Kenapa Pinjaman Bank Tidak Lulus? Sebab Apa Kena Reject?

Macam-macam dokumen dah submit pada bank. Semua step permohonan pun dah ikut. Tapi kenapa pinjaman bank tidak lulus juga sampai hari ini? Dekat mana silapnya?

Dah, jangan kusut sangat cari jawapan. Mari kami kongsikan punca dan sebab kenapa kena reject.

Kenapa pinjaman bank tidak lulus?

1. Sebab bankrup atau muflis

Kalau anda dah pun diisytiharkan sebagai individu yang bankrup atau muflis.

Memang confirm pinjaman bank tidak lulus 100%.

Sangat mustahil untuk anda diberikan sebarang loan jika anda mempunyai rekod kewangan yang buruk dan telah disenaraihitamkan.

Tak payah berangan orang bankrap boleh buka akaun bank.

Jawapannya tetap tidak boleh.

Bukan setakat tak boleh buat pinjaman, nak buka akaun bank lain-lain pun susah.

Jadi, hati-hati.

 

2. Tak menepati syarat / kelayakan pinjaman bank

Mungkin ada syarat atau kelayakan yang anda terlepas pandang sebelum hantar permohonan.

Sebagai contoh, belum cukup tempoh minimum 3 bulan bekerja mengikut waktu yang telah ditetapkan oleh kebanyakan bank.

Mungkin juga anda tak melepasi had umur ketika memohon.

Kami ambil contoh pinjaman peribadi.

Selain itu, mungkin juga pinjaman peribadi tersebut hanya layak dimohon mengikut kategori pekerjaan seperti pinjaman peribadi Agrobank yang terbuka khusus untuk kakitangan kerajaan dan syarikat GLC sahaja.

Jadi, kalau anda pekerja swasta tapi nak mohon loan kerajaan, sudah semestinya tak lulus.

 

3. Tiada credit history dengan bank

Ada rekod pinjaman pun susah, tak ada rekod pinjaman pun susah.

Lebih-lebih lagi bila anda tak pernah langsung membuat apa-apa hutang dengan bank.

Eh!

Kenapa pulak macam tu?

Sebabnya, bila anda tak ada sebarang rekod pinjaman lebih-lebih lagi dengan bank.

Tiada rekod lampau.

Pihak bank tak dapat nak rujuk macam mana gaya pembayaran hutang anda sebelum ini.

Boleh dikatakan rekod pinjaman lampau ini adalah tiket untuk memudahkan mereka luluskan permohonan pinjaman anda.

Kalau tak ada rekod, mestilah bank susah nak percaya anda boleh bayar dengan baik atau tak.

Itulah sebabnya kalau anda fresh grad, anda digalakkan untuk mohon kad kredit.

Ini adalah cara paling cepat untuk bina credit history dengan bank.

Barulah mudah untuk buat pinjaman yang lain-lain seperti pinjaman kereta dan pinjaman perumahan.

 

4. Dokumen tak lengkap untuk mohon pinjaman bank

Kalau bekerja under majikan selalunya tak ada masalah macam ini.

Tapi untuk anda yang bekerja sendiri atau ada syarikat sendiri ini biasanya akan terjadi beberapa permasalahan ketika menghantar dokumen yang diperlukan termasuklah dokumen sokongan.

Satu contoh kami berikan adalah tak ada rekod atau penyata keluar masuk wang syarikat.

Jadi, pastikan anda dah semak betul-betul apa yang diperlukan oleh pihak bank sebelum buat pinjaman peribadi, pinjaman kenderaan, housing loan dan sebagainya.

Semak banyak kali pun tak apa, asalkan tak perlu submit dokumen dua atau tiga kali.

 

5. Debt Service Ratio (DSR) melebihi had

Anda tahu tak DSR ini apa?

Dalam Bahasa Melayu, DSR ini bermaksud “Nisbah Khidmat Hutang”.

DSR merupakan satu jalan pengiraan yang digunapakai oleh bank-bank atau mana-mana institusi kewangan untuk mengenalpasti berapa jumlah komitmen anda yang sepatutnya berdasarkan pendapatan bulanan anda.

Senang cerita, kalau gaji anda RM1,500 sebulan.

Komitmen anda tidak boleh mencecah sampai RM2,000.

Mari sini.

Kami kongsikan pengiraan yang mudah.

Contohnya, seperti yang dimaklumkan tadi, katakan gaji anda RM1,500 sebulan.

Dan katakan anda sudah ada pinjaman kereta untuk Honda City berjumlah RM900 sebulan.

Jadi, baki gaji anda sebulan ialah RM600.

Maknanya di sini, DSR anda ialah 60%.

Selepas itu anda cuba nak buat pinjaman peribadi BSN sebab ada pilihan untuk pekerja sektor awam.

Ingat BSN nak approve?

Memang tak lah.

Sebab apa?

Sebab komitmen bulanan anda sahaja dengan Honda City tersebut sudah lebih 50%.

Bank pun tahu, anda ada komitmen lain.

Takkan nak bayar kereta sahaja setiap bulan.

Pasti ada perbelanjaan lain kan?

Walau bagaimanapun, pengiraan sebenar DSR ini berbeza-beza mengikut bank dan institusi kewangan.

Maybank kira lain, CIMB kira cara lain.

Tapi hampir sama saja.

Iyalah, kami pun bukan kerja di bank untuk ambil tahu pasal DSR ini.

Cukup anda faham yang komitmen anda mestilah tidak melebihi had yang telah ditetapkan oleh bank tersebut.

Kalau DSR anda terlalu tinggi, janganlah tanya lagi kenapa pinjaman bank tidak lulus.

 

6. Laporan CTOS tak memuaskan

Jika anda tak pernah lagi semak laporan CTOS anda.

Sila buat dulu sebelum nak hantar apa-apa permohonan pinjaman dengan bank.

Sekadar makluman, CTOS adalah singkatan daripada “Credit Tip Off Service” yang menyediakan perkhidmatan untuk mendedahkan informasi dan maklumat mengenai kewangan atau kredit seseorang.

So, kalau anda macam was-was dengan rekod kewangan anda sebelum ini, sila buat semakan.

Boleh check dulu dekat CTOS keputusan kredit anda sama ada bagus atau tak untuk membolehkan anda buat sebarang pinjaman.

Kalau keputusan CTOS anda tak cantik, cantikkan dulu.

Sebab rekod kredit macam ini akan beri impak besar kepada keputusan kelulusan pinjaman anda.

Mustahilah bank tak dapat trace benda-benda macam ini kan.

Jadi sediakan payung sebelum hujan.

SEMAK CTOS SEKARANG →

 

7. Skor pemarkahan bank kurang bagus

Tahukah anda, bank-bank pada zaman sekarang dah menggunakan sistem skor pemarkahan yang diaplikasikan ke atas pemohon bagi memperolehi maklumat peribadi atau latar belakang mereka.

Tak payah nak sorok sangat, bank memang tahu.

Biasanya, sistem ini akan mengumpulkan perkara berkaitan status perkahwinan, pekerjaan, umur dan seumpamanya.

Oleh itu, kalau maklumat mengenai diri anda tidak menepati skor pemarkahan bank iaitu sangat rendah atau kurang bagus, memang bank akan reject awal-awal.

Tentunya ini adalah salah satu faktor kenapa pinjaman bank tidak lulus.

 

8. Maklumat diri tidak sah

Jangan ingat anda dengan mudah boleh mengelirukan pihak bank atau mana-mana institusi kewangan untuk mendapatkan pinjaman dengan mengemukakan maklumat mengenai latar belakang anda yang tidak sah.

Sekiranya anda didapati memberikan maklumat yang salah atau menipu mengenai diri, pekerjaan dan lain-lain berkenaan anda.

Pinjaman bank anda bukan saja tak lulus malah anda juga mungkin akan dikenakan tindakan undang-undang.

So, kalau nak mohon loan tu.

Jangan sesekali cuba menipu dengan bank tentang perkara sebegini.

 

9. Rekod CCRIS buruk

Anda pernah dengar tentang CCRIS?

Kalau tak pernah, CCRIS adalah “Central Credit Reference Information System” yang merekodkan perjalanan kredit anda di bawah pemerhatian Biro Kredit Bank Negara Malaysia.

Jadi, dari rekod CCRIS inilah carta atau corak bayaran loan anda akan dikaji.

Andai kata bank dapat report dari data CCRIS yang mengatakan rekod anda buruk.

Maka memang susahlah pinjaman bank anda nak lulus.

SEMAK CCRIS SEKARANG →

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian mengenai kenapa pinjaman bank tidak lulus ini dapat memberikan maklumat dan kesedaran kepada anda semua.

Sentiasa pastikan komitmen bulanan anda tidak mencekik diri sendiri.

Berhemahlah dalam berbelanja.

Ingat masa depan.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment