Pinjaman Perniagaan Tekun 2022 (Bantu Usahawan Buat Bisnes)


Jika anda memerlukan modal untuk memulakan atau menaiktaraf business anda. Kami sarankan anda untuk cuba mohon pinjaman perniagaan TEKUN.

Tambahan lagi, dengan adanya pelan pembiayaan ini. Ia sedikit sebanyak dapat membantu syarikat anda dari segi kewangan sekaligus meningkatkan perkhidmatan perniagaan anda jadi lebih baik dan stabil. Sehubungan itu, mari ketahui lebih lanjut mengenai produk pinjaman perniagaan yang ditawarkan TEKUN melalui artikel ini.

Jemput baca perkongsian kami.

Kandungan

Pinjaman perniagaan TEKUN

Berikut merupakan jenis-jenis pelan pembiayaan bagi perniagaan yang disediakan oleh TEKUN.

1. Skim Pembiayaan TEKUN Niaga

Untuk pengetahuan anda, skim pembiayaan ini menggunakan prinsip syariah berasaskan Tawarruq. Selain itu, caj kadar keuntungan yang dikenakan kepada usahawan adalah sebanyak 4% daripada nilai pinjaman setiap tahun sepanjang tempoh pinjaman berlangsung. Tambahan lagi, skim pinjaman ini mempunyai perlindungan Takaful untuk keilatan, kematian dan kemalangan peribadi.

Apa yang paling penting untuk anda tahu adalah skim ini terbahagi kepada dua jenis sub pinjaman iaitu Skim Pembiayaan Kecil (SPK) dan Skim Pembiayaan Sederhana (SPS). Untuk Skim Pembiayaan Kecil (SPK), jumlah pinjaman yang diberikan adalah minimum RM10,000 sehingga maksimum RM50,000 dengan tempoh pinjaman sehingga 5 tahun.

Manakala bagi Skim Pembiayaan Sederhana (SPS), jumlah pinjaman adalah dari RM50,000 sehingga mencecah RM100,000. Tempoh bayaran balik skim pinjaman ini adalah sehingga 10 tahun. Di samping itu, usahawan wajib membayar 4% pinjaman ke Sumbangan Tabung Pengurusan dan membuat simpanan sebanyak 5% daripada nilai pinjaman.

Sila ketahui secara ringkas mengenai Skim Pembiayaan TEKUN Niaga melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan

Sebanyak 4% daripada nilai pinjaman setiap tahun

Tempoh pinjaman

Dari 5 tahun sehingga 10 tahun (bergantung kepada jenis sub skim pinjaman yang dipilih)

Jumlah pinjaman

RM10,000 hingga RM100,000 (bergantung kepada jenis sub skim pinjaman yang dipilih)

Sektor pekerjaan

Usahawan

Kelayakan

  • Bumiputera dan warganegara Malaysia
  • Syarikat peminjam mesti 100% hakmilik bumiputera dan warganegara Malaysia
  • Berumur minimum 18 tahun sehingga maksimum 60 tahun (tempoh pinjaman tamat sehingga 65 tahun)

*Sila rujuk kelayakan pada maklumat tambahan di bawah untuk lebih terperinci

Margin

 Tidak dinyatakan

 

Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman perniagaan TEKUN ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  • Syarikat peminjam mesti 100% hakmilik bumiputera dan warganegara Malaysia.
  • Berumur minimum 18 tahun sehingga maksimum 60 tahun (tempoh pinjaman tamat sehingga 65 tahun).
  • Pemohon bukan seorang bankrap.
  • Mempunyai lesen, permit atau sijil daftar perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang sah.
  • Mempunyai tempat atau lokasi perniagaan yang khusus atau berniaga secara bergerak (mobile).
  • Terlibat secara langsung dan separuh masa dalam perniagaan.
  • Pinjaman perniagaan sedia ada tidak melebihi RM100,000.
  • Had modal berbayar syarikat tidak melebihi RM300,000.
  • Aktiviti utama perniagaan usahawan mestilah patuh syariah.

 

Dokumen diperlukan

Antara dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan adalah:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkaitan).
  • Salinan penyata akaun bank individu untuk 3 bulan terkini.
  • Salinan salah satu bil utiliti terkini seperti elektrik, air atau telefon.
  • Borang permohonan perniagaan TEKUN (JPP/BORANG/02).
  • Borang penzahiran kebenaran maklumat individu (JPP/BORANG/17).
  • Salinan sijil pendaftaran syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau lesen perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah.

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan Skim Pembiayaan TEKUN Niaga?

Bagi memudahkan anda untuk membuat bayaran balik pinjaman ini secara konsisten. Sila rujuk halaman ini sebagai panduan.

Sekadar makluman, anda boleh membuat pembayaran balik melalui sistem perbankan internet, mesin deposit tunai, cek atau melakukan bayaran tunai di kaunter-kaunter terpilih seperti di pejabat cawangan, premis usahawan, ejen BSN dan lain-lain.

 

Di mana boleh memohon pinjaman perniagaan TEKUN ini?

Sekiranya anda berminat untuk memohon skim pinjaman ini. Anda boleh mohon secara manual di pejabat cawangan yang berhampiran dengan premis perniagaan anda.

Selain itu, anda juga boleh membuat permohonan secara online melalui laman web TEKUN di sini tekun.gov.my.

 

2. Pinjaman perniagaan TEKUN (Skim Pembiayaan Teman TEKUN)

Skim pembiayaan ini dijalankan dalam konsep berkumpulan bagi menyediakan kemudahan pinjaman dengan lebih mudah, cepat dan efisien untuk keperluan perniagaan. Objektif yang disasarkan oleh pembiayaan ini adalah untuk membantu usahawan berdaya maju dan bersaing secara sihat dalam perniagaan yang mereka jalankan.

Selain itu, pinjaman ini terbuka kepada semua jenis perniagaan yang patuh syariah dan sah di sisi undang-undang. Walau bagaimanapun, anda harus sedia maklum bahawa skim ini akan mengenakan caj pengurusan sebanyak 4% setahun dan 5% untuk simpanan atau tabung peminjam. Proses kelulusan pinjaman ini pula akan mengambil masa dalam 14 hari waktu bekerja.

Melalui skim ini, anda boleh membuat pinjaman minimum RM1,000 sehingga maksimum RM10,000. Namun, jika anda membuat pembiayaan untuk kali kedua, anda boleh meminjam sehingga RM20,000. Di samping itu, tempoh pembiayaan yang diberikan adalah dari 6 bulan sehingga 5 tahun.

Apa-apa pun, pinjaman ini mempunyai perlindungan insuran Takaful. Oleh itu, sekiranya berlaku kematian ahli TEMAN. Insuran ini akan menanggung keseluruhan pembiayaan dengan syarat masih dalam tempoh pinjaman.

Sila ketahui secara ringkas mengenai Skim Pembiayaan Teman TEKUN melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan

Tidak dinyatakan

Tempoh pinjaman

6 bulan hingga 5 tahun

Jumlah pinjaman

Minimum RM1,000 hingga maksimum RM10,000 atau RM20,000 (pinjaman kali kedua)

Sektor pekerjaan

  • Usahawan berkumpulan
  • Teman TEKUN

Kelayakan

  • Bumiputera atau masyarakat india yang mempunyai perniagaan sah
  • Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun sehingga 60 tahun
  • Menubuhkan kumpulan seramai 5 orang yang menjalankan perniagaan berdekatan, melantik seorang ketua, saling percaya mempercayai, tiada tali persaudaraan dan bertanggungjawab sesama ahli kumpulan

*Sila rujuk kelayakan pada maklumat tambahan di bawah untuk lebih terperinci

Margin

Tidak dinyatakan

 

Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • Bumiputera atau masyarakat india yang mempunyai perniagaan sah.
  • Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun sehingga 60 tahun.
  • Telah menjalankan perniagaan, mempunyai cadangan atau rancangan perniagaan usaha niaga yang berpotensi dan berdaya maju.
  • Mempunyai lesen, permit, telah mendaftar perniagaan di SSM.
  • Mempunyai tempat, lokasi perniagaan yang khusus atau berniaga secara bergerak (mobile).
  • Pinjaman perniagaan sedia ada dengan institusi kewangan lain tidak melebihi RM50,000.
  • Menubuhkan kumpulan seramai 5 orang yang menjalankan perniagaan berdekatan, melantik seorang ketua, saling percaya mempercayai, tiada tali persaudaraan dan bertanggungjawab sesama ahli kumpulan.

 

Dokumen diperlukan

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang dokumen yang diperlukan untuk pinjaman ini (tidak dinyatakan).

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan Skim Pembiayaan Teman TEKUN?

