Pinjaman Peribadi Al Rajhi Bank 2023 (Boleh Buat Cagaran Emas)

Anda perlukan bantuan kewangan untuk pendidikan anak anda, mengubahsuai rumah atau menikmati percutian yang anda idamkan? Jika ya, anda boleh mohon pinjaman peribadi Al Rajhi Bank yang mampu memenuhi semua keinginan peribadi anda sekeluarga. Lebih kurang sama dengan pinjaman perbankan Islam yang lain seperti Bank Islam dan Bank Muamalat.

Sebelum anda pergi dengan lebih lanjut, mari ketahui dahulu serba sedikit mengenai Al Rajhi Bank memandangkan nama bank ini jarang diketahui umum.

Apa itu Al Rajhi Bank?

  • Operasi luar negara pertamanya ditubuhkan di Malaysia pada Oktober 2006 bermula dengan cawangan utamanya di Jalan Ampang pada 16 Oktober 2006.
  • Al Rajhi Bank menyediakan perkhidmatan perbankan dan pelaburan borong, runcit dan komersial.
  • Merupakan salah satu syarikat saham bersama terbesar di Saudi, dengan modal SR 16.5 bilion.
  • Mempunyai 16 cawangan di seluruh negara iaitu di Lembah Klang, Johor Bahru, Melaka, Pulau Pinang, Ipoh, Kota Bharu, Kuantan, Kuching, Sg. Petani dan Kota Kinabalu.

Itulah beberapa pengenalan ringkas mengenai Al Rajhi Bank. Sekarang, jemput teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui apakah produk pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh Al Rajhi Bank.

Izinkan kami berkongsi.

Pinjaman peribadi Al Rajhi

Ini adalah penerangan berkenaan jenis-jenis pinjaman peribadi yang disediakan oleh Al Rajhi.

Kalau nampak terlalu panjang dan susah nak hadam, boleh baca mengikut kategori:

 

1. Pinjaman Peribadi-

Produk ini adalah pinjaman peribadi yang tidak bercagar dan tanpa perlu menyediakan jaminan. Pinjaman ini adalah bersifat islamik dan menggunakan konsep syariah iaitu jual beli komoditi. Melalui pinjaman ini, anda boleh membuat pinjaman berjumlah RM10,000 sehingga RM150,000 dengan tempoh pinjaman dari 2 tahun sehingga 8 tahun.

Di samping itu, kadar keuntungan yang dikira adalah dari minimum 4.99% sehingga maksimum 10.50% setahun. Untuk pengetahuan anda, produk pinjaman ini terbuka kepada semua sektor pekerjaan atau kakitangan termasuklah untuk mereka yang bekerja sendiri.

Sila ketahui secara ringkas mengenai pinjaman peribadi ini melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan

 4.99% hingga 10.50% setahun

Tempoh pinjaman

2 tahun hingga 8 tahun

Jumlah pinjaman

RM10,000 hingga RM150,000

Sektor pekerjaan

  • Semua sektor pekerjaan
  • Bekerja sendiri

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur sekurang-kurangnya 25 tahun ke atas.
  • Menerima pendapatan bulanan minimum RM4,500 dan ke atas.

Tempoh kelulusan

2 hari waktu bekerja

 

Sila ketahui dengan lebih lanjut mengenai pinjaman peribadi ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan untuk memohon adalah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur sekurang-kurangnya 25 tahun ke atas.
  • Menerima pendapatan bulanan minimum RM4,500 dan ke atas.
  • Mempunyai syarikat atau perniagaan yang telah didaftarkan di SSM (jika berkaitan).

 

Dokumen diperlukan

Berikut merupakan beberapa dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan:

  • Salinan kad pengenalan (depan dan belakang).
  • Salinan slip gaji 3 bulan terkini.
  • Penyata akaun bank pengkreditan gaji 3 bulan terkini.
  • Penyata EPF terkini.
  • Surat pengesahan majikan.
  • Sijil pendaftaran syarikat SSM (jika berkaitan).
  • Penyata akaun bank syarikat 6 bulan terkini (jika berkaitan).
  • Sebarang dokumen serta resit berkaitan percukaian (jika berkaitan).

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan Pinjaman Peribadi-i?

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik bagi pinjaman peribadi ini. Sila rujuk halaman ini sebagai panduan anda.

 

Di mana boleh memohon pinjaman peribadi Al Rajhi Bank ini?

Sekiranya anda berminat untuk memohon pinjaman peribadi ini. Anda boleh mohon secara terus dengan hadir di mana-mana cawangan Al Rajhi Bank berdekatan anda.

Anda juga boleh membuat permohonan online melalui laman web rasmi Al Rajhi Bank di sini www.alrajhibank.com.my.

 

2. Pinjaman peribadi Dijamin dengan Deposit Bertempoh

Pinjaman ini adalah untuk membantu anda memenuhi keperluan kewangan yang anda inginkan dengan cagaran Deposit Berjangka. Ia juga menggunakan konsep syariah Al-Bai’ Bithaman Ajil dengan kadar tetap. Melalui pinjaman ini, anda boleh membuat pinjaman bermula dari RM5,000 sehingga RM500,000.

Tempoh pinjaman yang diberikan pula adalah minimum 1 tahun sehingga maksimum 7 tahun dengan kadar keuntungan tetap 5% setahun. Selain itu, produk ini ditawarkan kepada semua jenis sektor pekerjaan dan kakitangan termasuklah mereka yang bekerja sendiri.

Sila ketahui secara ringkas mengenai pinjaman peribadi ini melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan

5% setahun

Tempoh pinjaman

1 tahun sehingga 7 tahun

Jumlah pinjaman

RM5,000 sehingga RM500,000

Sektor pekerjaan

  • Semua jenis sektor pekerjaan
  • Bekerja sendiri

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Minimum berumur 25 tahun sehingga maksimum 60 tahun.
  • Menerima pendapatan bulanan minimum RM3,500 ke atas.

Tempoh kelulusan

2 hari waktu bekerja

 

Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan untuk memohon adalah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Minimum berumur 25 tahun sehingga maksimum 60 tahun.
  • Menerima pendapatan bulanan minimum RM3,500 ke atas.
  • Mempunyai syarikat atau perniagaan yang berdaftar di SSM.

 

Dokumen diperlukan

Berikut merupakan beberapa dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan:

  • Salinan kad pengenalan.
  • Slip gaji 3 bulan terkini.
  • Penyata akaun bank pengkreditan gaji 3 bulan terkini.
  • Penyata akaun bank syarikat 6 bulan terkini (jika berkaitan).
  • Sijil pendaftaran perniagaan SSM (jika berkaitan).
  • Memorandum dan artikel persatuan (jika berkaitan).
  • Borang-borang berkaitan cukai pendapatan 2 tahun terkini (jika berkaitan).
  • Draf akaun pengurusan 3 tahun terkini (jika berkaitan).
  • Lain-lain dokumen sokongan.

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman peribadi Dijamin dengan Deposit Bertempoh?

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik bagi pinjaman peribadi ini. Sila rujuk halaman ini sebagai panduan anda.

 

Di mana boleh memohon pinjaman peribadi Al Rajhi Bank ini?

Sekiranya anda berhasrat untuk memohon pinjaman peribadi ini. Anda boleh mohon secara walk-in dengan mengunjungi mana-mana cawangan Al Rajhi Bank berhampiran anda.

Anda juga boleh membuat permohonan secara atas talian melalui laman web rasmi Al Rajhi Bank.

 

3. Pinjaman peribadi Dijamin dengan Emas

Produk pinjaman ini adalah untuk membantu anda memenuhi keperluan kewangan ideal yang anda inginkan dengan memaksimumkan aset emas anda untuk membiayai pendidikan anak anda atau keperluan pengubahsuaian rumah anda yang sedia ada. Produk ini juga menggunakan konsep syariah Al-Bai’ Bithaman Ajil pada kadar tetap.

Melalui pinjaman ini, anda boleh memohon pinjaman berjumlah dari RM10,000 sehingga RM500,000. Di samping itu, tempoh pinjaman yang diberikan pula adalah dari 1 tahun sehingga maksimum 5 tahun dengan kadar keuntungan di antara 3.99% sehingga 5.50% setahun.

Selain itu, pinjaman ini diberikan kepada semua jenis sektor pekerjaan dan kakitangan termasuklah mereka yang bekerja sendiri. Anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya 300gram emas untuk memenuhi kelayakan pinjaman ini.

Sila ketahui secara ringkas mengenai pinjaman peribadi ini melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan

 3.99% hingga 5.50% setahun

Tempoh pinjaman

1 tahun hingga 5 tahun

Jumlah pinjaman

RM10,000 hingga RM500,000

Sektor pekerjaan

  • Semua sektor pekerjaan
  • Bekerja sendiri

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur sekurang-kurangnya 25 tahun ke atas.
  • Menerima pendapatan bulanan minimum RM5,000 dan ke atas.
  • Pendapatan kasar bukan pemastautin Malaysia adalah minimum RM 15,000 dan ke atas

Tempoh kelulusan

2 hari waktu bekerja

 

Sila ketahui dengan lebih lanjut mengenai pinjaman peribadi ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan untuk memohon adalah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur sekurang-kurangnya 25 tahun ke atas.
  • Menerima pendapatan bulanan minimum RM5,000 dan ke atas.
  • Pendapatan kasar bukan pemastautin Malaysia adalah minimum RM 15,000 dan ke atas
  • Mempunyai syarikat atau perniagaan yang telah didaftarkan di SSM (jika berkaitan).

 

Dokumen diperlukan

Berikut merupakan beberapa dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan:

  • Salinan kad pengenalan.
  • Slip gaji 3 bulan terkini.
  • Surat rujukan majikan.
  • Penyata akaun bank pengkreditan gaji 3 bulan terkini.
  • Penyata akaun bank syarikat 6 bulan terkini (jika berkaitan).
  • Sijil pendaftaran perniagaan SSM (jika berkaitan).
  • Memorandum dan artikel persatuan (jika berkaitan).
  • Borang-borang berkaitan cukai pendapatan 2 tahun terkini (jika berkaitan).
  • Draf akaun pengurusan 3 tahun terkini (jika berkaitan).
  • Lain-lain dokumen sokongan.

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman peribadi Dijamin dengan Emas?

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik bagi pinjaman peribadi ini. Sila rujuk halaman ini sebagai panduan anda.

 

Di mana boleh memohon pinjaman peribadi Al Rajhi Bank ini?

Sekiranya anda berminat untuk memohon pinjaman peribadi ini. Anda boleh melawati mana-mana cawangan Al Rajhi Bank berhampiran anda atau anda juga boleh membuat permohonan secara online melalui laman web rasmi Al Rajhi Bank.

 

Akhir kata

Diharapkan perkongsian kami mengenai pinjaman peribadi Al Rajhi Bank ini dapat memberikan sedikit sebanyak maklumat kepada anda yang nak buat personal loan untuk sebarang tujuan yang anda perlukan. Anda juga boleh cuba mohon pinjaman peribadi MBSB jika anda tidak menepati kelayakan pinjaman ini.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment