Pinjaman Online Malaysia 2023 (Cara Nak Kenal Penipu atau Scammer)

Zaman sekarang, semua urusan boleh dibuat secara atas talian. Ini juga termasuklah untuk buat loan. Tak perlu keluar rumah pun. Cukup sekadar duduk depan komputer, klik sana, klik sini dan selesai permohonan. Persoalannya, pinjaman online di Malaysia ini, boleh dipercayai atau tidak? Adakah benar mereka menyediakan fasiliti untuk pinjaman atau sekadar scammer?

Macam mana nak tahu samada mereka bukan penipu?

Ciri-ciri pinjaman online penipu di Malaysia

Ada beberapa perkara yang kau perlu ambil perhatian sebelum meminjam daripada peminjam ini:

1. Kena bayar duit dulu sebelum dapat pinjaman online

Ini memang sah penipu. Kalau dia minta kau upfront fee atau duit pendahuluan, memang sah-sah scammer. Cuba kau pergi bank nak buat loan, tapi bank minta duit deposit untuk luluskan permohonan kau. Selepas itu bank kata nanti duit pinjaman akan ditolak daripada duit deposit tadi. Bukankah itu nampak pelik? Bank tak akan buat begitu.  Apatah lagi kalau perkara-perkara begini berlaku secara online dari syarikat yang entah apa-apa nama.

Dengar sini betul-betul. Tak ada mana-mana institusi kewangan atau perbankan yang sah di sisi undang-undang yang akan minta aku bayar duit dulu sebelum terima duit pinjaman.

Tak ada. Bayar dulu baru dapat duit pinjaman itu tidak wujud. Kalau ada, itu maknanya mereka itu bukan entiti yang sah di sisi undang-undang Malaysia.

 

2. Kau kena bagi kad ATM bank pada dia

Ini satu lagi. Sah-sah menipu.

Ada bank minta kau serahkan kad debit atau kad ATM kau pada dia?

Contohnya, sebelum kau buat pinjaman dengan Maybank, ada tak Maybank minta kau serahkan kad debit bergambar buah ceri itu pada dia? Tak ada kan?

Kalau ini berlaku, jauhkan diri cepat-cepat. Selalunya, modus operandi begini adalah modus operandi pinjaman dari along yang tidak berlesen.

Dengar sini baik-baik. Yuran pemprosesan atau processing fee untuk buat pinjaman (sekiranya ada), akan ditolak daripada amaun pinjaman. Maksudnya, kalau kau pinjam RM1,000, kau akan dapat RM900.

Bukannya kalau kau pinjam RM1,000, kau akan dapat RM1,000 dan kau perlu keluarkan duit menggunakan ATM untuk bayar RM100 pada si pemberi pinjam.

Sepatutnya, apa-apa potongan akan dibuat secara automatik. Bukan kau kena keluarkan sendiri dan bayar duit pemprosesan pada si peminjam.

 

3. Peminjam paksa kau buat keputusan secepat mungkin

Dia tahu kau dalam keadaan terdesak dan sesak. Jadi, dia nak kau cepat-cepat buat keputusan meminjam dengan dia.

Jadi, kalau dia asyik push kau, jangan layan. Dan kau janganlah asyik berbolak-balik, tak tahu nak terima atau tidak.

Kalau dia follow-up sekali dua, itu normal. Tapi kalau dalam sehari dalam 5-6 kali, itu pelik namanya.

 

Akhir kata

Aku tahu ramai yang memang terdesak, berniat ikhlas untuk buat pinjaman dan berjanji akan bayar balik itu masa yang ditetapkan. Tapi kau tetap perlu hati-hati dalam membuat pinjaman online di Malaysia ini. Sila report pada MCMC kalau kau rasa kau kena tipu.

Pastikan syarikat yang kau nak buat pinjaman itu adalah berlesen dan bukannya scammer. Nak lebih mudah, buat sahaja pinjaman dari bank. Itu confirm dan sah tidak akan bawa masalah, kecuali tak liat nak bayar!

Leave a Comment