Bagi memudahkan anda untuk membuat bayaran balik pinjaman ini secara konsisten. Sila rujuk halaman ini sebagai panduan.

Sekadar makluman, anda boleh membuat pembayaran balik melalui beberapa kaedah seperti perbankan internet, bayar secara tunai di mana-mana kaunter terpilih, menggunakan wang pos atau cek, mesin deposit tunai atau kad debit di pejabat cawangan.

 

Di mana boleh memohon pinjaman perniagaan TEKUN ini?

Jika anda berhasrat untuk memohon pinjaman ini. Anda boleh berhubung dengan pegawai di mana-mana pejabat cawangan TEKUN yang berhampiran anda.

Anda juga boleh menghubungi talian khidmat pelanggan di nombor 03-9058 8550 atau lawati laman web tekun.gov.my untuk pertanyaan lanjut.

 

3. Skim Pembiayaan Kontrak-i

Skim pinjaman ini merupakan proses untuk membiayai kontrak dan pembekalan secara terus yang diperolehi daripada kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, agensi kerajaan, badan berkanun dan GLC.

Terdapat beberapa kelebihan yang akan anda perolehi daripada pinjaman perniagaan TEKUN ini. Antaranya adalah tidak perlu menyediakan penjamin atau tanpa cagaran, tempoh pinjaman yang fleksibel, caj pengurusan yang rendah, tanpa deposit dan kaedah pembayaran secara lumpsum.

Untuk pengetahuan anda, skim ini menyediakan perlindungan Takaful iaitu insuran hayat dan kemalangan melalui potongan pinjaman yang diluluskan. Selain itu, proses kelulusan skim pembiayaan ini akan mengambil masa dalam tempoh 7 hari waktu bekerja.

Melalui skim ini, anda boleh memohon jumlah pinjaman bermula RM1,000 sehingga mencecah RM100,000. Tempoh pinjaman ini adalah tidak lebih daripada 6 bulan. Di samping itu, caj kadar keuntungan yang akan dikenakan melalui skim ini ialah sebanyak 1.5% sebulan daripada nilai pinjaman.

Sila ketahui secara ringkas mengenai Skim Pembiayaan Kontrak-i melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan

1.5% sebulan daripada nilai pinjaman

Tempoh pinjaman

Tidak lebih daripada 6 bulan

Jumlah pinjaman

RM1,000 hingga RM100,000

Sektor pekerjaan

  • Usahawan
  • Kontraktor utama

Kelayakan

  • Berumur minimum 18 tahun sehingga maksimum 65 tahun
  • Pemilikan perniagaan adalah 100% milik bumiputera
  • Mempunyai lesen, permit atau telah mendaftar perniagaan di SSM

*Sila rujuk kelayakan pada maklumat tambahan di bawah untuk lebih terperinci

Margin

Tidak dinyatakan

 

Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • Berumur minimum 18 tahun sehingga maksimum 65 tahun.
  • Mempunyai lesen, permit atau telah mendaftar perniagaan di SSM.
  • Mempunyai tempat, lokasi atau perniagaan yang dijalankan secara sepenuh masa.
  • Jumlah pinjaman sedia ada tidak boleh melebihi RM100,000.
  • Pemilikan perniagaan adalah 100% milik bumiputera.
  • Modal berbayar tidak boleh melebihi RM500,000.
  • Mempunyai inden kerja, PO, LO atau surat tawaran mestilah daripada kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, agensi kerajaan, badan berkanun dan GLC.
  • Mempunyai lesen daripada Kementerian Kewangan, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Perbendaharaan Malaysia (PMS), Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), Badan- badan pelesenan atau pendaftaran lain berkaitan yang sah.
  • Syarikat merupakan kontraktor utama yang dilantik oleh kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, agensi kerajaan, badan berkanun dan GLC.

 

Dokumen diperlukan

Antara dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan adalah:

  • Borang permohonan pinjaman TEKUN.
  • Borang maklumat asas perniagaan.
  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
  • 1 keping gambar pemohon.
  • Lesen, permit, sijil pendaftaran perniagaan yang sah.
  • 1 keping gambar premis atau tempat perniagaan.
  • Salinan buku simpanan atau penyata bank untuk 3 bulan terkini.
  • Satu salinan bil utiliti premis atau rumah seperti bil air, elektrik atau telefon.
  • Sebut harga tujuan pinjaman.
  • Surat kebenaran rakan kongsi (jika berkaitan).
  • Inden kerja, PO, LO atau surat tawaran mestilah daripada kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, agensi kerajaan, badan berkanun dan GLC.
  • Salinan lesen daripada Kementerian Kewangan, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan lesen-lesen yang berkaitan (jiks berkaitan).

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan Skim Pembiayaan Kontrak-i?

Bagi memudahkan anda untuk membuat bayaran balik pinjaman ini secara konsisten. Sila rujuk halaman ini sebagai panduan.

Sekadar makluman, anda boleh membuat pembayaran balik melalui kaedah seperti:

  • Penawar kontrak akan membayar terus kepada TEKUN selepas menerima dokumen daripada penerima biaya melalui perjanjian Surat Ikatan Penyerahan Hak atau Deed of Assignment (DOA).
  • Sekiranya bayaran mempunyai lebihan, pihak TEKUN akan membayar baki tersebut melalui cek atau autodebit kepada penerima biaya.
  • Pembiaya perlu mendapat pengesahan terlebih dahulu daripada pemberi kontrak, PO atau LO tentang persetujuan membayar balik kepada TEKUN Nasional sebelum permohonan dibuat.

*Sekiranya pihak penawar kontrak tidak bersetuju untuk membayar terus kepada TEKUN Nasional, pihak TEKUN Nasional tidak dapat membiayai kontrak, PO atau LO tersebut.

 

Di mana boleh memohon pinjaman perniagaan TEKUN ini?

Sekiranya anda bercita-cita untuk memohon pembiayaan ini. Anda perlu mengunjungi mana-mana pejabat cawangan TEKUN yang berhampiran anda.

Selain itu, anda juga boleh terus menghubungi talian khidmat pelanggan TEKUN di nombor 03-9058 8550 atau layari laman web tekun.gov.my untuk pertanyaan lanjut.

 

4. Pinjaman perniagaan TEKUN (Program Khas TEKUN)

Program Khas TEKUN ini adalah terbahagi kepada beberapa jenis pelan pinjaman yang bertujuan untuk membantu pelbagai jenis golongan usahawan yang memerlukan. Antara program-program yang disediakan adalah seperti berikut:

Program Pembangunan Usahawan Siswazah (PPUS)

Program pinjaman ini adalah untuk memberikan bantuan kepada golongan siswazah yang telah menamatkan pengajian atau telah bekerja dan berminat untuk memulakan perniagaan tetapi kekurangan modal.

Melalui pembiayaan ini, anda hanya boleh membuat pinjaman sehingga RM50,000 sahaja. Tempoh pinjaman yang diberikan adalah maksimum 5 tahun. Walau bagaimanapun, pinjaman ini memerlukan anda untuk menyumbang sebanyak 4% setahun kepada Sumbangan Tabung Pengurusan.

Selain itu, anda perlu membuat simpanan wajib sebanyak 5% setahun. Anda juga perlu menyediakan maksimum sebanyak 3 orang rakan kongsi dikalangan siswazah untuk membolehkan permohonan pinjaman perniagaan TEKUN ini dijalankan.

Terdapat beberapa kelebihan pinjaman ini yang akan diperolehi. Antaranya adalah perniagaan secara perkongsian pintar (smart partnership) adalah dibenarkan dan jumlah keseluruhan pinjaman yang boleh dipohon untuk satu syarikat adalah maksimum RM150,000 iaitu bermakna sebanyak RM50,000 untuk setiap seorang rakan kongsi.

Sila ketahui secara ringkas mengenai Program Pembangunan Usahawan Siswazah (PPUS) melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan Tidak dinyatakan
Tempoh pinjaman Maksimum 5 tahun
Jumlah pinjaman Sehingga RM50,000 sahaja
Sektor pekerjaan Usahawan siswazah
Kelayakan

Mempunyai diploma, ijazah atau ijazah lanjutan dengan tempoh sah laku 10 tahun

*Sila rujuk kelayakan pada maklumat tambahan di bawah untuk lebih terperinci

Margin Tidak dinyatakan

 

Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • Mempunyai diploma, ijazah atau ijazah lanjutan dengan tempoh sah laku 10 tahun.
  • Berumur minimum 18 tahun sehingga maksimum 40 tahun sahaja.
  • Program pinjaman ini adalah mengikut syarat pinjaman TEKUN sedia ada.

 

Dokumen diperlukan

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang dokumen yang diperlukan untuk pinjaman ini (tidak dinyatakan).

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman Program Pembangunan Usahawan Siswazah (PPUS)?

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual bayaran balik pinjaman ini (tidak dinyatakan).

 

Di mana boleh memohon pinjaman ini?

Sekiranya anda berminat untuk memohon skim pinjaman ini. Sila kunjungi mana-mana cawangan TEKUN yang berhampiran dengan premis perniagaan anda.

Kami juga menyarankan anda untuk semak halaman berkaitan program ini untuk maklumat lanjut melalui tekun.gov.my.

 

Pinjaman perniagaan TEKUN (Program Pembiayaan Nelayan / Pemasar)

Program ini diperkenalkan adalah bertujuan untuk membantu golongan nelayan yang memerlukan modal bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti perikanan yang dirancang. Di samping itu adalah untuk membantu mengurangkan dan memerangi orang tengah melalui pengambilalihan hutang nelayan.

Untuk pengetahuan anda, program ini telah menyediakan jenis pinjaman kepada golongan nelayan ini dalam 4 cara. 4 cara tersebut adalah menyelesaikan hutang daripada orang tengah, membeli input dan peralatan kelengkapan, penternakan ikan dalam sangkar dan menawarkan pinjaman kepada isteri nelayan untuk aktiviti yang boleh menjana dan menambah pendapatan.

Melalui pinjaman ini, anda boleh memohon jumlah pinjaman sehingga RM50,000 sahaja dengan tempoh bayaran balik sehingga 5 tahun. Pinjaman ini juga memerlukan simpanan wajib sebanyak 5% setahun dan menyumbangkan sebanyak 4% setahun kepada Sumbangan Tabung Pengurusan.

Sila ketahui secara ringkas mengenai Program Pembiayaan Nelayan / Pemasar melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan Tidak dinyatakan
Tempoh pinjaman Sehingga 5 tahun
Jumlah pinjaman Sehingga RM50,000 sahaja
Sektor pekerjaan
  • Nelayan
  • Pemasar
Kelayakan
  • Menjalankan sendiri aktiviti nelayan
  • Mempunyai lesen nelayan

*Sila rujuk kelayakan pada maklumat tambahan di bawah untuk lebih terperinci

Margin Tidak dinyatakan

 

Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman perniagaan TEKUN ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • Menjalankan sendiri aktiviti nelayan.
  • Mempunyai lesen nelayan.
  • Keutamaan adalah kepada ahli Persatuan Nelayan.
  • Memiliki bot atau perahu.
  • Program pinjaman ini adalah mengikut syarat pinjaman TEKUN sedia ada.

 

Dokumen diperlukan

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang dokumen yang diperlukan untuk pinjaman ini (tidak dinyatakan).

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan Program Pembiayaan Nelayan / Pemasar ?

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual bayaran balik pinjaman ini (tidak dinyatakan).

 

Di mana boleh memohon pinjaman perniagaan TEKUN ini?

Jika anda berhasrat untuk memohon skim pinjaman ini. Anda boleh melawati mana-mana cawangan TEKUN berdekatan anda.

Kami juga menyarankan anda untuk semak halaman berkaitan program ini untuk maklumat lanjut melalui tekun.gov.my.

 

Pinjaman perniagaan TEKUN (Skim Pembiayaan Usahawan Bekas Tentera (SPBT)

Skim pinjaman ini disediakan adalah untuk membantu bekas anggota tentera dan juga isteri atau anak bekas tentera yang menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan.

Melalui pinjaman ini, anda boleh meminjam sehingga RM100,000 bagi bekas tentera yang berpencen dan tidak berpencen dengan tempoh bayaran balik adalah sehingga 10 tahun. Manakala, jumlah pinjaman untuk pasangan dan anak di kalangan bekas tentera boleh meminjam sehingga RM50,000 dengan tempoh bayaran balik sehingga 5 tahun.

Skim ini turut memerlukan simpanan wajib sebanyak 5% setahun dan sebanyak 4% setahun kepada Sumbangan Tabung Pengurusan.

Sila ketahui secara ringkas mengenai Skim Pembiayaan Usahawan Bekas Tentera (SPBT) melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan Tidak dinyatakan
Tempoh pinjaman 5 tahun hingga 10 tahun
Jumlah pinjaman RM50,000 hingga RM100,000
Sektor pekerjaan Usahawan bekas tentera
Kelayakan

Terdiri daripada bekas tentera yang berpencen dan tidak berpencen

*Sila rujuk kelayakan pada maklumat tambahan di bawah untuk lebih terperinci

Margin Tidak dinyatakan

 

Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman perniagaan TEKUN ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • Terdiri daripada bekas tentera yang berpencen dan tidak berpencen.
  • Pasangan dan anak di kalangan bekas tentera boleh dipertimbangkan.
  • Program pinjaman ini adalah mengikut syarat pinjaman TEKUN sedia ada.

 

Dokumen diperlukan

  • Buku perkhidmatan ATM.
  • Lain-lain (tidak dinyatakan).

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan Skim Pembiayaan Usahawan Bekas Tentera (SPBT)?

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual bayaran balik pinjaman ini (tidak dinyatakan).

 

Di mana boleh memohon pinjaman perniagaan TEKUN ini?

Sekiranya anda bercita-cita untuk memohon skim pinjaman ini. Anda boleh hadir di mana-mana cawangan TEKUN berdekatan anda.

Kami juga menyarankan anda untuk semak halaman berkaitan program ini untuk maklumat lanjut melalui tekun.gov.my.

 

Program Pembangunan Usahawan Profesional Muda Bumiputera

Pinjaman ini diperkenalkan adalah bertujuan untuk menggalakkan golongan profesional menceburi bidang perniagaan yang perlu diamalkan. Selain itu, ia juga adalah sebagai satu bentuk sokongan bagi menjalankan perniagaan berlainan dari bidang kemahiran untuk memulakan perniagaan serta sebagai modal tambahan untuk meningkatkan perniagaan sedia ada buat usahawan profesional muda yang berminat.

Melalui pinjaman ini, anda boleh memohon jumlah pinjaman sehingga RM100,000 dengan tempoh bayaran balik sehingga 10 tahun. Di samping itu,program ini juga memerlukan sebanyak 5% setahun untuk simpanan wajib dan 4% setahun untuk Sumbangan Tabung Pengurusan.

Untuk makluman anda, program ini membolehkan perniagaan secara perkongsian pintar (smart partnership) untuk permohonan. Tambahan lagi, rakan kongsi boleh dipertimbangkan iaitu maksimum 3 orang untuk 1 syarikat. Jumlah keseluruhan pembiayaan yang boleh dipohon untuk satu syarikat pula adalah maksimum sehingga RM300,000 iaitu RM100,000 untuk setiap seorang rakan kongsi.

Sila ketahui secara ringkas mengenai Program Pembangunan Usahawan Profesional Muda Bumiputera melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan

Tidak dinyatakan

Tempoh pinjaman

Sehingga 10 tahun

Jumlah pinjaman

Sehingga RM100,000

Sektor pekerjaan

Usahawan profesional muda bumiputera

Kelayakan

  • Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun sehingga maksimum 50 tahun sahaja
  • Telah berdaftar dengan badan profesional yang diiktiraf di Malaysia

*Sila rujuk kelayakan pada maklumat tambahan di bawah untuk lebih terperinci

Margin

Tidak dinyatakan

 

Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun sehingga maksimum 50 tahun sahaja.
  • Telah berdaftar dengan badan profesional yang diiktiraf di Malaysia.
  • Mempunyai latar belakang pendidikan minimum Ijazah, setaraf atau yang lebih tinggi.
  • Modal berbayar tidak melebihi RM300,000.
  • Program pinjaman ini adalah mengikut syarat pinjaman TEKUN sedia ada.

 

Dokumen diperlukan

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang dokumen yang diperlukan untuk pinjaman ini (tidak dinyatakan).

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan Program Pembangunan Usahawan Profesional Muda Bumiputera?

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual bayaran balik pinjaman ini (tidak dinyatakan).

 

Di mana boleh memohon pinjaman perniagaan TEKUN ini?

Sekiranya anda berminat untuk memohon program pinjaman ini. Sila kunjungi mana-mana cawangan TEKUN yang berhampiran anda.

Kami juga menyarankan anda untuk semak halaman berkaitan program ini untuk maklumat lanjut melalui tekun.gov.my.

 

5. Pinjaman perniagaan TEKUN (Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0)

Skim ini adalah pinjaman modal kepada usahawan yang membuat perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal. Dengan adanya program ini, ia dapat membuka peluang kepada golongan yang hilang punca pendapatan akibat wabak Covid-19 yang melanda dunia serta PKP sejak tahun 2020. Untuk pengetahuan anda, skim ini adalah kesinambungan daripada skim-skim Mobilepreneur sebelum ini yang pernah dilaksanakan.

Namun, pada skim kali ini. Pinjaman yang akan diberikan adalah untuk tujuan seperti pembelian motosikal, baik pulih motosikal dan modal pusingan. Melalui pinjaman ini, anda boleh meminjam dari minimum RM1,000 sehingga maksimum RM10,000 dengan tempoh bayaran balik dari 1 tahun sehingga 3 tahun.

Selain itu, caj kadar keuntungan yang dikenakan adalah sebanyak 4% setahun. Proses kelulusan pinjaman ini pula akan mengambil masa dalam 7 hari waktu bekerja. Seterusnya, TEKUN tidak melantik mana-mana ejen atau wakil untuk menguruskan permohonan pembiayaan Mobilepreneur 4.0 ini.

Sila ketahui secara ringkas mengenai Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan

4% setahun

Tempoh pinjaman

1 tahun hingga 3 tahun

Jumlah pinjaman

RM1,000 hingga RM10,000

Sektor pekerjaan

Usahawan mobilepreneur

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia, bumiputera atau india
  • Berumur minimum 18 tahun sehingga maksimum 60 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun)
  • Memiliki pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar

*Sila rujuk kelayakan pada maklumat tambahan di bawah untuk lebih terperinci

Margin

Tidak dinyatakan

 

Sila ketahui secara ringkas mengenai pinjaman perniagaan TEKUN ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • Warganegara Malaysia, bumiputera atau india.
  • Berumur minimum 18 tahun sehingga maksimum 60 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun).
  • Pemohon bukan seorang yang muflis.
  • Mempunyai lesen memandu B1 atau B2 yang sah.
  • Memiliki pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar.
  • Mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah untuk permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
  • Mengemukakan dokumen asal sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah untuk pembelian motosikal.
  • Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan.
  • Pemohon perlu mematuhi garis panduan serta terma dan syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan Awam (MOT).
  • Pemohon yang mendapat surat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-hailing adalah diberikan keutamaan.

 

Dokumen diperlukan

Antara dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan adalah:

  • Borang permohonan pembiayaan (JPP02 atau JPP17).
  • Gambar pemohon yang berukuran passport.
  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkaitan).
  • Salinan lesen memandu B1 atau B2 yang sah.
  • Sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah bagi permohonan pembelian motosikal.
  • Salinan geran motosikal yang sah bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
  • Salinan cukai jalan motosikal yang sah bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
  • Gambar pemohon bersama motosikal (perlu nampak nombor pendaftaran motosikal) untuk permohonan
    baik pulih motosikal dan modal pusingan.
  • Surat sokongan syarikat e-hailing atau bukti pendaftaran bersama syarikat e-hailing.
  • Salinan buku bank simpanan atau penyata bank pemohon.
  • Salinan salah satu bil utiliti seperti bil elektrik, air atau telefon.
  • Peta lokasi rumah dari mana-mana pejabat cawangan TEKUN yang berdekatan.

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0?

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual bayaran balik pinjaman ini (tidak dinyatakan). Sila rujuk halaman ini untuk maklumat lanjut.

 

Di mana boleh memohon pinjaman perniagaan TEKUN ini?

Sekiranya anda layak dan ingin memohon pinjaman ini. Anda boleh merujuk atau hadir di mana-mana pejabat cawangan TEKUN berhampiran anda untuk mendapatkan penerangan lanjut beserta borang permohonan pembiayaan.

 

Akhir kalam

Sekian sahaja maklumat mengenai pinjaman perniagaan TEKUN yang dapat kami senaraikan kepada anda. Diharapkan dengan perkongsian ini dapat membantu perniagaan anda lebih berkembang di masa akan datang. Kami juga berharap agar usahawan-usahawan di Malaysia lebih berdaya saing dengan wujudnya sokongan modal seperti ini.

Sebelum kami akhiri penulisan ini, kami suka hati untuk mencadangkan kepada pembaca kami yang mungkin teringin nak beli rumah impian supaya semak dahulu bank mana senang lulus loan rumah sebelum buat permohonan. Bukan apa, bila tahu awal-awal kan lebih mudah untuk siapkan segala dokumen yang diperlukan.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment