Jadual Pinjaman Peribadi Public Bank 2023 (Bayaran Balik)

Jadual pinjaman peribadi Public Bank merupakan satu jadual yang sangat penting. Sebelum sign agreement untuk buat personal loan Public Bank, ada baiknya anda semak dahulu jadual pinjaman peribadi Public Bank yang terkini. Setidak-tidaknya, dengan merujuk kepada repayment table Public Bank ini, anda dapat gambaran berapa banyak perlu buat bayaran balik untuk setiap bulan.

Tak perlu susah-susah pergi laman web https://www.pbebank.com semata-mata nak check repayment schedule. Kami sudah siap-siap letak Public Bank punya personal loan table di sini untuk rujukan pembayaran anda.

Jadual Pinjaman Peribadi Public Bank (Islamik)

Di bawah ini ialah jadual pembayaran balik pinjaman peribadi Public Bank yang patuh syariah. Kalau tidak nampak dengan jelas, sila klik gambar untuk resolusi yang lebih besar.

JENIS PINJAMAN
Islamik
  • Jadual Pinjaman BAE Personal Financing-i
  • Jadual Pinjaman BAE AG Personal Financing-i
  • Jadual Pinjaman PLUS BAE Personal Financing-i
  • Jadual Pinjaman Solar Plus BAE Personal Financing-i

 

Jika anda berminat dan rasa mampu untuk bayar balik, boleh terus pembiayaan peribadi Public Bank yang patuh syariah ini.

SEMAK KELAYAKAN →

 

Jadual Pinjaman Peribadi Public Bank (Konvensional)

Di bawah ini ialah jadual pembayaran balik pinjaman peribadi Public Bank konvensional. Kalau tidak boleh lihat dengan jelas, sila klik gambar untuk resolusi yang lebih besar.

JENIS PINJAMAN
Konvensional TIADA

 

Jika komitmen bulanan anda tidak banyak dan masih lagi mampu untuk buat bayar balik, boleh terus pinjaman peribadi Public Bank konvensional ini.

SEMAK KELAYAKAN →

 

Adakah Ini Jadual Pembayaran Balik Pinjaman Public Bank Terkini?

Kami berusaha sedaya upaya untuk mengemaskini artikel ini berdasarkan jadual pinjaman peribadi yang palint latest yang ada di laman web rasmi Public Bank.

Walau bagaimanapun, ada kemungkinan Public Bank punya personal loan repayment table yang dikongsikan di atas sudah berubah dan kami tidak cakna.

Sekiranya ini berlaku, boleh rujuk pautan di bawah ini:

Sila layari laman web yang diberikan di atas dan buat carian dengan kata kunci “jadual bayaran balik” ataupun “repayment table”.

Selalunya, jadual pembayaran balik ini adalah dalam format PDF. Download PDF tersebut dan simpan untuk rujukan sendiri pada masa akan datang.

Kalau anda masih belum mohon, boleh download dan buat penilaian sendiri sebelum isi borang permohonan pinjaman Public Bank.

Kalau anda sudah mohon dan lulus pinjaman peribadi Public Bank, boleh gunakan untuk semak baki pinjaman peribadi Public Bank online dan ketepikan amaun bayaran yang dikehendaki siap-siap selepas dapat gaji bulanan untuk bayar komitmen ini.

 

Contoh Pengiraan Bayaran Balik Pinjaman Peribadi Public Bank

Apa yang kami tulis di bawah ini hanyalah sekadar penjelasan untuk mudah faham.

Contoh ini menunjukkan hubung kait amaun pinjaman pokok, tempoh pinjaman dan kadar faedah Public Bank yang boleh mempengaruhi jumlah bayaran bulanan.

Katakan anda buat personal loan Public Bank dengan pinjaman pokok sebanyak RM5,000.

Anda pilih bayar semula dalam tempoh 1 tahun, iaitu 12 bulan.

Seterusnya, katakan kadar faedah pinjaman peribadi Public Bank pula ialah 10%.

Untuk mengira jumlah faedah keseluruhan yang akan dibayar bagi pinjaman Public Bank ini, anda perlu darab jumlah pinjaman pokok dengan kadar faedah pinjaman. Seterusnya, darab dengan tempoh pinjaman.

Dalam contoh ini, jumlah faedah keseluruhan yang akan dibayar kepada Public Bank ialah RM 5,000 x 10% x 1 tahun = RM 500.

Amaun RM500 itu hanya bunga semata-mata.

Untuk mengira interest atau kadar faedah Public Bank yang perlu dibayar bulan-bulan pula, anda perlu bahagi kadar faedah tahunan pinjaman dengan bilangan bulan dalam satu tahun.

Dalam contoh ini, kadar faedah bulanan yang dikenakan Public Bank adalah 10% / 12 bulan = 0.83% setiap bulan.

Dalam cara pengiraan bayaran bulanan bagi pinjaman peribadi Public Bank ini, anda perlu bahagi jumlah faedah keseluruhan pinjaman dengan bilangan bulan dalam tempoh pinjaman.

Dalam contoh ini, bayaran bulanan bagi pinjaman adalah RM 500 / 12 bulan = RM 41.67 setiap bulan.

Jadi, bayaran bulanan bagi pinjaman peribadi Public Bank ini bayaran balik yang biasa tanpa faedah iaitu RM208.33 dan ditambah dengan interest sebanyak RM41.67.

Jumlah bayaran bulanan keseluruhan untuk pinjaman RM5000 selama 1 tahun dengan kadar faedah 10% dengan Public Bank ialah RM250.

Mudah sahaja kan nak kira?

 

Senario #1: Berbaloi ke Pinjam Public Bank RM5,000 Dalam Tempoh 2 Tahun?

Ini senario pertama berdasarkan jadual pinjaman Public Bank.

Kalau buat pinjaman RM5,000 dalam masa 2 tahun dengan kadar faedah 8%, bayaran bulanan ialah RM241.67.

2 tahun itu sama dengan 24 bulan.

Nampak bayaran balik tersebut agak tinggi kerana tempoh pinjaman yang pendek dengan Public Bank.

Tapi, kalau anda kira RM241.67 x 24, jawapannya ialah RM5800.08.

Pinjam RM5000 dengan Public Bank, kena bayar balik RM5800.08.

Jumlah interest yang anda perlu bayar pada Public Bank ialah RM800.

Nampak macam okay juga. Tak banyak sangat kan?

 

Senario #2: Berbaloi ke Pinjam Public Bank RM5,000 Dalam Tempoh 6 Tahun?

Ini senario kedua berdasarkan jadual pinjaman Public Bank.

Kalau buat pinjaman RM5,000 dalam masa 6 tahun, bayaran bulanan ialah RM102.78.

6 tahun itu sama dengan 72 bulan.

Nampak bayaran balik tersebut sangat rendah kerana tempoh pinjaman yang agak panjang dengan Public Bank.

Tapi, kalau anda kira RM102.78 x 72, jawapannya ialah RM7400.16.

Pinjam RM5000 dengan Public Bank, kena bayar balik RM7400.16.

Jumlah interest yang anda perlu bayar pada Public Bank ialah RM2,400.16.

Gila banyak kan?

 

Kalau Ikut Personal Loan Repayment Table Public Bank Tadi, Apa Pilihan Terbaik?

Soalan ini sangat sukar untuk dijawab.

Kami hanya mampu berikan 2 senario sahaja.

Ada banyak lagi kombinasi yang anda boleh cuba.

Jadi, jawapan paling selamat ialah ikut kemampuan dan jangan pinjam lama-lama.

Itu sahaja.

Kenapa?

Lagi lama tempoh pinjaman anda dengan Public Bank, lagi banyak kena bayar.

Kalau ada pilihan 1 tahun, pilihlah 1 tahun.

Kalau tak dapat 1 tahun, cuba pilih 2 tahun.

Jangan lama-lama sangat.

Nanti terjerat.

Pinjaman dalam tempoh masa yang lama dengan Public Bank boleh menjadi tidak berguna kerana ia boleh meningkatkan kos pinjaman anda.

Biasanya, pinjaman dengan Public Bank dalam tempoh masa yang lebih lama akan mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi, yang boleh meningkatkan jumlah bayaran bulanan yang perlu anda buat.

Jika anda tidak dapat membayar pinjaman peribadi Public Bank anda, anda mungkin akan berhadapan dengan kesulitan kewangan yang serius.

Kalau rasa tak layak, jangan pinjam.

Sila semak kelayakan pinjaman peribadi Public Bank terlebih dahulu sebelum tambah komitmen bulanan yang baru.

 

Kenapa Perlu Buat Bayaran Balik Hutang Public Bank Mengikut Masa?

Mudah sahaja.

Membayar hutang merupakan suatu kewajiban yang harus dilakukan oleh seseorang yang telah meminjam wang dari Public Bank atau apa-apa sahaja institusi kewangan yang bermurah hati memberi pinjaman pada anda.

Sekiranya anda tidak membayar hutang Public Bank anda, anda bakal mengalami masalah kewangan yang lebih serius.

Ini termasuk denda, bunga yang tinggi dan yang paling teruk, anda mungkin kehilangan aset anda.

Selain itu, jika anda tidak membuat pembayaran balik pinjaman Public Bank anda dalam tempoh yang dipersetujui, ini dapat mempengaruhi skor kredit anda.

Ya, ramai yang tidak ambil peduli dengan skor kredit.

Jika skor kredit tidak cantik, anda akan menghadapi kesulitan untuk mendapatkan pinjaman di masa depan.

Jadi, membayar balik hutang adalah penting supaya status kewangan anda tetap dalam keadaan baik.

Nak buat pinjaman yang lain dengan Public Bank pun mudah.

 

Apa Kepentingan Untuk Rujuk Jadual Bayaran Balik Pinjaman Public Bank?

Mengatur jadual pembayaran balik pinjaman peribadi Public Bank adalah satu cara yang berguna untuk membantu anda membayar hutang anda secara efektif dan tepat pada waktunya.

Ini dapat membantu anda untuk:

  • Buat anggaran kewangan anda setiap bulan. Ini kerana dengan adanya jadual pembayaran pinjaman Public Bank, anda dapat melihat secara jelas berapa komitmen bulanan anda dan berapa banyak wang yang harus dikeluarkan setiap bulan. Mudah untuk asingkan siap-siap amaun yang perlu dibayar secara tepat.
  • Bantu bayar hutang anda tepat waktu. Ini kerana dengan adanya jadual pembayaran balik ini, anda akan tahu bila anda harus membayar hutang. Ini dapat mengelakkan anda terlambat bayar dan dikenakan denda atau bunga yang tinggi.
  • Peringatan supaya tidak berhutang lagi. Pastinya dengan mengikuti jadual bayaran balik Public Bank ini, anda dapat memastikan bahawa anda tidak akan meminjam lebih banyak wang daripada yang mampu anda bayar.
  • Mengurangkan stress dan kerisauan. Sudah pasti dengan merujuk jadual bayaran balik Public Bank ini, anda akan rasa hidup lebih tersusun dalam menguruskan kewangan. Jika hal kewangan dikendalikan dengan baik, pasti hidup lebih tenang.

 

Apa Akan Jadi Kalau Tak Bayar Hutang Personal Loan Public Bank?

Seperti yang diberitahu tadi, kalau anda tidak membayar hutang, anda sengaja menempah masalah kerana anda bakal mengalami masalah kewangan yang serius.

Pemberi pinjaman seperti Public Bank ini boleh mengambil tindakan undang-undang untuk menuntut bayaran balik.

Jangan lupa, denda dan kos tambahan mungkin dikenakan oleh pihak Public Bank .

Ini juga boleh merosakkan reputasi credit score anda, menyukarkan anda untuk mendapatkan pinjaman di masa hadapan.

Oleh itu, adalah penting untuk membayar hutang Public Bank anda dengan tepat pada masanya.

Jika anda menghadapi masalah kewangan yang menyukarkan anda untuk membayar hutang, beritahu pihak Public Bank secepat mungkin dan carilah bantuan untuk menyelesaikan masalah ini.

 

Perlu Maklumat Lanjut Tentang Bayaran Balik Pinjaman Public Bank?

Ya, kami faham, apa yang kami tulis di sini mungkin tidak cukup lengkap.

Kami bukan orang Public Bank.

Jadi, ada maklumat yang kami tidak tahu.

Untuk maklumat yang lebih terperinci, ada baiknya anda hubungi sendiri pihak Public Bank.

  1. Buat panggilan ke Pusat Khidmat Pelanggan Public Bank di talian 1-800-22-7777
  2. Pilih nombor 1, 2 atau 3 untuk pilih bahasa
  3. Pilih Bahasa Melayu
  4. Pilih sambungan ke Bahagian Pinjaman atau Financing Public Bank
  5. Tunggu seketika sehingga panggilan anda dijawab oleh Pegawai Khidmat Pelanggan
  6. Apabila panggilan sudah dijawab oleh Pegawai Khidmat Pelanggan, perkenalkan diri anda
  7. Jika anda seorang pelanggan, beri nombor Kad Pengenalan dan nombor akaun bank untuk pengesahan
  8. Jika anda bukan pelanggan, maklumkan pada Pegawai Khidmat Pelanggan
  9. Seterusnya, tanyakan soalan kepada Pegawai Khidmat Pelanggan berkenaan jadual pembayaran balik pinjaman yang anda masih lagi belum jelas
  10. Ada kemungkinan Pegawai Khidmat Pelanggan tidak dapat memberikan penerangan yang jelas
  11. Jadi, mungkin Pegawai Khidmat Pelanggan akan minta anda hadir ke cawangan Public Bank
  12. Rekodkan semua maklumat penting yang dimaklumkan Pegawai Khidmat Pelanggan berkenaan jadual pinjaman
  13. Jika perlu, boleh bersiap-siap untuk datang ke Public Bank
  14. Selesai

 

Akhir kata

Bayaran balik pinjaman peribadi Public Bank merupakan tanggungjawab yang tidak boleh diabaikan.

Membuat bayaran komitmen bulanan tepat pada masanya adalah sangat penting.

Ini bertujuan untuk memastikan anda dapat mengekalkan kelayakan untuk meminjam wang dengan Public Bank pada masa akan datang.

Dalam masa yang sama, skor kredit anda tetap terjaga.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment