Kelayakan Pinjaman Peribadi AmBank 2023

Tahu tak? Permohonan pinjaman Ambank bukannya senang nak lulus. Walaupun ada banyak sebab pinjaman peribadi tidak lulus, punca yang paling utama ialah pemohon tak baca kelayakan pinjaman peribadi Ambank betul-betul. Main hentam sahaja apply dengan Ambank .

Jadi, untuk elakkan anda frust bila personal loan Ambank kena reject, kami kongsikan maklumat penting ini.

Apa dia kelayakan pinjaman peribadi Ambank?

Ini maklumat sahih yang kami ambil sendiri dari laman web Ambank di https://www.ambankgroup.com

Syarat kelayakan atau eligibility untuk personal loan Ambank adalah seperti berikut:

Islamik

Ambank Islamic Personal Financing-i

  • Mestilah warganegara Malaysia
  • Had umur bermula 18 tahun hingga 60 tahun
  • Telah bekerja sekurang-kurangnya 3 bulan dan ke atas
  • Pendapatan bulanan minimum RM1,500
  • Berkhidmat di syarikat GLC dan swasta yang terpilih oleh AmBank Islamic (jika berkaitan)

AmBank Islamic AmMoneyLine Facility-i

  • Mestilah warganegara Malaysia
  • Berumur 21 hingga 60 tahun
  • Pendapatan bulanan sekurang-kurangnya RM3,000
  • Pendapatan bulanan sekurang-kurangnya RM5,000 bagi yang bekerja sendiri
  • Wajib mengambil perlindungan Takaful

 

Konvensional

AmMoneyLine Personal Loan

Status terkini: Hasil semakan di laman web AmBank pada bulan November 2023 menunjukkan pinjaman konvensional ini sudah tidak wujud lagi. Yang ada hanyalah Personal Financing-i.

  • Mestilah warganegara Malaysia
  • Penduduk tetap yang bekerja di Malaysia (jika berkaitan)
  • Mesti berumur 21 tahun hingga 60 tahun
  • Pendapatan bulanan minimum RM3,000
  • Pendapatan bulanan sekurang-kurangnya RM5,000 jika bekerja sendiri
  • Ada syarikat berdaftar di SSM (jika berkaitan)

Jadi, kalau anda rasa anda layak, jangan buang masa.

Jangan berlengah lagi.

Sila terus mohon pinjaman peribadi AmBank sekarang.

MOHON SEKARANG →

 

Semak kelayakan pinjaman peribadi Ambank sendiri

Call Ambank

Ya, faham.

Semua orang ada ketakutan itu.

Takut tidak lulus.

Takut loan kena reject.

Sebab itu sebelum mohon, semak dulu syarat dan kelayakan pinjaman Ambank betul-betul.

Just in case anda tak berapa clear dengan segala terma dan syaratnya, lebih baik call Customer Service Ambank terus.

Tanya apa sahaja yang anda nak tahu tentang pinjaman peribadi Ambank .

Ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Hubungi Customer Service AmBank di talian 03-2178 8888
  2. Tekan nombor 1, 2 atau 3 untuk pilih bahasa
  3. Pilih Bahasa Melayu
  4. Pilih sambungan ke Bahagian Pinjaman atau Financing AmBank
  5. Tunggu seketika sehingga panggilan anda dijawab oleh Customer Service
  6. Apabila panggilan sudah dijawab oleh Customer Service, perkenalkan diri anda
  7. Berikan nombor Kad Pengenalan dan nombor akaun bank untuk pengesahan
  8. Jika perlu, Customer Service akan tanya beberapa soalan lagi untuk proses pengesahan
  9. Seterusnya, ajukan soalan kepada Customer Service tentang kelayakan pinjaman yang anda masih lagi belum jelas
  10. Tanya lagi apa-apa soalan berkaitan pinjaman-pinjaman lain seperti pinjaman ASB (jika ada)
  11. Walau bagaimanapun, ada kemungkinan Customer Service juga tidak tahu beberapa perkara tentang pinjaman tersebut
  12. Jadi, mungkin Customer Service akan minta anda pergi ke cawangan untuk maklumat lanjut
  13. Catat semua maklumat penting yang dimaklumkan Customer Service berkenaan kelayakan pinjaman yang dikehendaki
  14. Kekal bertenang dan jangan marah-marah pada AmBank
  15. Selesai

 

Check Ambank online

Ada kemungkinan, apa yang kami kongsikan di atas sudah relevan lagi kerana sudah dikemaskini oleh pihak Ambank .

By the time kami tulis panduan ini, sudah pasti Ambank ada terms & conditions yang baru.

Jadi, ada baiknya anda klik dan baca sendiri informasi yang sahih dan original di laman web Ambank .

Andai kata ada maklumat tentang syarat pinjaman peribadi Ambank yang kami belum update lagi, mohon maklumkan pada pasukan editorial MyPinjaman2u dengan kadar segera.

Islamik

Konvensional

Hasil semakan kami di laman web rasmi AmBank berkaitan pinjaman, tawaran pinjaman hanyalah untuk Personal Financing-i sahaja.

Tidak ada pinjaman konvensional.

 

Tak penuhi syarat & kelayakan pinjaman peribadi Ambank ?

Janganlah sedih-sedih.

Chill-lah!

Dah kenapa nak sangat meminjam dengan Ambank ?

Banyak lagi bank-bank lain yang offer personal loan kan?.

Boleh rujuk senarai pinjaman peribadi bank yang kami kumpul satu-satu ini.

Satu lagi alternatif, walau kami tidak recommend sangat, kalau terdesak, boleh cuba dapatkan pinjaman peribadi swasta yang boleh dipercayai daripada senarai KPKT yang berdaftar.

Tapi cuba dulu buat pinjaman peribadi dengan Ambank .

Tengok macam mana, boleh approve atau kena reject.

Jangan mengalah awal-awal.

Cuba dulu.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan syarat dan kelayakan pinjaman peribadi Ambank ini akan memudahkan lagi urusan anda.

Kami pun lega.

Tak perlu risau dah.

Kenapa tak perlu risau dah?

Kalau anda meminjam dengan bank, memang confirm ia adalah pinjaman peribadi yang sah.

Ya, kami memang penat.

Jujur, kami bersengkang mata siang malam buat senarai ini.

Kami tak minta ucapan terima kasih pun.

Cukuplah sekadar anda dapat manfaat daripada list yang kami compile ini.

Dan cukuplah anda tidak terjebak dengan pinjaman dengan ahlong.

Ingat sekali lagi, jangan sesekali buat pinjaman ahlong.

Nanti merana diri.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment