Pinjaman Perniagaan Bank Rakyat (Pembiayaan Islamik Patuh Syariah)

Tahukah anda? Selain daripada pinjaman peribadi Bank Rakyat. Anda juga boleh mendapatkan pinjaman perniagaan Bank Rakyat untuk memenuhi keperluan syarikat anda.

Oleh itu, pada artikel kali ini kami telah senaraikan beberapa pelan pembiayaan perniagaan yang ditawarkan oleh Bank Rakyat bagi membantu kewangan syarikat yang memerlukan.

Jemput baca perkongsian kami.

Pinjaman perniagaan Bank Rakyat

Berikut merupakan jenis-jenis pinjaman perniagaan Bank Rakyat yang ada.

1. Pembiayaan Berjangka-i

Pelan Pembiayaan Berjangka-i adalah bersifat islamik dan patuh syariah yang menggunakan konsep Tawarruq. Ia merupakan pakej pembiayaan dengan kadar keuntungan tetap. Tambahan lagi, pelan ini direka untuk syarikat dan badan koperasi yang berkaitan.

Tujuan pelan ini diperkenalkan adalah untuk memberikan modal kerja bagi membantu pengembangan perniagaan yang membabitkan syarikat persendirian dari pelbagai sektor seperti pertanian, kredit consumer, hartanah, pengeluaran, infrastruktur, peruncitan, komunikasi, minyak dan gas dan banyak lagi.

Melalui pinjaman ini, anda boleh perolehi jumlah pinjaman sebanyak 80% daripada nilai kos pembelian atau harga pasaran atau mengikut yang mana lebih rendah. Tempoh pinjaman pula adalah tertakluk kepada tujuan pembiayaan atau keperluan perniagaan. Selain itu, caj kadar keuntungan tahunan adalah serendah 0.5% + Kadar Dana Bank (KDB).

Margin pembiayaan pula adalah sehingga 80% keperluan modal kerja.

Sila ketahui secara ringkas mengenai Pembiayaan Berjangka-i ini melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan 0.5% + Kadar Dana Bank (KDB)
Tempoh pinjaman Tertakluk kepada tujuan pembiayaan atau keperluan perniagaan
Jumlah pinjaman 80% daripada nilai kos pembelian atau harga pasaran
Sektor pekerjaan
  • Pertanian
  • Kredit consumer
  • Hartanah
  • Pengeluaran
  • Infrastruktur
  • Peruncitan
  • Komunikasi
  • Minyak dan gas
  • Lain-lain
Kelayakan Semua entiti termasuk syarikat persendirian dan badan koperasi
Margin Sehingga 80% keperluan modal kerja

 

Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • Mempunyai syarikat atau perniagaan yang telah berdaftar.
  • Semua entiti termasuk syarikat persendirian dan badan koperasi.

 

Dokumen diperlukan

Antara dokumen yang diperlukan untuk memohon adalah:

  • Maklumat lengkap tujuan pinjaman.
  • Laporan jurunilai hartanah yang akan dijadikan jaminan (jika berkaitan).
  • Aliran tunai projek.
  • Unjuran keuntungan atau kerugian projek.

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan Pembiayaan Berjangka-i?

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik pinjaman perniagaan ini. Sila rujuk halaman ini untuk maklumat lanjut.

Sekadar makluman, caj pembayaran lewat akan dikenakan sebanyak 1% setahun ke atas jumlah bayaran bulanan yang tertunggak ketika tempoh pinjaman.

 

Di mana boleh memohon pinjaman perniagaan Bank Rakyat ini?

Sekiranya anda berminat untuk memohon pembiayaan ini. Anda boleh mohon secara walk in dengan hadir di mana-mana cawangan Bank Rakyat berhampiran anda.

Selain itu, anda juga boleh membuat permohonan secara online melalui laman web Bank Rakyat.

 

2. Pinjaman perniagaan Bank Rakyat (Pembiayaan Penyambung-i)

Produk Pembiayaan Penyambung-i yang ditawarkan ini membolehkan pelanggan membeli tanah bertujuan untuk pelaksanaan projek dan membiaya pembangunan projek. Ia juga dilaksanakan mengikut prinsip syariah iaitu konsep Tawarruq.

Melalui pinjaman ini, anda boleh membuat jumlah pinjaman maksimum sehingga 60% daripada nilai kos pembangunan termasuk kos tanah atau maksimum sehingga 40% daripada nilai kos pembangunan jika tidak termasuk kos tanah. Tempoh pinjaman yang diberikan pula adalah maksimum 6 bulan selepas projek siap.

Selain itu, caj kadar keuntungan tahunan minimum ialah 0.5% + Kadar Dana Bank (KDB) dengan margin pinjaman sehingga 50% daripada nilai jual tanah, 40% daripada kos pembangunan dan 60% daripada keseluruhan kos pembangunan.

Sila ketahui secara ringkas mengenai Pembiayaan Penyambung-i ini melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan 0.5% + Kadar Dana Bank (KDB)
Tempoh pinjaman Maksimum 6 bulan selepas projek siap
Jumlah pinjaman Maksimum sehingga 60% / maksimum sehingga 40%
Sektor pekerjaan
  • Syarikat persendirian
  • Badan koperasi
Kelayakan
  • Mempunyai syarikat atau perniagaan yang telah berdaftar
  • Semua entiti perniagaan
Margin 50% + 40% + 60%

 

Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • Mempunyai syarikat atau perniagaan yang telah berdaftar.
  • Semua entiti perniagaan seperti syarikat persendirian dan badan koperasi.

 

Dokumen diperlukan

Antara dokumen yang diperlukan untuk memohon adalah:

  • Kelulusan daripada pihak berkuasa berkaitan pelaksanaan projek.
  • Kajian daya maju dan kebolehpasaran terhadap cadangan pembangunan.
  • Laporan jurunilai terhadap tapak projek yang akan dijadikan jaminan.
  • Salinan perjanjian jual beli tanah tapak projek.
  • Rekod lampau.
  • Senarai pakar runding dan kontraktor.

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan Pembiayaan Penyambung-i?

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik pinjaman perniagaan ini. Sila rujuk halaman ini untuk maklumat lanjut.

Sekadar makluman, caj pembayaran lewat akan dikenakan sebanyak 1% setahun ke atas jumlah bayaran bulanan yang tertunggak ketika tempoh pinjaman.

 

Di mana boleh memohon pinjaman perniagaan Bank Rakyat ini?

Jika anda berhasrat untuk memohon pembiayaan ini. Anda boleh mengunjungi mana-mana cawangan Bank Rakyat berhampiran anda.

Anda juga boleh membuat permohonan secara online melalui laman web Bank Rakyat.

 

3. Pinjaman perniagaan Bank Rakyat (Pembiayaan Hartanah-i)

Pembiayaan Hartanah-i adalah pakej pinjaman patuh syariah yang menggunakan konsep Tawarruq dan kompetitif bagi membolehkan syarikat membeli tanah, rumah dan hartanah komersial. Tujuan pakej ini ditawarkan adalah untuk syarikat membuat pembelian hartanah kediaman dan bukan kediaman seperti kedai, rumah kedai, lot pejabat, kilang dan lain-lain.

Melalui pakej ini, anda boleh membuat pinjaman sebanyak 80% daripada nilai kos pembelian atau harga pasaran atau yang mana lebih rendah. Tempoh pinjaman pula adalah maksimum sehingga 20 tahun dengan caj kadar keuntungan tahunan minimum ialah 0.5% + Kadar dana Bank (KDB).

Di samping itu, margin pinjaman adalah sehingga 80% daripada harga belian atau 100% atas nilai jualan paksa atau mengikut yang mana lebih rendah.

Sila ketahui secara ringkas mengenai Pembiayaan Hartanah-i melalui jadual di bawah:

 

Kadar kentungan 0.5% + Kadar Dana Bank (KDB)
Tempoh pinjaman Maksimum sehingga 20 tahun
Jumlah pinjaman 80% daripada nilai kos pembelian atau harga pasaran atau yang mana lebih rendah
Sektor pekerjaan
  • Syarikat persendirian
  • Badan koperasi
Kelayakan
  • Mempunyai syarikat atau perniagaan yang telah berdaftar
  • Semua entiti perniagaan
Margin 80% daripada harga belian atau 100% atas nilai jualan paksa

 

Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman perniagaan Bank Rakyat ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • Mempunyai syarikat atau perniagaan yang telah berdaftar.
  • Semua entiti perniagaan seperti syarikat persendirian dan badan koperasi.

 

Dokumen diperlukan

Antara dokumen yang diperlukan untuk memohon adalah:

  • Salinan perjanjian jual beli.
  • Laporan jurunilai hartanah yang akan disandarkan sebagai jaminan.
  • Unjuran aliran tunai perniagaan.

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan Pembiayaan Hartanah-i?

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik pinjaman perniagaan ini. Sila rujuk halaman ini untuk maklumat lanjut.

Sekadar makluman, caj pembayaran lewat akan dikenakan sebanyak 1% setahun ke atas jumlah bayaran bulanan yang tertunggak ketika tempoh pinjaman.

 

Di mana boleh memohon pinjaman perniagaan Bank Rakyat ini?

Jika anda bercita-cita untuk memohon pembiayaan ini. Anda boleh melawati mana-mana cawangan Bank Rakyat berhampiran anda.

Anda juga boleh membuat permohonan atas talian menggunakan internet melalui laman web Bank Rakyat.

 

4. Pinjaman perniagaan Bank Rakyat (Kontrak-i)

Pembiayaan Kontrak-i ini disediakan adalah bertujuan untuk menampung kos bagi menyiapkan atau melaksanakan kontrak yang diterima. Ia dijalankan menggunakan konsep syariah iaitu Tawarruq dan memerlukan penjamin atau cagaran.

Melalui pinjaman ini, anda boleh membuat pinjaman sehingga 80% daripada jumlah kos dengan tempoh bayaran balik maksimum 6 bulan sehingga melebihi tarikh tamat kontrak. Caj kadar keuntungan tahunan yang dikenakan pula adalah minimum 0.5% + Kadar Dana Bank (KDB).

Tambahan lagi, pinjaman ini mempunyai sekuriti jaminan iaitu surat ikatan serahan hak ke atas penerimaan kontrak.

Sila ketahui secara ringkas mengenai Pembiayaan Kontrak-i ini melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan 0.5% + Kadar Dana Bank (KDB)
Tempoh pinjaman Maksimum 6 bulan sehingga melebihi tarikh tamat kontrak
Jumlah pinjaman Sehingga 80% daripada jumlah kos
Sektor pekerjaan
  • Koperasi
  • Syarikat
Kelayakan
  • Syarikat Berhad
  • Syarikat Sendirian Berhad
Margin Tidak dinyatakan

 

Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • Koperasi atau syarikat.
  • Syarikat Berhad.
  • Syarikat Sendirian Berhad (kontrak yang dianugerahkan oleh kerajaan, badan-badan separa kerajaan, majlis-majlis tempatan dan syarikat swasta yang diiktiraf).

 

Dokumen diperlukan

Antara dokumen yang diperlukan untuk memohon adalah:

  • Surat ikatan serahan hak ke atas penerimaan kontrak.

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan Pembiayaan Kontrak-i?

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik pinjaman perniagaan ini. Sila rujuk halaman ini untuk maklumat lanjut.

Sekadar makluman, caj pembayaran lewat akan dikenakan sebanyak 1% setahun ke atas jumlah bayaran bulanan yang tertunggak ketika tempoh pinjaman.

 

Di mana boleh memohon pinjaman perniagaan Bank Rakyat ini?

Sekiranya anda berminat untuk memohon pembiayaan ini. Anda boleh mohon secara walk in dengan hadir di mana-mana cawangan Bank Rakyat berhampiran anda.

Selain itu, anda juga boleh membuat permohonan secara online melalui laman web Bank Rakyat atau menghubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat mereka di talian 1-300-80-5454.

 

5. Pinjaman perniagaan Bank Rakyat (Pembiayaan Kenderaan-i)

Produk pembiayaan ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada syarikat untuk meningkatkan kemudahan pengangkutan menerusi pembelian kenderaan komersial dan industri. Ia adalah berlandaskan syariah dengan menggunakan konsep Tawarruq.

Untuk pengetahuan anda, pinjaman ini memberikan tempoh pembiayaan maksimum 7 tahun dengan margin sehingga 70% daripada harga belian.

Sila ketahui secara ringkas mengenai Pembiayaan Kenderaan-i melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan Tidak dinyatakan
Tempoh pinjaman Maksimum 7 tahun
Jumlah pinjaman Tidak dinyatakan
Sektor pekerjaan
  • Syarikat persendirian
  • Badan koperasi
Kelayakan Semua entiti perniagaan
Margin Sehingga 70% daripada harga belian

 

Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • Semua entiti perniagaan seperti syarikat persendirian dan badan koperasi.

 

Dokumen diperlukan

Antara dokumen yang diperlukan untuk memohon adalah:

  • Sebut harga dan maklumat lengkap kenderaan yang akan dibeli.
  • Aliran tunai dan unjuran keuntungan dan kerugian projek.

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan Pembiayaan Kenderaan-i?

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik pinjaman perniagaan ini. Sila rujuk halaman ini untuk maklumat lanjut.

 

Di mana boleh memohon pinjaman ini?

Jika anda berhasrat untuk memohon pembiayaan ini. Anda boleh mengunjungi mana-mana cawangan Bank Rakyat berhampiran anda.

Anda juga boleh membuat permohonan secara online melalui laman web Bank Rakyat.

 

6. Pinjaman perniagaan Bank Rakyat (Pembiayaan Share-i)

Pakej Pembiayaan Share-i ini adalah untuk membiayai pembelian saham siarharga yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Melalui pinjaman ini, anda boleh membuat pembiayaan sehingga 50% daripada harga belian dengan tempoh pembiayaan maksimum 10 tahun.

Sila ketahui secara ringkas mengenai Pembiayaan Share-i melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan Tidak dinyatakan
Tempoh pinjaman Maksimum 10 tahun
Jumlah pinjaman Sehingga 50% daripada harga belian
Sektor pekerjaan
  • Koperasi
  • Syarikat
Kelayakan
  • Syarikat Berhad
  • Syarikat Sendirian Berhad
Margin Tidak dinyatakan

 

Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • Koperasi atau syarikat.
  • Syarikat Berhad.
  • Syarikat Sendirian Berhad.

 

Dokumen diperlukan

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang dokumen yang diperlukan untuk permohonan pinjaman ini.

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan Pembiayaan Share-i?

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik pinjaman perniagaan ini. Sila rujuk halaman ini untuk maklumat lanjut.

Sekadar makluman, caj pembayaran lewat akan dikenakan sebanyak 1% setahun ke atas jumlah bayaran bulanan yang tertunggak ketika tempoh pinjaman.

 

Di mana boleh memohon pinjaman ini?

Jika anda bercita-cita untuk memohon pembiayaan ini. Anda boleh melawati mana-mana cawangan Bank Rakyat berhampiran anda.

Anda juga boleh membuat permohonan atas talian menggunakan internet melalui laman web Bank Rakyat atau terus menghubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat mereka di talian 1-300-80-5454.

 

7. Pinjaman perniagaan Bank Rakyat (Pembiayaan Kontrak-i Tijari)

Pembiayaan Kontrak-i Tijari adalah pelan bagi membiayai kerja kontrak yang diperoleh daripada kerajaan atau syarikat tersenarai yang kukuh seperti syarikat awam yang disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia. Namun begitu, pelan pinjaman ini tidak menggunakan konsep syariah Tawarruq seperti pelan pinjaman perniagaan Bank Rakyat yang lain.

Ia menggunakan konsep syariah Bai’inah.

Untuk pengetahuan anda, pinjaman ini adalah terbuka kepada kontraktor utama yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (JKR) ataupun mempunyai lesen dari Kementerian Kewangan. Melalui pinjaman ini, anda boleh membuat pembiayaan minimum RM10,000 sehingga maksimum RM250,000. Tempoh pinjaman yang diberikan pula adalah dari 1 tahun sehingga 2 tahun.

Selain itu, margin pembiayaan adalah sehingga 80% daripada kos keseluruhan kontrak. Walau bagaimanapun, pinjaman ini memerlukan cagaran serta jaminan tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Sila ketahui secara ringkas mengenai Pembiayaan Kontrak-i Tijari melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan
Tempoh pinjaman 1 tahun hingga 2 tahun
Jumlah pinjaman RM10,000 hingga RM250,000
Sektor pekerjaan
  • Kontraktor utama
  • Syarikat persendirian
  • Badan koperasi
Kelayakan
  • Semua entiti perniagaan
  • Berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (JKR)
  • Mempunyai lesen dari Kementerian Kewangan
 Margin Sehingga 80% daripada kos keseluruhan kontrak

 

Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman perniagaan Bank Rakyat ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • Semua entiti perniagaan seperti syarikat persendirian dan badan koperasi.
  • Berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (JKR) untuk kontraktor utama.
  • Mempunyai lesen dari Kementerian Kewangan.

 

Dokumen diperlukan

Antara dokumen yang diperlukan untuk memohon adalah:

  • Surat anugerah.
  • Bon pencapaian.
  • Jaminan bank.
  • Insuran kontrak.
  • Aliran tunai kontrak.
  • Unjuran keuntungan dan kerugian kontrak.
  • Jadual kerja kontrak.
  • Prosedur pembayaran kontrak.

PERHATIAN

*Semua dokumen yang diperlukan adalah tertakluk kepada terma dan syarat.

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan Pembiayaan Kontrak-i Tijari?

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik pinjaman perniagaan ini. Sila rujuk halaman ini untuk maklumat lanjut.

 

Di mana boleh memohon pinjaman perniagaan Bank Rakyat ini?

Sekiranya anda berminat untuk memohon pembiayaan ini. Anda boleh mohon secara walk in dengan hadir di mana-mana cawangan Bank Rakyat berhampiran anda.

Selain itu, anda juga boleh membuat permohonan secara online melalui laman web Bank Rakyat.

 

8. Pembiayaan Modal Kerja Berjangka-i untuk Ar-Rahnu X’Change

Pembiayaan ini adalah ditawarkan sebagai kemudahan untuk membiayai keperluan modal kerja bagi perniagaan francais Ar-Rahnu X’Change dan modal pusingan perniagaan. Konsep syariah yang digunakan di dalam pelan ini adalah Tawarruq. Walau bagaimanapun, cagaran dan jaminan bagi pembiayaan ini akan ditentukan berdasarkan kekuatan pelanggan dan daya maju perniagaan itu sendiri.

Melalui pinjaman ini, anda boleh membuat pembiayaan sehingga 80% daripada keseluruhan perniagaan dengan caj kadar keuntungan tahunan adalah minimum 0.5% + Kadar Dana Bank (KDB).

Sila ketahui secara ringkas mengenai Pembiayaan Modal Kerja Berjangka-i untuk Ar-Rahnu X’Change melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan 0.5% + Kadar Dana Bank (KDB)
Tempoh pinjaman Tidak dinyatakan
Jumlah pinjaman Sehingga 80% daripada keseluruhan perniagaan
Sektor pekerjaan Perniagaan francais Ar-Rahnu X’Change
Kelayakan Dikhaskan untuk koperasi
Tempoh kelulusan Tidak dinyatakan

 

Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman perniagaan Bank Rakyat ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • Dikhaskan untuk koperasi.

 

Dokumen diperlukan

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang dokumen yang diperlukan untuk permohonan pinjaman ini.

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan Pembiayaan Modal Kerja Berjangka-i untuk Ar-Rahnu X’Change?

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik pinjaman perniagaan ini. Sila rujuk halaman ini untuk maklumat lanjut.

Sekadar makluman, caj pembayaran lewat akan dikenakan sebanyak 1% setahun ke atas jumlah bayaran bulanan yang tertunggak ketika tempoh pinjaman.

 

Di mana boleh memohon pinjaman perniagaan Bank Rakyat ini?

Jika anda berhasrat untuk memohon pembiayaan ini. Anda boleh mengunjungi mana-mana cawangan Bank Rakyat berhampiran anda.

Anda juga boleh membuat permohonan secara online melalui laman web Bank Rakyat.

 

9. Pinjaman perniagaan Bank Rakyat CashLine-i

Pembiayaan perniagaan CashLine-i ini adalah kemudahan overdraf islamik yang beroperasi melalui akaun semasa. Cara ia beroperasi adalah ketika pelanggan dibenarkan untuk mengeluarkan wang dalam akaun semasa sehingga had yang diluluskan.

Pinjaman ini memberikan fleksibiliti kepada pelanggan dalam penggunaan kemudahan kredit di mana ia sesuai bagi pembiayaan keperluan modal kerja dan pembiayaan kontrak untuk memenuhi keperluan urus niaga harian pelanggan.

Selain itu, pinjaman ini menggunakan konsep syariah Tawarruq dengan memberikan beberapa faedah seperti caj keuntungan dikenakan atas amaun pembiayaan yang digunakan sahaja, tiada yuran komitmen dikenakan atas amaun pembiayaan yang belum digunakan, tiada tempoh yang ditetapkan bagi bayaran principal dan banyak lagi.

Melalui pakej ini, anda akan diberikan tempoh pinjaman sehingga 5 tahun yang tertakluk kepada semakan tahunan. Margin keuntungan pula adalah ditentukan mengikut kedudukan kredit pelanggan semasa permohonan pembiayaan. Di samping itu, caj kadar keuntungan tahunan adalah berdasarkan pengiraan Kos Dana (COF) + margin keuntungan atau Kadar Asas Pembiayaan (BFR) + margin keuntungan.

Sila ketahui secara ringkas mengenai Pembiayaan CashLine-i melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan Berdasarkan pengiraan Kos Dana (COF) + margin keuntungan / Kadar Asas Pembiayaan (BFR) + margin keuntungan
Tempoh pinjaman Sehingga 5 tahun
Jumlah pinjaman Tidak dinyatakan
Sektor pekerjaan Semua entiti perniagaan
Kelayakan
  • Syarikat berdaftar di Malaysia, dikendalikan dan dimiliki oleh rakyat Malaysia (sekurang-kurangnya 51% pegangan saham)
  • Perniagaan telah beroperasi selama 3 tahun berturut-turut dengan aktiviti perniagaan utama yang sama

*Sila rujuk kelayakan pada maklumat tambahan di bawah untuk lebih terperinci

Margin Ditentukan mengikut kedudukan kredit pelanggan

 

Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • Syarikat berdaftar di Malaysia, dikendalikan dan dimiliki oleh rakyat Malaysia (sekurang-kurangnya 51% pegangan saham).
  • Perniagaan telah beroperasi selama 3 tahun berturut-turut dengan aktiviti perniagaan utama yang sama.
  • Tahap modal berbayar yang mencukupi dan boleh diterima yang menunjukkan komitmen dari pelanggan.
  • Trend prestasi jualan dan keuntungan minimum untuk 3 tahun berturut-turut.
  • Dana pemegang saham yang positif.
  • Tiada tindakan undang-undang yang sedang berjalan atau rekod litigasi yang tidak boleh diselesaikan ke atas syarikat, pemegang saham syarikat dan pengarah syarikat.
  • Syarikat, pemegang saham syarikat dan pengarah syarikat tidak boleh mempunyai lebih dari 2 bulan tunggakan bagi setiap pembiayaan di mana-mana institusi kewangan lain dan tidak melebihi 1 bulan tunggakan bagi pembiayaan di Bank Rakyat dalam tempoh 12 bulan yang lalu.

 

Dokumen diperlukan

Antara dokumen yang diperlukan untuk memohon adalah:

  • Profil syarikat.
  • Salinan diakui sah borang 24, 44 dan 49 yang disahkan.
  • Memorandum dan artikel persatuan / perlembagaan atau pengesahan bertulis yang ditandatangani oleh pengarah yang mengesahkan bahawa syarikat tidak mempunyai perlembagaan.
  • Salinan diakui sah laporan kewangan yang telah diaudit bagi tempoh 3 tahun berturut-turut (tidak melebihi 18 bulan dari tarikh permohonan).
  • Akaun pengurusan / draf yang terkini (tidak melebihi 12 bulan dari tarikh permohonan).
  • Senarai terkini pembekal dan pembeli utama.
  • Senarai terkini penghutang dan pemiutang.
  • Senarai pembiayaan di mana-mana institusi kewangan (jika berkaitan).
  • Penyata akaun semasa bank bagi tempoh 6 bulan yang terkini.
  • Unjuran akaun keuntungan dan kerugian, serta aliran tunai untuk 2 tahun.
  • Maklumat mengenai nilai aset bersih seperti laporan pendapatan, resit simpanan tetap, borang BE dan lain-lain (jika berkaitan).
  • Maklumat tentang nilai aset bersih pemegang saham atau pengarah syarikat atau rakan kongsi.
  • Senarai projek yang telah siap, projek-projek di tangan (termasuk tempoh projek dan peratusan yang telah siap) dan projek-projek tender (jika berkaitan).
  • Borang permohonan yang telah dilengkapkan.
  • Lain-lain dokumen yang diperlukan bank.

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan Pembiayaan CashLine-i?

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik pinjaman perniagaan ini. Sila rujuk halaman ini untuk maklumat lanjut.

 

Di mana boleh memohon pinjaman perniagaan Bank Rakyat ini?

Jika anda bercita-cita untuk memohon pembiayaan ini. Anda boleh melawati mana-mana cawangan Bank Rakyat berhampiran anda.

Anda juga boleh membuat permohonan atas talian menggunakan internet melalui laman web Bank Rakyat atau terus menghubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat mereka di talian 1-300-80-5454.

 

Akhir kata

Sampai di sini sahaja senarai produk pinjaman perniagaan Bank Rakyat yang dapat kami sediakan untuk anda. Diharapkan dengan perkongsian yang tidak seberapa ini dapat membantu anda menguruskan keperluan modal atau syarikat anda dengan lebih baik dari semasa ke semasa.

Sekiranya anda ragu-ragu untuk buat sebarang pembiayaan bagi syarikat atau peribadi. Apa kata anda semak dulu pinjaman online Malaysia supaya anda tidak kena tipu dengan scammer. Tambahan lagi, bila dah confirm yang pinjaman itu legit. Barulah lebih yakin nak mohon.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment