Pinjaman Peribadi Maybank 2023 (Tempoh Kelulusan Segera)

Untuk anda yang nak buat personal loan tetapi tidak tahu dekat mana nak mohon. Tidak perlu fikir lama-lama kerana pinjaman peribadi Maybank ada ditawarkan untuk memenuhi keperluan kewangan anda. Tambahan lagi, Maybank bukanlah nama yang asing lagi dalam memberikan pelbagai bentuk perkhidmatan berkaitan pinjaman dan seumpamanya buat pelanggan mereka dan yang memerlukan.

Oleh itu, untuk mengetahui jenis-jenis pelan atau produk pinjaman peribadi Maybank yang boleh dimohon. Ketahuinya melalui artikel ini.

Izinkan kami berkongsi.

Pinjaman peribadi Maybank

Berikut merupakan pelan dan produk pinjaman peribadi yang ditawarkan.

1. Pinjaman peribadi Maybank Personal Financing-i

Produk ini adalah bersifat islamik dan tidak memerlukan sebarang cagaran atau penjamin. Produk ini juga menggunakan konsep syariah iaitu Murabahah melalui aturan Tawarruq. Melalui pinjaman ini, anda akan memperolehi jumlah pinjaman minimum RM5,000 sehingga maksimum RM100,000.

Selain itu, tempoh pinjaman yang diberikan adalah di antara 2 tahun sehingga 6 tahun dengan kadar keuntungan tahunan yang dikira serendah 6.5% sehingga 8%. Antara kelebihan mengenai produk ini adalah jumlah bayaran bulanan adalah serendah RM102.78, tiada cop dokumen yang diperlukan, tiada caj pemprosesan dan kelulusan dalam kadar segera.

Apa yang menarik tentang pinjaman ini adalah ia terbuka kepada semua sektor pekerjaan termasuklah kepada mereka yang bekerja sendiri. Asalkan anda ada pendapatan bulanan, anda layak untuk memohon. Namun, semuanya tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak Maybank itu sendiri.

Sila ketahui secara ringkas mengenai produk pinjaman peribadi Maybank ini melalui jadual di bawah:

 

Kadar kentungan

 6.5% hingga 8% setahun

Tempoh pinjaman

2 tahun hingga 6 tahun

Jumlah pinjaman

RM5,000 hingga RM100,000

Sektor pekerjaan

  • Semua sektor pekerjaan
  • Bekerja sendiri

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur minimum 21 tahun sehingga maksimum 60 tahun
  • Menerima pendapatan bulanan minimum RM3,500

Tempoh kelulusan

2 hari waktu bekerja

 

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pinjaman peribadi ini. Sila ketahuinya mellaui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur minimum 21 tahun sehingga maksimum 60 tahun.
  • Menerima pendapatan bulanan minimum RM3,500.
  • Menerima pendapatan tahunan minimum RM42,000 (jika berkaitan).
  • Syarikat atau perniagaan telah berdaftar di SSM.

 

Dokumen diperlukan

Antara dokumen yang diperlukan untuk memohon adalah:

  • Salinan kad pengenalan (depan dan belakang).
  • Slip gaji 1 bulan terkini.
  • Penyata EPF terkini.
  • Penyata akaun bank 3 bulan terkini.
  • Salinan sijil pendaftaran syarikat atau perniagaan (jika berkaitan).
  • Penyata akaun bank 6 bulan terkini (jika berkaitan).
  • Borang dan resit pembayaran berkaitan cukai (jika berkaitan).

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman peribadi Maybank Personal Financing-i?

Bagi memudahkan anda untuk membuat bayaran balik pinjaman peribadi ini secara konsisten. Sila rujuk halaman ini sebagai panduan.

 

Di mana boleh memohon pinjaman ini?

Sekiranya anda berminat untuk memhon pinjaman peribadi ini. Anda boleh mengunjungi mana-mana cawangan Maybank berhampiran anda atau boleh mohon secara online melalui laman web Maybank di sini maybank2u.c0m.my.

 

2. Maybank Personal Loan

Pinjaman ini adalah pinjaman yang tidak bercagar di mana anda akan diberikan pinjaman berjumlah RM5,000 sehingga RM100,000 dengan tempoh pinjaman di antara 2 tahun sehingga 6 tahun. Melalui pinjaman ini, anda juga akan menerima kadar keuntungan tetap bermula dari 6.5% sehingga 8% setahun.

Antara kelebihan yang anda akan perolehi daripada pinjaman ini adalah bayaran balik bulanan yang rendah, tiada caj pemprosesan dan diberikan perlindungan insurans penjagaan diri. Di samping itu, anda tidak perlu menunggu lama kerana tempoh kelulusan akan diproses dalam masa hanya 48 jam.

Selain itu, pelan ini ditawarkan kepada semua sektor pekerjaan dan mereka yang bekerja sendiri.

Sila ketahui secara ringkas mengenai pelan pinjaman peribadi Maybank ini melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan

 6.5% hingga 8% setahun

Tempoh pinjaman

2 tahun hingga 6 tahun

Jumlah pinjaman

RM5,000 hingga RM100,000

Sektor pekerjaan

  • Semua sektor pekerjaan
  • Bekerja sendiri

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur minimum 21 tahun sehingga maksimum 60 tahun
  • Menerima pendapatan bulanan minimum RM3,500

Tempoh kelulusan

48 jam selepas tempoh permohonan dibuat

 

Sila ketahui lebih lanjut dan terperinci mengenai pinjaman peribadi ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Berikut merupakan syarat dan kelayakan yang ditetapkan:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur minimum 21 tahun sehingga maksimum 60 tahun.
  • Menerima pendapatan bulanan minimum RM3,500.
  • Menerima pendapatan tahunan minimum RM42,000 (jika berkaitan).
  • Syarikat atau perniagaan telah berdaftar di SSM.

 

Dokumen diperlukan

Antara dokumen yang diperlukan untuk memohon adalah:

  • Salinan kad pengenalan (depan dan belakang).
  • Slip gaji 1 bulan terkini.
  • Penyata akaun bank 3 bulan terkini.
  • Salinan sijil pendaftaran syarikat atau perniagaan (jika berkaitan).
  • Penyata akaun bank 6 bulan terkini (jika berkaitan).
  • Borang dan resit pembayaran berkaitan cukai (jika berkaitan).

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman peribadi Maybank Personal Loan?

Bagi memudahkan anda untuk membuat pembayaran semula bulanan pinjaman ini dengan konsisten. Sila rujuk halaman ini sebagai panduan.

 

Di mana boleh memohon pinjaman ini?

Anda boleh memohon pinjaman peribadi Maybank ini melalui beberapa cara iaitu dengan melawati mana-mana cawangan Maybank berhampiran anda atau mohon secara atas talian di laman web rasmi Maybank.

Anda juga boleh memohon menggunakan aplikasi Maybank2u di telefon pintar anda. Sebarang maklumat lanjut mengenai cara memohon pinjaman ini, anda boleh merujuk halaman ini sebagai panduan.

 

Akhir kata

Sekian sahaja informasi kami mengenai senarai pinjaman peribadi Maybank. Diharapkan perkongsian ini dapat memberikan sedikit sebanyak panduan kepada anda yang nak buat personal loan. Tetapi, bila pinjaman dah lulus nanti pastikan anda dah tahu kegunaan wang pinjaman peribadi itu untuk apa.

Jangan pula gunakan untuk perkara yang tak berfaedah atau membebankan diri anda semula. Gunakan sebaik-baiknya untuk keperluan anda. Kami berpesan ini supaya beringat-ingat dalam membelanjakan duit. Gusar kelak menyusahkan diri sendiri pula.

Semoga bermanfaat.

1 thought on “Pinjaman Peribadi Maybank 2023 (Tempoh Kelulusan Segera)”

Leave a Comment