Pinjaman Peribadi AmBank 2023 (Dapat Pinjam Duit Cepat)

Zaman sekarang dah ramai orang buat pinjaman peribadi disebabkan kos sara hidup yang semakin tinggi dan kesan pandemik yang menjejaskan pendapatan. Namun, tahukah anda bahawa selain daripada pinjaman peribadi Bank Rakyat, Agro Bank, AEON dan BSN. Pinjaman peribadi AmBank turut tersenarai sebagai pinjaman yang popular kerana mudah lulus.

Terdapat beberapa jenis pinjaman peribadi AmBank yang disediakan untuk anda yang memerlukannya. Mari ketahuinya dengan lebih lanjut melalui artikel ini.

Izinkan kami berkongsi.

Pinjaman peribadi AmBank

1. AmBank Islamic AmMoneyLine Facility-i

Untuk makluman anda, AmBank AmMoneyLine Facility-i adalah pinjaman peribadi daripada salah satu anak syarikat AmBank Group iaitu Ambank Islamic. Sebut sahaja tentang islamic, sudah semestinya ia berkonsepkan perkhidmatan perbankan islam.

Pelan pinjaman peribadi ini tidak memerlukan apa-apa cagaran atau penjamin untuk disediakan. Tambahan lagi, ia terbuka kepada sesiapa sahaja asalkan bergaji bulanan. Tidak kiralah anda bekerja di sektor swasta, bekerja sendiri atau menerima komisen bulanan sahaja. Anda adalah kategori yang layak memohon pinjaman ini.

Melalui pinjaman peribadi ini, kadar keuntungan yang diterima adalah sebanyak 8.00% sehingga 11.99% setahun dengan jumlah pinjaman yang diberikan minimum RM2,000 sehingga maksimum RM150,000. Tempoh pinjaman pula adalah di antara 1 tahun sehingga 5 tahun.

Anda boleh merujuk jadual ringkasan maklumat pinjaman peribadi AmBank Islamic AmMoneyLine Facility-i di bawah:

 

Kadar faedah

 Sebanyak 8.00% sehingga 11.99% setahun

Tempoh pinjaman

1 hingga 5 tahun

Jumlah pinjaman

Minimum RM2,000 hingga maksimum RM150,000

Sektor pekerjaan

  • Sektor swasta
  • Sektor kerajaan
  • Bekerja sendiri
  • Menerima komisen bulanan

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 hingga 60 tahun
  • Pendapatan bulanan sekurang-kurangnya RM3,000

Tempoh kelulusan

Dalam masa 2 hari daripada tempoh permohonan dibuat

 

Jika anda berminat untuk memohon pinjaman peribadi ini. Sila ketahui lebih lanjut dan terperinci melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Berikut merupakan syarat dan kelayakan untuk memohon pinjaman peribadi AmBank ini:

  • Mestilah warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 hingga 60 tahun.
  • Pendapatan bulanan sekurang-kurangnya RM3,000.
  • Pendapatan bulanan sekurang-kurangnya RM5,000 bagi yang bekerja sendiri.
  • Wajib mengambil perlindungan Takaful.

 

Dokumen diperlukan

Ini adalah senarai dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan pinjaman ini:

  • Salinan kad pengenalan (depan dan belakang).
  • Salinan slip gaji 3 bulan terkini.
  • Salinan penyata akaun bank.
  • Salinan penyata EPF.
  • Penyata komisen untuk 6 bulan terkini (jika berkaitan).
  • Salinan sijil pendaftaran syarikat SSM (jika berkaitan).
  • Penyata akaun bank syarikat 6 bulan terkini (jika berkaitan).
  • Borang atau dokumen berkaitan pendaftaran syarikat (jika berkaitan).
  • Borang atau dokumen berkaitan cukai berserta resit pembayaran cukai (jika berkaitan).

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman peribadi AmBank Islamic AmMoneyLine Facility-i?

Mengenai jadual bulanan pembayaran balik pinjaman. Sila rujuk jadual pembiayaan ini sebagai panduan.

Harap maklum, sebarang perubahan pada kadar faedah atau pengiraan bayaran balik adalah bergantung kepada pihak AmBank sendiri. Jadual di atas hanyalah sebagai rujukan.

Sedikit makluman, anda boleh membuat pembayaran balik pinjaman menggunakan beberapa kaedah seperti pemindahan wang secara online banking atau melalui mesin ATM, arahan auto debit, bayar secara tunai di mana-mana kaunter cawangan AmBank atau pindahan wang secara tunai melalui mesin CDM.

 

Di mana boleh memohon pinjaman ini?

Anda boleh memohon pinjaman peribadi ini dengan hadir di mana-mana cawangan AmBank berdekatan anda atau dengan membuat permohonan secara online melalui AmOnline.

 

2. AmBank AmMoneyLine Personal Loan

Pelan pinjaman peribadi ini adalah berkonsepkan konvesional dan tidak bercagar. Sesiapa sahaja boleh memohon pelan pinjaman ini tidak kira apa sahaja bidang pekerjaan asalkan ada pendapatan bulanan atau bergaji. Melalui pinjaman ini, anda boleh membuat pinjaman berjumlah RM2,000 sehingga RM150,000.

Selain itu, kadar faedah yang dikenakan adalah serendah 8.00% sehingga 11.99% setahun dengan tempoh pinjaman di antara 1 tahun sehingga 5 tahun.  Untuk pengetahuan anda, tempoh kelulusan permohonan ini akan diproses dalam masa hanya 2 atau 3 hari selepas tempoh permohonan anda.

Jadi, tidak perlu tunggu sampai seminggu untuk tahu jawapan.

Ketahui secara ringkas mengenai pinjaman peribadi ini melalui jadual di bawah:

 

Kadar faedah

 Serendah 8.00% hingga 11.99% setahun

Tempoh pinjaman

1 tahun hingga 5 tahun

Jumlah pinjaman

Minimum RM2,000 hingga RM150,000

Sektor pekerjaan

  • Sektor swasta
  • Sektor kerajaan
  • Bekerja sendiri
  • Menerima komisen bulanan

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun hingga 60 tahun
  • Pendapatan bulanan minimum RM3,000

Tempoh kelulusan

2 atau 3 hari selepas tempoh permohonan dibuat

 

Jika anda berminat untuk memohon pinjaman ini. Sila ketahui lebih lanjut dan terperinci melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Berikut syarat dan kelayakan yang ditetapkan untuk memohon pinjaman peribadi ini:

  • Mestilah warganegara Malaysia.
  • Penduduk tetap yang bekerja di Malaysia (jika berkaitan).
  • Mesti berumur 21 tahun hingga 60 tahun.
  • Pendapatan bulanan minimum RM3,000.
  • Pendapatan bulanan sekurang-kurangnya RM5,000 jika bekerja sendiri.
  • Ada syarikat berdaftar di SSM (jika berkaitan).

 

Dokumen diperlukan

Ini adalah senarai dokumen yang diperlukan sebelum membuat permohonan pinjaman ini:

  • Salinan kad pengenalan.
  • Slip gaji.
  • Salinan penyata KWSP.
  • Salinan penyata akaun bank pengkreditan gaji.
  • Salinan penyata komisen 6 bulan bagi penerima komisen bulanan (jika berkaitan).
  • Borang atau dokumen pembayaran cukai berserta resit pembayaran cukai (jika berkaitan).
  • Salinan sijil pendaftaran syarikat SSM.

PERHATIAN

  • Anda mungkin akan diminta untuk memberikan dokumen tambahan yang lain sebagai rujukan oleh pihak AmBank.

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman peribadi AmBank AmMoneyLine Personal Loan?

Mengenai jadual bulanan pembayaran balik pinjaman. Sila rujuk jadual pembiayaan ini sebagai panduan.

Harap maklum, sebarang perubahan pada kadar faedah atau pengiraan bayaran balik adalah bergantung kepada pihak AmBank sendiri. Jadual di atas hanyalah sebagai rujukan.

Sekadar makluman, anda boleh membuat pembayaran balik pinjaman menggunakan beberapa kaedah seperti pemindahan wang secara online banking, pindahan wang melalui mesin ATM, arahan auto debit, bayar secara tunai di mana-mana kaunter cawangan AmBank atau pindahan wang secara tunai melalui mesin CDM.

 

Di mana boleh memohon pinjaman ini?

Berikut merupakan cara yang boleh anda cuba untuk memohon pinjaman peribadi AmBank iaitu dengan melawati mana-mana cawangan AmBank berhampiran anda.

Anda juga boleh membuat permohonan secara online melalui AmOnline.

 

3. Ambank Islamic Personal Financing-i

Pinjaman peribadi ini adalah pinjaman peribadi yang berkonsepkan islamik. Ia merupakan pinjaman yang tidak bercagar. Pelan pinjaman peribadi ini adalah hanya terbuka kepada golongan yang bekerja di sektor kerajaan, awam, kakitangan GLC dan swasta yang terpilih.

Untuk makluman, kepada kakitangan GLC dan swasta anda perlu menyemak sama ada syarikat anda tersenarai di dalam senarai syarikat yang layak memohon pinjaman ini. Senang faham, bukan semua syarikat boleh membuat pinjaman menggunakan pelan ini. Hanya kakitangan daripada syarikat tertentu sahaja.

Serba sedikit mengenai pinjaman ini adalah anda boleh meminjam dengan jumlah minimum RM5,000 hingga maksimum mencecah RM200,000 dengan kadar keuntungan serendah 3.88% melalui khidmat bayaran Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA) dan 7.90% bagi sektor swasta, kakitangan GLC dan syarikat berkaitan kerajaan terpilih.

Tempoh pinjaman yang diberikan pula ialah di antara 2 tahun sehingga 10 tahun.

Ketahui secara ringkas mengenai pinjaman peribadi ini melalui jadual di bawah:

 

Kadar faedah

  •  Serendah 3.88% melalui (BPA)
  • 7.90% bagi sektor swasta dan syarikat kerajaan terpilih

Tempoh pinjaman

2 tahun hingga 10 tahun

Jumlah pinjaman

Minimum RM5,000 sehingga maksimum RM200,000

Sektor pekerjaan

  • Sektor kerajaan
  • Sektor awam
  • Sektor swasta
  • Kakitangan GLC terpilih

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun hingga 60 tahun
  • Pendapatan bulanan minimum RM1,500
  • Telah bekerja lebih dari 3 bulan

Tempoh kelulusan

2 hari waktu bekerja

 

Jika anda berminat untuk memohon pinjaman peribadi ini. Ketahui lebih lanjut dan terperinci melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Di bawah merupakan syarat atau kelayakan yang diperlukan untuk memohon pinjaman peribadi ini:

  • Mestilah warganegara Malaysia.
  • Had umur bermula 18 tahun hingga 60 tahun.
  • Telah bekerja sekurang-kurangnya 3 bulan dan ke atas.
  • Pendapatan bulanan minimum RM1,500.
  • Berkhidmat di syarikat GLC dan swasta yang terpilih oleh AmBank Islamic (jika berkaitan).

 

Dokumen diperlukan

Ini adalah senarai dokumen yang diperlukan untuk memohon pelan pinjaman ini:

  • 3 Salinan kad pengenalan yang disahkan oleh ketua jabatan (depan dan belakang).
  • 1 penyata gaji original.
  • 2 salinan penyata gaji yang disahkan oleh ketua jabatan.
  • 1 salinan buku simpanan Ambank Islamik atau mana-mana bank.
  • Salinan penyata akaun bank pengkreditan gaji.
  • Penyata EPF.
  • Borang atau dokumen berkaitan cukai berserta resit pembayaran cukai (jika berkaitan).
  • Surat pengesahan jawatan atau bekerja (jika berkaitan).

 

Bagaimana corak pembayaran balik bulanan bagi pinjaman peribadi Ambank Islamic Personal Financing-i?

Untuk mengetahui jadual pembayaran semula pinjaman, sila rujuk jadual pembiayaan ini sebagai rujukan.

Sedikit makluman, anda boleh membuat bayaran balik melalui khidmat Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA), pemotongan gaji atau arahan auto debit.

 

Di mana boleh memohon pinjaman ini?

Anda boleh memohon pinjaman peribadi Ambank Islamic Personal Financing-i secara walk-in iaitu dengan mengunjungi mana-mana cawangan AmBank berhampiran anda.

Selain itu, anda juga boleh memohon secara online melalui laman web ini ambank.com.my.

 

Akhir kata

Itu adalah jenis-jenis pinjaman peribadi AmBank yang boleh anda mohon sekiranya anda memerlukan pinjaman peribadi dengan kadar yang segera. Diharapkan perkongsian kami ini dapat memberikan sedikit sebanyak informasi kepada anda yang memerlukannya. Semoga urusan anda juga dipermudahkan selalu.

Apa-apa pun kalau dah meminjam, jangan lupa untuk bayar semula. Satu lagi, elakkan untuk buat pinjaman dengan mana-mana institusi yang tidak berlesen. Bimbang akan merisikokan anda di kemudian hari. Zaman sekarang ini macam-macam boleh berlaku.

Oleh itu, jadilah peminjam yang bijak.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment