rasmi Bank Rakyat atau hubungi pusat panggilan Bank Rakyat.

 

4. Pinjaman peribadi Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta

Produk ini adalah pinjaman peribadi yang tidak bercagar dan tanpa perlu menyediakan sebarang penjamin. Pinjaman ini adalah bersifat islamik dan menggunakan konsep syariah Tawarruq. Melalui pinjaman ini, anda boleh membuat pinjaman sehingga RM150,000 dengan tempoh pinjaman dari 5 tahun sehingga 10 tahun.

Di samping itu, kadar keuntungan yang diterima adalah sangat kompetitif di pasaran dari minimum 5.37% sehingga maksimum 7.77% setahun. Selain itu, produk pinjaman ini terbuka kepada semua sektor pekerjaan atau kakitangan yang memerlukan.

Sila ketahui secara ringkas mengenai pinjaman peribadi ini melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan

 5.37% hingga 7.77% setahun

Tempoh pinjaman

5 tahun hingga 10 tahun

Jumlah pinjaman

Maksimum hingga RM150,000

Sektor pekerjaan

Semua sektor pekerjaan

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Minimum berumur 18 tahun dan maksimum 60 tahun.
  • Menerima pendapatan bulanan minimum RM2,000 bagi kakitangan jawatan tetap.
  • Menerima pendapatan bulanan minimum RM8,000 bagi kakitangan jawatan kontrak.

Tempoh kelulusan

5 hari waktu bekerja

 

Sila ketahui dengan lebih lanjut mengenai pinjaman peribadi ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan untuk memohon adalah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Minimum berumur 18 tahun dan maksimum 60 tahun.
  • Menerima pendapatan bulanan minimum RM2,000 bagi kakitangan jawatan tetap.
  • Menerima pendapatan bulanan minimum RM8,000 bagi kakitangan jawatan kontrak.

 

Dokumen diperlukan

Berikut merupakan beberapa dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan:

  • Salinan kad pengenalan.
  • Slip gaji 3 bulan terkini.
  • Penyata akaun bank pengkreditan gaji 3 bulan terkini.
  • Penyata KWSP.
  • Surat pengesahan majikan (jika berkaitan).
  • Borang EA (jika berkaitan).
  • Slip pengesahan penerimaan e-B oleh LHDN (jika berkaitan).

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan Pinjaman Peribadi-i Sektor Swasta?

Bagi memudahkan anda untuk membuat bayaran balik pinjaman peribadi ini secara konsisten. Sila rujuk halaman ini sebagai panduan.

Sekadar makluman, anda boleh membuat pembayaran balik pinjaman ini menggunakan kaedah seperti pemindahan gaji ke Bank Rakyat, Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA), potongan gaji oleh majikan atau pembayaran secara elektronik.

 

Di mana boleh memohon pinjaman peribadi Bank Rakyat ini?

Jika anda berminat untuk memohon pinjaman peribadi ini. Anda boleh melawati mana-mana cawangan Bank Rakyat berhampiran anda atau anda juga boleh membuat permohonan secara online melalui laman web rasmi Bank Rakyat.

 

Akhir kata

Diharapkan perkongsian maklumat kami mengenai pinjaman peribadi Bank Rakyat ini dapat membantu memenuhi keperluan kewangan anda untuk apa jua situasi. Terdapat pelbagai jenis produk pinjaman yang ditawarkan oleh Bank Rakyat ini. Namun, semuanya bergantung kepada kelayakan anda.

Sebelum hantar permohonan, pastikan anda dah fikir masak-masak dan buat pilihan yang paling tepat untuk kewangan anda. Jangan sampai tidak mampu bayar semula nanti.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment