Bank Mana Senang Lulus Loan Rumah? (Strategi Confirm Senang Lulus)

Zaman sekarang, kalau nak buat apa-apa pinjaman bukannya mudah. Banyak perkara harus dititiberatkan terutamanya soal dokumen dan syarat yang telah ditetapkan. Untuk anda yang nak beli rumah pula, mesti ada yang mencari tahu di bank mana senang lulus loan rumah. Bagi yang tidak tahu, untuk beli rumah, anda tidak boleh guna pinjaman peribadi. Ini kerana kebiasaannya amaun personal loan adalah kecil dan tidak mencukupi.

Amaun untuk pinjaman perumah pula biasanya sangat tinggi. Boleh setinggi RM500,000 dan jutaan ringgit. Walau bagaimanapun, kalau nak buat loan rumah, anda mestilah memperkemaskan profil kewangan anda terlebih dahulu bagi memudahkan urusan permohonan pinjaman anda nanti. Iyalah, nak buat loan rumah bukannya untuk sehari dua tetapi dalam tempoh yang lama.

Jadi kenalah buat keputusan yang terbaik.

Namun begitu, jika anda perlukan jawapan bank mana senang lulus loan rumah. Anda telah berada di tempat yang betul. Ikuti jawapannya melalui artikel kali ini.

Izinkan kami berkongsi.

Bank mana senang lulus loan rumah?

Berikut telah kami senaraikan beberapa bank yang mana senang lulus loan rumah untuk panduan anda. Namun, sebelum anda pergi dengan lebih lanjut. Ketahui dahulu beberapa maklumat asas yang diperlukan untuk membuat permohonan pinjaman rumah.

Antaranya adalah:

Syarat dan kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Minimum berumur 18 tahun sehingga maksimum 60 tahun.
  • Bekerja.
  • Mempunyai pendapatan bulanan.
  • Mempunyai syarikat atau perniagaan yang berdaftar di SSM.

 

Dokumen diperlukan

  • Salinan kad pengenalan.
  • Salinan slip gaji.
  • Penyata akaun bank pengkreditan gaji.
  • Penyata komisen.
  • Penyata KWSP (Boleh dapatkan dari i-Akaun)
  • Dokumen dan resit berkaitan cukai.
  • Sijil pendaftaran perniagaan SSM.
  • Penyata akaun bank syarikat.

PERHATIAN

Maklumat di atas hanyalah sebagai panduan asas sahaja. Sebarang keperluan dari segi syarat kelayakan dan dokumen tambahan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak bank itu sendiri.

Sekarang, mari teruskan kepada intinya.

1. Loan rumah CIMB Bank

CIMB Bank ada menawarkan beberapa jenis produk loan rumah yang mungkin memenuhi keperluan anda. Antara produk pinjaman rumah yang disediakan adalah seperti pinjaman konvensional HomeLoan, Flexi Home Financing-i, Variable Home Financing-i, Home Flexi, HomeFlexi Smart-i, HomeFlexi Smart dan BizFlexi Smart.

Kesemua jenis produk pinjaman tersebut membolehkan individu berumur seawal 18 tahun untuk memohon dan ada jenis produk loan yang turut ditawarkan kepada pemohon warga asing. Selain itu, ada juga di antara produk loan yang memberikan tempoh kelulusan segera dalam masa hanya 1 minit untuk memiliki rumah impian anda.

Menarik bukan?

Tambahan lagi, ada di antara produk tersebut yang memberikan bayaran ansuran bulanan yang lebih rendah untuk 5 tahun pertama.

 

2. Loan rumah Maybank

Terdapat pelbagai jenis pelan pinjaman rumah yang disediakan oleh Maybank. Antaranya adalah Commodity Murabahah Home Financing-i, MaxiHome Flexi Loan, Maybank MaxiHome EZY, MaxiHome dan HouzKey HomeOwnership Plan. Anda boleh memilih mana-mana pelan pinjaman rumah tersebut berdasarkan kelayakan anda.

Di samping itu, ada di antara produk pinjaman tersebut yang hanya memerlukan penggunaan dokumen yang minimum berbanding pelan pinjaman rumah yang sedia ada. Anda boleh membuat permohonan loan rumah Maybank ini dengan hadir ke cawangan Maybank berhampiran anda atau secara online.

 

3. Loan rumah Public Bank

Public Bank menyediakan produk loan rumah iaitu 5 Home Plan yang memberikan anda ruang untuk memilih daripada pelbagai pakej pinjaman rumah yang berbeza bergantung pada keperluan kewangan anda. Selain itu, produk pinjaman rumah ini menawarkan tempoh perkhidmatan sehingga 35 tahun.

Selain itu, untuk memohon pinjaman ini. Anda tidak perlu bersusah payah kerana anda boleh memohon secara onlinemelalui laman web rasmi Public Bank.

 

4. Loan rumah BSN

BSN ada menyediakan beberapa jenis pelan pinjaman rumah. Antaranya adalah BSN MyHome (Hartanah Kediaman), BSN MyHome (Program Perumahan Rakyat) dan lain-lain. Untuk memohon loan rumah ini anda hanya perlu mengemukakan beberapa dokumen yang diperlukan dan memastikan anda mempunyai rekod kewangan yang stabil.

Selain itu, pastikan anda mempunyai pendapatan tetap dan mampu untuk membuat pembayaran balik pinjaman rumah ini. Loan rumah BSN ini adalah mudah dimohon kerana ia mempunyai banyak cawangan utama di seluruh negara.

 

5. Bank mana senang lulus loan rumah ialah Bank Rakyat

Anda boleh memilih salah satu produk loan rumah dari Bank Rakyat mengikut keperluan dan kelayakan anda. Terdapat beberapa jenis pinjaman yang disediakan iaitu Pembiayaan Perumahan-i, Pembiayaan Perumahan-i Zero Entry Cost, Pembiayaan Perumahan-i SJKP dan Pembiayaan Perumahan-i My 1st Home Scheme.

Apa yang menarik tentang loan rumah Bank Rakyat ini adalah salah satu daripada jenis-jenis loan tersebut merupakan pakej pinjaman di mana bank menanggung sebahagian daripada yuran guaman dan kos penilaian bagi memudahkan urusan pembelian rumah kediaman anda.

Selain itu, anda juga boleh membuat permohonan bersama yang tertakluk kepada hubungan kekeluargaan seperti suami, isteri, ibu, bapa, anak atau adik-beradik kandung.

 

Akhir kata

Sekian sahaja perkongsian kami mengenai senarai bank mana senang lulus loan rumah ini. Intinya, anda boleh cuba mohon loan rumah ini di mana-mana bank yang ada menyediakan pinjaman rumah. Apa yang penting adalah anda mempunyai rekod kewangan yang baik dan konsisten dalam membuat pembayaran balik.

Tambahan lagi, setiap kelulusan permohonan loan rumah anda adalah tertakluk kepada kelayakan anda serta terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak bank itu sendiri. Kami tidak dapat memberikan 100% jaminan atas kelulusan anda melalui senarai bank yang telah kami sediakan seperti di atas.

Oh ya! Selain daripada membuat loan rumah di bank. Anda juga boleh cuba membuat pengeluaran KWSP untuk beli rumah dan ketahui cara refinance rumah kalau anda nak buat proses pembiayaan semula.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment