Pinjaman Peribadi Bank Rakyat Untuk Kakitangan Kerajaan 2023

Bank Rakyat adalah satu institusi kewangan yang terkenal di Malaysia dalam hal memberi pinjam. Lantaran itu, pinjaman peribadi Bank Rakyat untuk kakitangan kerajaan adalah salah satu segmen yang sangat popular. Ada yang guna untuk kahwin, bayar hutang dulu-dulu dan macam-macam lagi. Selain penjawat awam, Bank rakyat juga memberi pinjam kepada pekerja swasta dan juga pesara kerajaan.

Seperti yang dimaklumkan, antara ketiga-tiga kategori ini, yang paling ramai meminjam ialah daripada kakitangan kerajaan. Jadi, kami akan cuba jelaskan satu persatu.

Cara mohon pinjaman peribadi Bank Rakyat untuk kakitangan kerajaan

Untuk memohon, sila ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Layari laman web rasmi Bank Rakyat di sini: https://www.bankrakyat.com.my/c/perbankan/pembiayaan_i/pembiayaan_peribadi_i_sektor_awam-6/personal
  2. Tekan butang Mohon Sekarang
  3. Masukkan maklumat yang dipinta seperti:
    • Salutation
    • Nama
    • Nombor Telefon
    • E-mel
    • Pilih samada Pelanggan Sedia Ada Bank Rakyat atau tidak
    • Pilih samada anda ingin menerima sebarang promosi/tawaran
    • Tandakan Saya tekah membaca dan bersetuju dengan Dasar Privasi Bank Rakyat
  4. Pilih produk pilihan yang diingini:
    • Simpanan-i & Deposit-i
    • Pembiayaan Peribadi-i
    • Pembiayaan Pendidikan-i
    • Pembiayaan Kenderaan-i
    • Pembiayaan Perumahan-i
    • Pajak Gadai-i
    • Perbankan Internet
    • Kad-i
    • Perancangan Kewangan
    • Pembiayaan Mikro-i
    • Pembiayaan Perniagaan-i
    • Lain-lain
  5. Tanda I’m not a robot
  6. Tekan butang Hantar
  7. Selesai

Sekiranya permohonan anda diterima dan layak diberi pinjam, anda akan dihubungi oleh pegawai bank.

 

Jumlah pinjaman peribadi Bank Rakyat

Untuk makluman, anda layak untuk mendapat pinjaman sehingga RM200,000. Ini terpakai sekiranya anda buat pembayaran balik secara bayaran ansuran setiap bulan melalui:

  • Pindahan gaji ke Bank Rakyat
  • Biro Perkhidmatan Angkasa
  • Potongan Gaji Majikan

Kalau tidak, anda memilih untuk bayar ansuran menggunakan perbankan Internet, jumlah yang dibenarkan adalah gandaan gaji anda sekarang ataupun RM200,00. Ikut yang mana satu terendah.

Pendapatan RM1,000 – RM5,000

  • Jika anda bergaji RM1,000 – RM5,000, anda layak 5 kali gandaan gaji kasar sebulan
  • Contohnya, jika gaji anda RM5,000, anda layak buat pinjaman Bank Rakyat sebanyak RM25,000

Pendapatan RM5,001 – RM10,000

  • Jika anda bergaji RM5,001 – RM10,000, anda layak 8 kali gandaan gaji kasar sebulan
  • Ini bermakna, jika gaji anda RM10,000, anda layak buat pinjaman Bank Rakyat sebanyak RM80,000

Pendapatan melebihi RM10,000

  • Jika anda bergaji melebihi RM15,000, anda layak 10 kali gandaan gaji kasar sebulan
  • Ini bermakna, jika gaji anda RM15,000, anda layak buat pinjaman Bank Rakyat sebanyak RM150,000
  • Yang paling maksimum, jika gaji anda RM20,000, anda layak buat pinjaman Bank Rakyat sebanyak RM200,000

 

Kelayakan pembiayaan peribadi Bank Rakyat

Berikut ialah kriteria yang melayakkan anda memohon pinjaman peribadi Bank Rakyat:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur minimum 18 tahun dan maksimum 60 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan
  • Berpendapatan bulanan tetap minimum RM1,000 termasuk elaun tetap
  • Berkhidmat dalam sektor awam & syarikat GLC terpilih
  • Telah berkhidmat minimum tiga (3) bulan

Ciri-ciri pinjaman peribadi ini pula ialah:

  • Amaun pembiayaan sehingga RM200,000
  • Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun
  • Tiada jaminan diperlukan
  • Perlindungan takaful atas pilihan pelanggan
  • Pilihan kadar keuntungan tetap atau terapung

 

Dokumen yang diperlukan untuk permohonan pinjaman

Jika ini adalah permohonan baru atau pertama kali, anda perlu sediakan dokumen-dokumen beirkut:

  • Salinan Kad Pengenalan atau MyTentera
  • Slip gaji untuk tiga (3) bulan terakhir
  • Penyata bank untuk tiga (3) bulan terakhir (iaitu bank yang gaji dimasukkan setiap bulan)
  • Surat pengesahan majikan atau Borang EA

Jika ini adalah permohonan berulang, kedua, ketiga dan seterusnya, anda perlu sediakan dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan atau MyTentera
  • Slip gaji untuk tiga (3) bulan terakhir

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian mengenai pinjaman peribadi Bank Rakyat untuk kakitangan kerajaan ini dapat membantu meringankan beban anda sebagai government servant.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment