Bankrap Boleh Buka Akaun Bank Ke Tak?

Seperti yang anda sedia maklum. Sesiapa pun layak untuk ada bank account. Tak kira tua muda atau kerja apa sekalipun. Tapi, adakah individu yang disahkan bankrap boleh buka akaun bank?

Anda nak tahu jawapan dia? Baca saja apa yang kami tulis ini.

Bankrap boleh buka akaun bank atau tidak?

Jawapannya, TIDAK BOLEH.

Individu yang telah diisytiharkan bankrap tidak boleh membuka mana-mana akaun bank.

Tak kisahlah nak buka akaun Maybank, CIMB atau Public Bank sekalipun, memang tak boleh.

Dah buat salah, dah tak bayar, takkan nak bagi muka lagi kan?

Suka atau tidak jawapan itu, terserahlah.

Cuma kami tidak pasti samada boleh buka akaun dengan digital bank Malaysia yang baru dilancarkan ini.

Selain itu, individu yang bankrap akan berada di bawah pemerhatian JIM.

Dah kenapa kena monitor dengan JIM?

Apa itu JIM?

Kalau nak tahu, JIM adalah singkatan kepada Jabatan Insolvensi Malaysia.

JIM berfungsi sebagai agensi kerajaan yang mentadbir semua kes bankrap dan urusan bankrap di Malaysia.

Kalau ikut bahasa buku, aktiviti teras JIM ialah penemuan aset, realisasi aset, penentuan hutang dan pengagihan pembayaran kepada pemiutang.

 

Apa punca bankrap?

Terdapat pelbagai punca yang menjadikan seseorang itu disahkan bankrap atau muflis.

Antaranya adalah:

  • Kegagalan membayar balik sebarang bentuk pinjaman dalam tempoh masa yang lama sehingga melebihi 6 bulan atau 1 tahun dan ke atas. Sebab itu, kalau tak bayar hutang kereta 2 bulan, bank dah mula call.
  • Tunggakkan hutang kad kredit. Sebab itu, jangan bayar kad kredit minimu.
  • Terlalu banyak sangat hutang yang berkomitmen tinggi melebihi kemampuan. Sebagai contoh, membeli kereta mewah dengan gaji bulanan yang rendah atau tidak mampu. Sebab itu kalau gaji RM1,500, jangan gatal nak beli kereta Honda.

 

Kesan bankrap terhadap individu

Berikut adalah kesan dan akibat bankrap terhadap diri seseorang:

1. Tidak boleh ke luar negara

Perjalanan akan dihadkan iaitu tidak dibenarkan ke luar negara kecuali dengan kebenaran daripada pihak JIM atau mahkamah.

 

2. Segala harta benda atau aset akan disita

Apabila seseorang itu telah disahkan muflis atau bankrap.

Maka semua harta dan aset miliknya akan dirampas oleh pihak bertanggungjawab seperti JIM untuk diuruskan bagi tujuan penyelesaian hutang-hutang yang tersisa.

 

3. Akaun bank akan dibekukan

Tidak boleh membuat sebarang keluar masuk atau transaksi daripada akaun bank yang ada dan tidak boleh membuka apa-apa sahaja akaun bank.

 

4. Peluang pekerjaan terhad

Individu yang bankrap akan susah untuk mendapat pekerjaan.

Lebih-lebih lagi dalam bidang profesional seperti peguam dan seumpamanya.

 

5. Tak layak untuk meminjam

Tidak layak untuk membuat sebarang permohonan pinjaman sama ada daripada bank, institusi kewangan atau pemberi pinjaman wang berlesen.

Adakah ini termasuk dengan pinjaman kereta dan pinjaman rumah?

Adakah orang yang berstatus bankrap tak boleh buat car loan dan housing loan?

Jawapannya memang menyedihkan: YA, TIDAK BOLEH BUAT PINJAMAN.

Jadi, boleh buat apa?

Sila bawa penerangan kami di bawah ini.

 

Macam mana cara nak tangani masalah bankrap?

Ini adalah cara-cara yang boleh digunakan untuk menggugurkan status bankrap seseorang:

  • Mengikuti semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak JIM atau mahkamah sepanjang tempoh status bankrap masih berjalan
  • Membayar balik hutang-hutang yang masih ada atau tertunggak secara konsisten
  • Mendapatkan bantuan atau cadangan berkenaan penyelesaian status bankrap daripada pihak berwajib seperti JIM
  • Memohon pertimbangan status bankrap di Mahkamah Persekutuan

 

Akhir kata

Semoga perkongsian ini dapat memberikan anda jawapan mengenai persoalan sama ada bankrap boleh buka akaun bank atau tidak.

Harap anda dah jelas tentang hal ini.

Ingat, hutang tetap hutang dan ia perlu dibayar.

Kami juga berharap agar urusan anda dipermudahkan.

Jumpa lagi!

Leave a Comment