Senarai Komitmen Bulanan (Dengan Contoh)

Semua orang mesti ada pelbagai komitmen bulanan yang perlu dijelaskan setiap kali dapat gaji. Betul tak? Tapi, pernah tak anda kaji dengan lebih jelas berkaitan perkara ini?

Ini adalah salah satu topik kecil dalam pengurusan kewangan. Jadi, kalau tak pernah cakna, mari sama-sama kita bincangkan di sini.

Apa itu Komitmen Bulanan?

Sebelum anda pergi dengan lebih jauh, ketahui dulu apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan komitmen bulanan.

Bukan ke komitmen bulanan itu macam bil-bil yang kita bayar setiap bulan?

Ya, betul.

Kami tak kata pun salah.

Cuma untuk lebih jelas, komitmen bulanan adalah merupakan satu kewajipan atau kemestian yang telah mengikat seseorang dari pelbagai sudut dan perkara dalam beberapa tempoh tertentu yang ditetapkan.

Misalnya, bila anda membuat pinjaman wang berlesen.

Ia akan menjadi satu komitmen bulanan di mana anda kena bayar semula pinjaman itu setiap bulan sehingga selesai.

Selain daripada contoh di atas, ada pelbagai jenis lagi komitmen bulanan yang ada.

Nak tahu lebih lagi?

Kami ada senaraikan di bawah ini.

 

Senarai Komitmen Bulanan

Berikut adalah beberapa contoh komitmen bulanan yang biasa yang kita semua ada dan juga sudah sedia maklum:

1. Bayar Balik Pinjaman Kereta / Motor

Zaman sekarang, penggunaan kereta atau motor bukan lagi menjadi satu keinginan tapi bertukar menjadi satu keperluan.

Sebab apa?

Sebab tak semua kawasan ada akses kepada perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, kereta api dan sebagainya.

Lebih-lebih lagi di kampung terpencil dan kawasan pendalaman.

Jadi, pilihan mereka yang tak ada kemudahan macam yang kami nyatakan tadi adalah terpaksa berhutang dengan bank untuk beli kereta atau motor.

Oleh itu, bila dah ada kereta atau motor.

Kenalah bayar balik komitmen itu setiap bulan sampai habis sehingga maksimum mencecah 9 tahun.

 

2. Sewa Rumah

Bukan semua orang mampu buat rumah sendiri atau beli rumah secara tunai.

So, cara untuk pastikan seseorang itu ada tempat tinggal mestilah dengan menyewa rumah.

Tapi, asalkan ia ada perkataan sewa rumah.

Maka, ia tetap akan termasuk dalam komitmen bulanan dan kena bayar sampai habis.

Selagi anda menyewa, selagi itulah anda kena bayar dan settlekan komitmen rumah sewa itu setiap bulan kecuali bila anda dah berhenti menyewa atau owner rumah yang hentikan penyewaan.

 

3. Bil Utiliti dan Hiburan

Bil utiliti yang biasa kita tahu adalah macam air, elektrik, Astro, wifi, telefon dan sebagainya.

Manakala bil hiburan adalah bila anda ada melanggan platform hiburan seperti Netflix, Viu, Spotify dan banyak lagi.

Walaupun biasanya bil-bil macam ini tak sebesar loan.

Tapi, ia tetap dikira komitmen bulanan sebab anda tetap kena bayar sampai bila-bila terutamanya bil air dan elektrik.

Cuma untuk bil hiburan pula, ia hanya akan jadi komitmen bila anda sendiri yang nak langgan.

Kalau stop langgan, tak jadilah komitmen.

Jadi terserahlah pada masing-masing untuk tentukan.

 

4. Perlindungan Insurans

Anda harus tahu bahawa ada juga kepentingan insurans yang sangat diperlukan oleh sesetengah orang.

Jadi, apabila ada yang mengambil insurans tak kisahlah apa jenis insurans sekalipun.

Ia akan dimasukkan ke dalam kategori komitmen.

Tambahan lagi, insurans juga memang perlu dibayar setiap bulan.

Tapi yang menariknya, kalau apa-apa terjadi pada anda.

Anda dapat menggunakan benefit yang dijanjikan melalui pelan insurans yang anda ambil.

Cuma, ia bukanlah satu keperluan yang wajib.

Kalau rasa mampu nak tambah komitmen, ambil.

Kalau tak, tak payah.

 

5. Pinjaman Peribadi

Pinjaman peribadi atau orang biasa sebut “personal loan” ini ada pelbagai jenis.

Antaranya adalah pinjaman peribadi untuk pendidikan macam PTPTN itu, pinjaman peribadi rumah, pinjaman peribadi untuk berkahwin dan banyak lagi.

Namun, tak kisahlah apa jenis pinjaman peribadi sekalipun yang anda ada.

Ia tetap satu komitmen bulanan asalkan anda terikat untuk membayarnya pada setiap bulan.

Apabila anda sudah terikat dengan pembayaran balik setiap bulan, pastikan anda buat bajet bulanan agar tidak terlepas pandang.

Kegagalan membayar hutang pinjaman peribadi boleh menyebabkan masalah di kemudian hari.

 

6. Kad Kredit

Hutang kad kredit ini pun boleh jadi satu komitmen.

Nak-nak pula kalau rancak sangat berbelanja pakai kad kredit.

Swipe sana swipe sini.

Tapi last-last kena bayar balik setiap bulan.

Sebab itu kalau ada yang pakai kad kredit, tolonglah gunakan dengan baik.

Takut tak sedar dah pakai sampai habis limit.

Lepas itu tak mampu nak bayar balik hutang kad kredit sampai tertunggak.

 

Jadi, Apa Perlu Buat Dengan Komitmen Bulanan Ini?

Jawapannya adalah anda perlu cari bagaimana cara selesaikan hutang dengan cepat.

Ini adalah supaya anda tak akan terus terbeban dengan hutang atau komitmen yang banyak setiap bulan.

Kalau boleh, belajarlah menabung dan simpan duit.

Elakkan dari menambah komitmen yang bukan-bukan.

Kena tahu bezakan mana perlu dan mana yang tak perlu.

Nak-nak pula pada zaman yang mencabar sekarang ini.

 

Akhir kata

Sampai di sini saja perkongsian kami mengenai komitmen bulanan yang umum bagi semua orang pada zaman kini.

Kami berharap dengan adanya artikel ini, anda akan dapat ilmu baru.

Cuma kami sarankan anda belajar sedikit ilmu-ilmu lain seperti buat bajet bulanan dan ambil peduli tentang Debt Service Ratio (DSR).

Kalau rajin, boleh buat senarai komitmen bulanan sendiri guna Microsoft Excel sebab mudah untuk pantau perbelanjaan.

Yang penting, elakkan dari hidup hanya untuk bayar hutang.

Latihlah diri untuk meminimumkan komitmen dengan sebaik-baiknya lebih-lebih lagi pada usia muda.

Selagi boleh cut, kita cut mana yang tak perlu.

Kurangkan komitmen bulanan yang tidak berapa penting.

Untuk kesenangan kita juga kan?

Akhir sekali, kami ingin tegaskan di sini bahawa apa saja benda yang perlu dibayar setiap bulan.

Ia adalah komitmen bulanan.

Tak faham juga tak tahulah.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment