Pinjaman Perniagaan Bank Islam 2022 (Ada Kemudahan Pajakan Aset)


Sebenarnya masih banyak lagi syarikat di luar sana yang memerlukan pembiayaan untuk perniagaan mereka. Oleh itu, kami cadangkan pinjaman perniagaan Bank Islam kepada syarikat yang mungkin berminat untuk mengemukakan permohonan.

Selain itu, terdapat beberapa lagi produk pembiayaan untuk syarikat yang anda boleh cuba. Antaranya adalah pinjaman perniagaan Bank Rakyat atau pinjaman perniagaan TEKUN. Walau bagaimanapun, melalui penulisan kali ini kami ingin mendedahkan sedikit sebanyak mengenai produk pembiayaan perniagaan yang ditawarkan oleh Bank Islam.

Jemput baca perkongsian kami.

Pinjaman perniagaan Bank Islam

Berikut merupakan jenis produk pembiayaan perniagaan Bank Islam yang boleh anda mohon.

1. Pinjaman perniagaan Bank Islam (Business Cash Line-i)

Pembiayaan ini adalah sebagai pinjaman pusingan yang dikhususkan untuk pelanggan perniagaan. Ia boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja untuk memenuhi keperluan modal atau kewangan syarikat seperti penambahan aset pelanggan-pelanggan korporat, komersil dan Perusahaaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Untuk pengetahuan anda, pinjaman ini bersifat islamik dan menggunakan konsep syariah iaitu Tawarruq. Terdapat beberapa kelebihan yang akan diperolehi daripada produk pinjaman ini. Antaranya adalah penggunaan pembiayaan yang fleksibel, kadar pinjaman yang kompetitif dan tiada yuran komitmen yang dikenakan jika melebihi had yang tidak digunakan.

Melalui pinjaman ini, anda boleh membuat pinjaman berjumlah minimum RM5,000 dengan tempoh bayaran balik dalam masa 1 tahun atau lebih bergantung kepada kelulusan permohonan pinjaman yang diberikan.

Selain itu, produk pinjaman ini adalah berdasarkan perubahan kepada Kadar Pembiayaan Asas (KPA) Bank iaitu dari 5.47% dengan caj kadar keuntungan efektif yang mungkin berubah dari semasa ke semasa. Namun, ia tidak boleh melebihi kadar siling.

Tambahan lagi, perlindungan insuran adalah tidak diwajibkan dan jika anda tidak memenuhi syarat minimum kredit. Bank Islam mungkin memerlukan penjamin atau cagaran bagi membolehkan anda meneruskan permohonan pembiayaan perniagaan ini.

Sila ketahui secara ringkas mengenai Business Cash Line-i melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan Berubah dari semasa ke semasa (tidak melebihi kadar siling)
Tempoh pinjaman 1 tahun atau lebih bergantung kepada kelulusan bank
Jumlah pinjaman Minimum RM5,000
Sektor pekerjaan
  • Korporat
  • Komersil
  • Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Kelayakan

Pendaftaran syarikat atau perniagaan adalah di Malaysia sahaja

*Sila rujuk kelayakan pada maklumat tambahan di bawah untuk lebih terperinci

Margin Tidak dinyatakan

 

Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman perniagaan Bank Rakyat ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • Pendaftaran syarikat atau perniagaan adalah di Malaysia sahaja.
  • Merupakan syarikat persendirian atau syarikat awam berhad.
  • Terbuka kepada institusi berkaitan kerajaan yang terdiri daripada Pihak Berkuasa Persekutuan, negeri, tempatan dan berkanun.
  • Koperasi.
  • Pemilikan tunggal atau perkongsian.
  • Persatuan dan kelab.

 

Dokumen diperlukan

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang dokumen yang diperlukan untuk permohonan pinjaman ini (tidak dinyatakan).

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan Business Cash Line-i?

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual bayaran balik pinjaman ini. Sila rujuk halaman ini untuk maklumat lanjut.

 

Di mana boleh memohon pinjaman perniagaan Bank Islam ini?

Sekiranya anda berminat untuk memohon pembiayaan ini. Anda boleh mohon secara manual dengan mengunjungi mana-mana cawangan Bank Islam berhampiran anda.

Selain itu, untuk lebih jelas mengenai pinjaman ini. Anda juga boleh terus menghubungi talian khidmat pelanggan Bank Islam di 03-269 00 900.

 

2. Pinjaman perniagaan Bank Islam (Business Financing-i)

Kemudahan pinjaman ini adalah direka khas untuk pelanggan korporat, komersial dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Ia ditawarkan bertujuan untuk memenuhi keperluan perniagaan mereka dari segi menyalurkan penambahan modal kerja atau pengembangan perusahaan. Di samping itu, pinjaman ini turut tidak mewajibkan pelanggan untuk mengambil perlindungan insuran.

Walau bagaimanapun, ia adalah bergantung kepada keperluan pelanggan itu sendiri. Tambahan lagi, sekiranya anda tidak memenuhi syarat minimum kredit. Bank Islam mungkin memerlukan penjamin atau cagaran bagi membolehkan anda meneruskan permohonan pembiayaan perniagaan ini.

Pembiayaan ini bersifat islamik yang patuh syariah dengan menggunakan konsep Tawarruq. Untuk pengetahuan anda, pinjaman ini menyediakan pembiayaan berjumlah minimum RM5,000 sehingga jumlah maksimum yang bergantung kepada kelulusan dari pihak bank. Tempoh bayaran balik pula adalah dari 1 tahun sehingga 10 tahun.

Seterusnya, produk ini adalah dikira berdasarkan kadar tetap atau kadar boleh berubah. Bagi pembiayaan berdasarkan kadar boleh ubah, bayaran bulanan mungkin berubah dari semasa ke semasa. Ia adalah bergantung kepada perubahan Kadar Pembiayaan Asas (KPA) Bank yang tertakluk. Namun, jumlah pembayaran tidak akan melebihi harga jualan bank.

Sila ketahui secara ringkas mengenai Business Financing-i melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan

Tidak dinyatakan

Tempoh pinjaman

1 tahun hingga 10 tahun

Jumlah pinjaman

Minimum RM5,000

Sektor pekerjaan

  • Korporat
  • Komersil
  • Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)

Kelayakan

Pendaftaran syarikat atau perniagaan adalah di Malaysia sahaja

*Sila rujuk kelayakan pada maklumat tambahan di bawah untuk lebih terperinci

Margin

Tidak dinyatakan

 

Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • Pendaftaran syarikat atau perniagaan adalah di Malaysia sahaja.
  • Merupakan syarikat persendirian atau syarikat awam berhad.
  • Terbuka kepada institusi berkaitan kerajaan yang terdiri daripada Pihak Berkuasa Persekutuan, negeri, tempatan dan berkanun.
  • Koperasi.
  • Pemilikan tunggal atau perkongsian.
  • Persatuan dan kelab.

 

Dokumen diperlukan

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang dokumen yang diperlukan untuk permohonan pinjaman ini (tidak dinyatakan).

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan Business Financing-i?

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik bagi pinjaman perniagaan ini. Sila rujuk halaman ini untuk maklumat lanjut.

 

Di mana boleh memohon pinjaman perniagaan Bank Islam ini?

Jika anda berhasrat untuk memohon pembiayaan ini. Anda boleh mengunjungi mana-mana cawangan Bank Islam berdekatan anda.

Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang produk pinjaman ini. Kami sarankan untuk anda terus menghubungi talian khidmat pelanggan Bank Islam di 03-269 00 900.

 

3. Ijarah Muntahiah Bi Tamlik-I “IMBT”

Pinjaman ini pula adalah berlainan daripada produk pinjaman di atas. Ia adalah kemudahan pajakan yang membolehkan pelanggan memajak aset daripada bank dengan bayaran sewa yang dipersetujui dalam tempoh tertentu. Pemilikan aset tersebut pula akan dipindahkan kepada pelanggan melalui pembelian pada akhir tempoh sewaan.

Untuk pengetahuan anda, produk ini menggunakan konsep syariah Al-Ijarah Thumma Bai’ (AITAB-i). Melalui pinjaman ini, anda boleh membuat pembiayaan minimum RM50,000. Manakala, jumlah maksimum adalah tertakluk kepada kelulusan bank.

Tempoh bayaran balik pula adalah dari 2 tahun sehingga 9 tahun dengan caj kadar keuntungan efektif bank mungkin berubah dari semasa ke semasa. Namun, kadar efektif bank tidak boleh melebihi kadar siling. Selain itu, anda perlu mendapatkan perlindungan Takaful oleh panel Takaful Bank Islam atau syarikat Takaful yang lain seperti yang diluluskan oleh pihak Bank sekiranya berkaitan.

Terdapat beberapa kelebihan yang akan anda perolehi melalui produk pinjaman ini. Antaranya adalah produk ini menyediakan pembiayaan jangka pendek hingga sederhana melalui pajakan dengan pilihan untuk memperoleh aset pada akhir tempoh pajakan dan harga yang kompetitif berbanding dengan pajakan konvensional.

Namun begitu, sekiranya anda tidak memenuhi keperluan kredit minimum. Bank Islam mungkin memerlukan penjamin atau cagaran bagi membolehkan anda menghantar permohonan pinjaman ini.

Sila ketahui secara ringkas mengenai Ijarah Muntahiah Bi Tamlik-I “IMBT” melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan

Berubah dari semasa ke semasa

Tempoh pinjaman

2 tahun hingga 9 tahun

Jumlah pinjaman

Minimum RM50,000

Sektor pekerjaan

  • Korporat
  • Institusi
  • Persatuan

Kelayakan

  • Merupakan syarikat persendirian atau syarikat awam berhad
  • Terbuka kepada institusi berkaitan kerajaan yang terdiri daripada Pihak Berkuasa Persekutuan, negeri, tempatan dan berkanun

*Sila rujuk kelayakan pada maklumat tambahan di bawah untuk lebih terperinci

Margin

Tidak dinyatakan

 

Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman perniagaan Bank Islam ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • Merupakan syarikat persendirian atau syarikat awam berhad.
  • Terbuka kepada institusi berkaitan kerajaan yang terdiri daripada Pihak Berkuasa Persekutuan, negeri, tempatan dan berkanun.
  • Institusi.
  • Pemilikan tunggal atau perkongsian.
  • Persatuan dan kelab.

 

Dokumen diperlukan

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang dokumen yang diperlukan untuk permohonan pinjaman ini (tidak dinyatakan). Walau bagaimanapun, berikut kami senaraikan beberapa aset yang diperlukan atau diterima untuk pajakan:

  • Tanaman dan jentera.
  • Peralatan.
  • Barangan pengguna.
  • Komputer.
  • Kenderaan bermotor.
  • Aset lain yang boleh diterima oleh bank.

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan Ijarah Muntahiah Bi Tamlik-I “IMBT”?

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik bagi pinjaman perniagaan ini. Sila rujuk halaman ini untuk maklumat lanjut.

 

Di mana boleh memohon pinjaman perniagaan Bank Islam ini?

Sekiranya anda bercita-cita untuk memohon pembiayaan ini. Anda boleh mohon secara walk in dengan hadir di mana-mana cawangan Bank Islam berhampiran anda.

Selain itu, untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang produk pinjaman ini. Kami sarankan untuk anda terus menghubungi talian khidmat pelanggan Bank Islam di 03-269 00 900.

 

4. Ijarah Thumma Bai-i (“AITAB”)

Produk ini adalah kemudahan sewa beli di mana pelanggan boleh menyewa aset bank dengan pembayaran sewa yang dipersetujui mengikut tempoh masa yang ditentukan. Seterusnya, pelanggan boleh membeli aset tersebut daripada pihak bank pada akhir tempoh sewaan.

Namun begitu,jika anda tidak memenuhi keperluan kredit minimum. Bank Islam mungkin memerlukan penjamin atau cagaran bagi membolehkan anda memohon pembiayaan ini.

Terdapat beberapa kelebihan yang akan anda perolehi daripada produk pinjaman ini. Antaranya adalah pinjaman ini menyediakan pelanggan dengan pembiayaan jangka pendek hingga sederhana dengan cara mengupah dan akhirnya memperoleh aset tersebut serta harga yang kompetitif berbanding dengan pajakan konvensional yang ada.

Melalui pinjaman ini, anda boleh membuat pinjaman berjumlah minimum RM50,000 dan maksimum adalah tertakluk kepada kelulusan pihak bank. Tempoh bayaran balik pula adalah di antara 2 tahun sehingga 7 tahun. Selain itu, produk ini juga memerlukan anda untuk mengambil perlindungan insuran dari mana-mana pihak insuran yang berkaitan.

Sila ketahui secara ringkas mengenai Ijarah Thumma Bai-i (“AITAB”) melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan

Tidak dinyatakan

Tempoh pinjaman

2 tahun hingga 7 tahun

Jumlah pinjaman

Minimum RM50,000

Sektor pekerjaan

  • Syarikat
  • Institusi
  • Koperasi
  • Persatuan

Kelayakan

  • Merupakan syarikat persendirian atau syarikat awam berhad
  • Terbuka kepada institusi berkaitan kerajaan yang terdiri daripada Pihak Berkuasa Persekutuan, negeri, tempatan dan berkanun

*Sila rujuk kelayakan pada maklumat tambahan di bawah untuk lebih terperinci

Margin

Tidak dinyatakan

 

Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman perniagaan Bank Islam ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • Merupakan syarikat persendirian atau syarikat awam berhad.
  • Terbuka kepada institusi berkaitan kerajaan yang terdiri daripada Pihak Berkuasa Persekutuan, negeri, tempatan dan berkanun.
  • Institusi.
  • Koperasi.
  • Pemilikan tunggal atau perkongsian.
  • Persatuan dan kelab.

 

Dokumen diperlukan

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang dokumen yang diperlukan untuk permohonan pinjaman ini (tidak dinyatakan). Walau bagaimanapun, di bawah kami senaraikan jenis-jenis aset yang diperlukan atau diterima untuk pajakan:

  • Tanaman dan jentera.
  • Peralatan.
  • Koperasi.
  • Kenderaan bermotor.
  • Aset lain yang boleh diterima oleh bank.

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan Ijarah Thumma Bai-i (“AITAB”)?

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik bagi pinjaman perniagaan ini. Sila rujuk halaman ini untuk maklumat lanjut.

 

Di mana boleh memohon pinjaman perniagaan Bank Islam ini?

Sekiranya anda berminat untuk memohon pembiayaan ini. Anda boleh mohon secara manual dengan mengunjungi mana-mana cawangan Bank Islam berhampiran anda.

Selain itu, untuk lebih jelas mengenai pinjaman ini. Anda juga boleh terus menghubungi talian khidmat pelanggan Bank Islam di 03-269 00 900.

 

5. Pinjaman perniagaan Bank Islam (Revolving Credit-i)

Pinjaman ini adalah pembiayaan yang berlandaskan konsep syariah iaitu Tawarruq. Ia ditawarkan adalah bertujuan untuk membiayai keperluan modal kerja pelanggan perniagaan seperti korporat dan komersial.

Pembiayaan yang ditawarkan ini adalah dengan ciri pusingan yang membolehkan pelanggan perniagaan menggunakan kewangan apabila mereka diperlukan sebagai modal kerja. Walau bagaimanapun, produk ini tertakluk kepada had pinjaman yang sedia ada.

Di samping itu, dengan memohon pembiayaan ini. Anda akan memperolehi beberapa kelebihan seperti pengunaan kewangan yang fleksibel atau apabila diperlukan sahaja, harga yang kompetitif dengan margin pembiayaan dan menggunakan konsep syariah yang diterima secara global.

Melalui pinjaman ini, anda boleh memohon pinjaman berjumlah minimum RM100,000 dengan tempoh bayaran balik dari 30 hari sehingga 180 hari.

Sila ketahui secara ringkas mengenai Revolving Credit-i melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan

Tidak dinyatakan

Tempoh pinjaman

30 hari hingga 180 hari

Jumlah pinjaman

Minimum RM100,000

Sektor pekerjaan

  • Syarikat
  • Koperasi
  • Institusi

Kelayakan

  • Terbuka kepada institusi berkaitan kerajaan yang terdiri daripada Pihak Berkuasa Persekutuan, negeri, tempatan dan berkanun

*Sila rujuk kelayakan pada maklumat tambahan di bawah untuk lebih terperinci

Margin

Tidak dinyatakan

 

Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman perniagaan Bank Islam ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • Merupakan syarikat persendirian atau syarikat awam berhad.
  • Terbuka kepada institusi berkaitan kerajaan yang terdiri daripada Pihak Berkuasa Persekutuan, negeri, tempatan dan berkanun.
  • Perkongsian dan koperasi.

 

Dokumen diperlukan

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang dokumen yang diperlukan untuk permohonan pinjaman ini (tidak dinyatakan).

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan Revolving Credit-i?

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik bagi pinjaman perniagaan ini. Sila rujuk halaman ini untuk maklumat lanjut.

 

Di mana boleh memohon pinjaman perniagaan Bank Islam ini?

Sekiranya anda berminat untuk memohon pembiayaan ini. Anda boleh melawati mana-mana cawangan Bank Islam berdekatan anda.

Selain itu, untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang produk pinjaman ini. Kami sarankan untuk anda terus menghubungi talian khidmat pelanggan Bank Islam di 03-269 00 900.

 

Akhir kata

Ini sahaja maklumat mengenai pinjaman perniagaan Bank Islam yang dapat kami senaraikan kepada anda. Diharapkan dengan perkongsian yang tidak seberapa ini mampu sekurang-kurangnya dijadikan panduan kepada anda yang nak mohon pembiayaan untuk perniagaan.

Apa-apa pun pastikan anda memilih produk pinjaman untuk syarikat anda dengan bijak. Pastikan syarikat anda turut menerima banyak faedah daripada pinjaman tersebut.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment