Kenapa Jadual Pinjaman Peribadi Sangat Penting?

Jadual pinjaman peribadi bukanlah jadual biasa-biasa yang boleh diabaikan. Jadual ini adalah satu jadual yang sangat penting bagi seorang peminjam untuk merujuk tarikh dan amaun pembayaran balik hutang. Sekiranya peminjam terlepas tarikh bayaran balik, ada banyak masalah yang bakal menanti.

Jom kita tengok sama-sama apa lagi peminjam perlu tahu dengan jadual pinjaman ini.

Apa Itu Jadual Bayaran Balik Pinjaman Peribadi?

Jadual pembayaran pinjaman balik pinjaman peribadai merupakan jadual yang digunakan untuk menjejaki dan menguruskan pembayaran pinjaman.

Ia biasanya mengandungi maklumat seperti jumlah pinjaman, kadar faedah, tarikh bayaran yang perlu dilunaskan dan jumlah setiap bayaran.

Selalunya, jadual ini akan menunjukkan baki pinjaman yang tinggal mengikut bulan.

Tujuan jadual pembayaran pinjaman diwujudkan oleh pihak bank adalah untuk membantu peminjam menyemak semula bayaran pinjaman mereka.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk memastikan peminjam membuat bayaran mereka tepat pada masanya.

Ini boleh membantu peminjam mengelakkan bayaran lewat dan mengekalkan skor kredit yang baik.

 

Kenapa Jadual Pinjaman Peribadi Sangat Penting?

Berikut adalah beberapa sebab mengapa jadual pembayaran balik pinjaman peribadi adalah penting:

  1. Dapat memberikan gambaran yang jelas tentang syarat-syarat pinjaman yang telah dimeterai, termasuk jumlah yang dipinjam, kadar faedah dan jadual pembayaran balik pada setiap bulan
  2. Dapat membantu peminjam memahami berapa banyak yang perlu dibayar setiap bulan
  3. Boleh digunakan untuk membuat bajet bulanan bagi memastikan peminjam dapat membuat bayaran tepat pada masanya.
  4. Bagi yang belum memohon, ia boleh digunakan untuk membandingkan tawaran pinjaman yang berbeza dan menentukan yang mana yang paling menguntungkan dari segi kadar faedah dan syarat-syarat pembayaran balik.
  5. Boleh boleh digunakan untuk semak berapa banyak amaun pinjaman yang sudah dibayar dan berapa banyak baki pinjaman yang tinggal
  6. Boleh membantu peminjam mengelakkan denda dan bayaran lewat dengan memberikan peringatan yang jelas tentang tarikh bayaran yang perlu dibayar.

Secara keseluruhannya, jadual pembayaran balik pinjaman adalah jadual yang penting untuk menguruskan pinjaman peribadi dan memastikan bahawa peminjam dapat membayar hutang mereka dengan tepat dan bertanggungjawab.

 

Adakah Jadual Pinjaman Peribadi Sama Sahaja?

Tidak.

Setiap bank mempunyai jadual pinjaman peribadi yang berbeza-beza. Ini kerana setiap bank menawarkan tawaran pinjaman dengan kadar faedah yang berbeza-beza.

Apabila kadar faedah tidak sama, amaun bayaran balik juga tidak sama.

Walaupun jadual ini selalunya digunakan oleh peminjam yang sudah lulus, ia juga penting untuk orang yang berkira-kira mahu meminjam.

Sebelum memohon, ada baiknya anda teliti dahulu amaun bayaran balik dan bandingkan dengan senarai komitmen bulanan sedia ada.

Ini bagi mengelakkan terlebih komitmen yang membuatkan tidak dapat bayar hutang yang sepatutnya,.

 

Boleh Beri Senarai Loan Repayment Schedule Bank di Malaysia?

Berikut ialah senarai jadual pinjaman peribadi bank berdasarkan maklumat yang kami perolehi daripada laman web rasmi bank-bank tersebut:

Bank Pautan
Maybank Jadual pinjaman Maybank
CIMB Jadual pinjaman CIMB
Public Bank Jadual pinjaman Public Bank
RHB Bank Jadual pinjaman RHB Bank
Hong Leong Bank Jadual pinjaman Hong Leong Bank
AmBank Jadual pinjaman AmBank
UOB Bank Jadual pinjaman UOB Bank
Bank Rakyat Jadual pinjaman Bank Rakyat
OCBC Bank Jadual pinjaman OCBC Bank
HSBC Bank Jadual pinjaman HSBC Bank
Affin Bank Jadual pinjaman Affin Bank
Bank Islam Jadual pinjaman Bank Islam
Standard Chartered Bank Jadual pinjaman Standard Chartered Bank
BSN Jadual pinjaman BSN
Bank Muamalat Jadual pinjaman Bank Muamalat
Alliance Bank Jadual pinjaman Alliance Bank
Agrobank Jadual pinjaman Agrobank
Al-Rajhi Bank Jadual pinjaman Al-Rajhi Bank
MBSB Bank Jadual pinjaman MBSB Bank
Co-opbank Pertama Jadual pinjaman Co-opbank Pertama
Kuwait Finance House Jadual pinjaman Kuwait Finance House

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan kepentingan jadual pinjaman peribadi ini dapat membuat anda lebih cakna.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment