Pinjaman Mikro SME Bank 2023 (Untuk Usahawan PKS)

Pinjaman mikro SME Bank boleh bantu para usahawan seperti anda dalam memenuhi keperluan perniagaan dari segi kewangan, aset dan lain-lain.

Jangan anda tidak tahu. Pembiayaan mikro juga memberikan banyak faedah kepada pelanggan-pelanggan mereka sekaligus mampu menyediakan tawaran pinjaman yang berkualiti seperti pinjaman perniagaan lain yang ada di Malaysia.

Oleh itu, jika anda berminat untuk memohon pinjaman mikro daripada SME Bank. Mari ikuti penulisan kami di sini.

Jemput baca perkongsian kami.

Pinjaman mikro SME Bank

Berikut merupakan jenis-jenis pelan pinjaman mikro yang disediakan oleh SME Bank yang perlu anda tahu.

1. Pinjaman mikro (SME Technology Transformation Fund “STTF”)

Pelan pinjaman ini adalah berlandaskan syariah dan menggunakan konsep Tawarruq. Selain itu, ia menyediakan bantuan dari segi kewangan kepada golongan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk penggunaan digital dan automasi di dalam operasi perniagaan.

Tujuan pembiayaan ini diperkenalkan adalah supaya setiap usahawan PKS dapat mencapai produktiviti yang lebih tinggi, kecekapan proses, pengurusan kos yang lebih sistematik dan meningkatkan penembusan pasaran.

Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa jenis pembelian aset atau peralatan yang boleh dilakukan melalui pinjaman ini. Antaranya adalah untuk membeli mesin, perkakasan, perisian komputer, penyelesaian dan perkhidmatan teknologi maklumat, perkhidmatan sokongan teknologi dan lain-lain aset tidak ketara yang diperlukan untuk penambahbaikan produktiviti.

Melalui pelan ini, anda boleh memohon pinjaman berjumlah RM100,000 sehingga mencecah RM3.0 juta dengan tempoh bayaran balik sehingga 10 tahun. Seterusnya, caj kadar keuntungan tahunan yang akan dikenakan adalah mengikut kiraan BFR + 1.5%. Margin pembiayaan pula adalah sehingga 80% untuk mesin atau peralatan.

Walau bagaimanapun, pelan pinjaman ini memerlukan cagaran iaitu sehingga 80% jaminan dari Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP), jaminan peribadi, jaminan bersama dan berasingan atau jaminan korporat. Perlindungan takaful atau insuran adalah wajib.

Sila ketahui secara ringkas mengenai SME Technology Transformation Fund “STTF” melalui jadual di bawah:

Kadar keuntungan BFR + 1.5% setahun
Tempoh pinjaman Sehingga 10 tahun
Jumlah pinjaman RM100,000 sehingga RM3.0 juta
Sektor pekerjaan
  • Perkhidmatan
  • Perkilangan
Kelayakan
  • Berdaftar dengan SSM, pihak berkuasa atau pejabat daerah (untuk Sabah dan Sarawak) atau badan berkanun untuk perkhidmatan profesional
  • Pegangan saham oleh Syarikat Tersenarai Awam atau Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) tidak melebihi 20% (jika berkaitan)

*Sila rujuk kelayakan pada maklumat tambahan di bawah untuk lebih terperinci

Margin Sehingga 80%

 

Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman mikro SME Bank ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • Berdaftar dengan SSM, pihak berkuasa atau pejabat daerah untuk Sabah dan Sarawak atau badan berkanun untuk perkhidmatan profesional.
  • Pegangan saham oleh Syarikat Tersenarai Awam atau Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) tidak melebihi 20% (jika berkaitan).
  • Sekurang-kurangnya 51% pegangan saham dimiliki oleh warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
  • Semua PKS di dalam sektor perkhidmatan dan perkilangan layak untuk memohon.
  • Telah beroperasi sekurang-kurangnya selama 2 tahun.
  • Kedudukan kewangan syarikat yang stabil.
  • Tiada tindakan undang-undang terhadap syarikat atau mana-mana pengarah, pemegang saham, rakan kongsi, pemilik atau penjamin di bawah mana-mana undang-undang di Malaysia.

 

Dokumen diperlukan

Antara dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan adalah:

  • Salinan kad pengenalan untuk semua pengarah, pemegang saham, rakan kongsi, pemilik atu penjamin.
  • Salinan pendaftaran perniagaan yang sah.
  • Dokumen kesetiausahaan yang diperakui (borang 24, borang 49, M&A dan yang mana berkenaan).
  • Akaun beraudit terkini untuk tahun kewangan yang tidak melebihi atau bersamaan dengan 18 bulan dari tarikh permohonan pembiayaan.
  • Penyata akaun bank untuk 6 bulan terakhir yang disahkan.
  • Pelan perniagaan yang menampilkan penggunaan digital dan automasi (merangkumi kecekapan operasi, peningkatan produktiviti dan keberkesanan kos).
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan dengan pembiayaan yang diperlukan oleh pihak bank.

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan SME Technology Transformation Fund “STTF”?

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual bayaran balik bagi pinjaman ini. Sila rujuk halaman ini untuk maklumat lanjut.

 

Di mana boleh memohon pinjaman mikro SME Bank ini?

Sekiranya anda berminat untuk memohon pembiayaan ini bagi perniagaan anda. Anda boleh mohon secara manual dengan mengunjungi mana-mana cawangan SME Bank berdekatan anda.

Di samping itu, kami juga sarankan anda untuk terus menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan SME Bank di talian 03-2603 7700 bagi pertanyaan lanjut.

 

2. Pinjaman mikro SME Bank (Business Accelerator Program “BAP”)

Pembiayaan ini adalah program kerjasama bersama SME Corporation Malaysia untuk menyediakan pinjaman perniagaan. Tujuan program ini ditubuhkan adalah sebagai pinjaman untuk pembelian aset atau keperluan modal kerja kepada golongan usahawan PKS. Dengan adanya program pembiayaan seperti ini, ia mampu mengukuhkan perniagaan, membina kapasiti dan keupayaan serta memudahkan akses kepada pinjaman.

Seterusnya, program BAP ini adalah berlandaskan syariah dengan menggunakan konsep Tawarruq. Namun begitu, pinjaman ini memerlukan cagaran iaitu aset tetap yang dibiayai, minimum 10% cagaran tunai untuk pembiayaan modal kerja dan jaminan bersama dan berasingan oleh ahli lembaga pengarah dan pemegang saham.

Melalui pinjaman ini, anda boleh membuat pinjaman minimum RM50,000 sehingga maksimum RM100,000 dengan tempoh bayaran balik pinjaman adalah dari 7 tahun sehingga 10 tahun. Selain itu, caj kadar keuntungan yang dikenakan adalah sebanyak 4.0% (atas baki tahunan). Margin pinjaman pula ialah sehingga 90%.

Program ini juga mewajibkan pengambilan takaful atau insuran jika ada aset yang diberi sebagai cagaran kepada pembiayaan ini.

Sila ketahui secara ringkas mengenai Business Accelerator Program “BAP” melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan

4.0% (atas baki tahunan)

Tempoh pinjaman

7 tahun sehingga 10 tahun

Jumlah pinjaman

RM50,000 sehingga RM100,000

Sektor pekerjaan

  • Syarikat
  • Firma

Kelayakan

  • Syarikat atau perniagaan yang mendapat penarafan score 2 atau lebih tinggi
  • Syarikat milik warganegara Malaysia dan mempunyai sekurang-kurangnya 60% pegangan sepanjang tempoh pembiayaan

*Sila rujuk kelayakan pada maklumat tambahan di bawah untuk lebih terperinci

Margin

Sehingga 90%

 

Sila ketahui secara ringkas mengenai pinjaman mikro SME Bank ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • Pemohon mestilah syarikat atau firma berstatus Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
  • Syarikat atau perniagaan yang mendapat penarafan score 2 atau lebih tinggi.
  • Syarikat milik warganegara Malaysia dan mempunyai sekurang-kurangnya 60% pegangan sepanjang tempoh pembiayaan.
  • Pengendali perniagaan sepenuh masa.
  • Syarikat atau perniagaan yang telah beroperasi minimum 6 bulan.

 

Dokumen diperlukan

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang dokumen yang diperlukan untuk pinjaman ini (tidak dinyatakan).

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan Business Accelerator Program “BAP”?

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual bayaran balik pinjaman mikro SME Bank ini. Sila rujuk halaman ini untuk maklumat lanjut.

 

Di mana boleh memohon pinjaman mikro SME Bank ini?

Jika anda berhasrat untuk memohon pembiayaan ini bagi syarikat anda. Anda boleh membuat permohonan secara manual dengan melawati mana-mana cawangan SME Bank berhampiran anda.

Di samping itu, kami juga sarankan anda untuk terus menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan SME Bank di talian 03-2603 7700 bagi pertanyaan lanjut.

 

3. Pinjaman Mikro SME Bank (Skim Pembiayaan Ekonomi Desa “SPED”)

Skim pinjaman ini adalah program pembiayaan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Ia dilaksanakan dengan tujuan bagi membuka peluang kepada golongan usahawan bumiputera di kawasan pedalaman untuk menaiktaraf perniagaan mereka ke tahap yang lebih maju. Dengan adanya program pinjaman seperti ini, ia dapat membantu usahawan memperolehi aset tetap dan modal kerja bagi perniagaan mereka.

Untuk pengetahuan anda, skim ini memerlukan cagaran. Antara cagaran yang dituntut adalah aset tetap yang dibiayai dan jaminan bersama atau berasingan oleh ahli lembaga pengarah, pemegang saham atau jaminan korporat. Namun begitu, tiada cagaran yang diperlukan untuk pinjaman modal kerja. Perlindungan insuran atau takaful juga adalah wajib jika ada aset yang diberi sebagai cagaran kepada pembiayaan ini.

Melalui pinjaman ini, anda boleh memohon jumlah pembiayaan dari RM250,000 sehingga maksimum RM500,000. Tempoh bayaran balik pinjaman pula adalah minimum 3 tahun sehingga 7 tahun dengan caj kadar keuntungan adalah serendah 5% setahun. Di samping itu, skim ini mempunyai margin pembiayaan iaitu sehingga 90% untuk aset tetap dan sehingga 100% bagi modal kerja.

Sila ketahui secara ringkas mengenai Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan

5% setahun

Tempoh pinjaman

3 tahun sehingga 7 tahun

Jumlah pinjaman

RM250,000 sehingga RM500,000

Sektor pekerjaan

Usahawan bumiputera di kawasan pedalaman

Kelayakan

  • Perniagaan beroperasi dan terletak di dalam kawasan luar bandar seperti yang ditetapkan oleh KKLB
  • Perniagaan mestilah 100% milik bumiputera

*Sila rujuk kelayakan pada maklumat tambahan di bawah untuk lebih terperinci

Margin

  • Sehingga 90% untuk aset tetap
  • Sehingga 100% untuk modal kerja

 

Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman mikro SME Bank ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • Perniagaan beroperasi dan terletak di dalam kawasan luar bandar seperti yang ditetapkan oleh KKLB.
  • Perniagaan mestilah 100% milik bumiputera.
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) atau pihak berkuasa atau pejabat daerah (untuk Sabah dan Sarawak).
  • Memiliki lesen perniagaan yang sah daripada pihak berkuasa tempatan.
  • Memiliki premis perniagaan yang berasingan daripada premis kediaman.

 

Dokumen diperlukan

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang dokumen yang diperlukan untuk pinjaman ini (tidak dinyatakan).

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED)?

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual bayaran balik bagi pinjaman ini. Sila rujuk halaman web rasmi mereka untuk maklumat lanjut.

 

Di mana boleh memohon pinjaman mikro SME Bank ini?

Sekiranya anda berminat untuk memohon pembiayaan ini bagi perniagaan anda. Anda boleh mohon secara manual dengan mengunjungi mana-mana cawangan SME Bank berdekatan anda.

Di samping itu, kami juga sarankan anda untuk terus menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan SME Bank di talian 03-2603 7700 bagi pertanyaan lanjut.

 

4. Program Pembiayaan Dana Rantaian Bekalan Bumiputera

Program ini adalah produk pinjaman dengan kerjasama TERAJU. Ia dijalankan bertujuan untuk membangunkan jaringan pembekal di kalangan PKS bumiputera yang merupakan sebahagian daripada pelaksanaan agenda bumiputera yang diterajui oleh TERAJU. Dengan adanya program mikro seperti ini, ia dapat membantu golongan usahawan PKS mengembangkan perniagaan mereka dan menjadikan pembekal PKS bumiputera lebih berdaya saing.

Selain itu, pinjaman ini adalah berlandaskan syariah dengan menggunakan konsep Tawarruq dan memerlukan cagaran. Antara cagaran yang diperlukan untuk pembiayaan ini adalah geran 15% dan lain-lain cagaran atau skim jaminan yang boleh diterima oleh Bank. Perlindungan insuran juga adalah wajib jika ada aset yang diberi sebagai cagaran kepada pembiayaan ini.

Seterusnya, melalui pinjaman ini anda boleh memohon pembiayaan berjumlah minimum RM500,000 sehingga maksimum RM5.0 juta. Tempoh bayaran balik pinjaman adalah sehingga 7 tahun dengan caj kadar pembiayaan yang dikenakan dari 0.00% sehingga 1.50% setahun yang ditambah dengan Kadar Pembiayaan Asas (BFR). Margin pembiayaan pula adalah sehingga 85% daripada bank dan 15% daripada kos akan dibayar oleh pelanggan.

Jumlah yang sama akan dikembalikan kepada pelanggan menggunakan dana geran setelah pembiayaan dibayar balik sepenuhnya.

Sila ketahui secara ringkas mengenai Program Pembiayaan Dana Rantaian Bekalan Bumiputera melalui jadual di bawah:

 

Kadar pinjaman

BFR + 0.00% sehingga BFR + 1.50% setahun

Tempoh pinjaman

Sehingga 7 tahun

Jumlah pinjaman

RM500,000 sehingga RM5.0 juta

Sektor pekerjaan

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bumiputera

Kelayakan

  • Perusahaan bertaraf mikro, kecil dan sederhana seperti yang didefinisikan oleh SME Corp
  • Minima 60% pegangan saham bumiputera dalam syarikat

*Sila rujuk kelayakan pada maklumat tambahan di bawah untuk lebih terperinci

Margin

  • Sehingga 85% daripada bank
  • Sehingga 15% daripada kos yang akan dibayar oleh pelanggan

 

Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • Perusahaan bertaraf mikro, kecil dan sederhana seperti yang didefinisikan oleh SME Corp.
  • Minima 60% pegangan saham bumiputera dalam syarikat.
  • Bukan anak syarikat kepada syarikat GLC atau MNC.
  • Ketua pegawai eksekutif atau pengarah urusan adalah bumiputera.
  • Majoriti pengurusan tertinggi syarikat adalah bumiputera.
  • Syarikat di dalam sektor pembuatan, pemborongan, peruncitan dan yang berkaitan.

 

Dokumen diperlukan

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang dokumen yang diperlukan untuk pinjaman ini (tidak dinyatakan).

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan Program Pembiayaan Dana Rantaian Bekalan Bumiputera?

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual bayaran balik pinjaman mikro SME Bank ini. Sila rujuk halaman ini untuk maklumat lanjut.

 

Di mana boleh memohon pinjaman mikro SME Bank ini?

Jika anda berhasrat untuk memohon pembiayaan ini bagi syarikat anda. Anda boleh membuat permohonan secara manual dengan melawati mana-mana cawangan SME Bank berhampiran anda.

Di samping itu, kami juga sarankan anda untuk terus menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan SME Bank di talian 03-2603 7700 bagi pertanyaan lanjut.

 

5. Pinjaman mikro (Pembiayaan Pelancongan PENJANA “PTF”)

Program ini merupakan satu usaha untuk menyokong Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam mengekalkan keupayaan mereka serta membantu mereka membuat penyesuaian supaya mampu terus berdaya saing selepas negara pulih daripada virus Covid-19.

Selain itu, tujuan pinjaman ini diwujudkan adalah sebagai dana bagi modal kerja atau perbelanjaan modal. Untuk pengetahuan anda, pembiayaan ini memerlukan beberapa jenis cagaran. Antara cagaran yang diperlukan adalah sehingga 80% jaminan oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP), jaminan peribadi, jaminan bersama dan berasingan atau jaminan korporat.

Tambahan lagi, perlindungan insuran juga adalah wajib jika ada aset yang diberikan sebagai cagaran kepada pembiayaan ini. Seterusnya, melalui pinjaman ini anda boleh memohon jumlah pinjaman sehingga RM500,000 dengan tempoh bayaran balik pinjaman sehingga 7 tahun.

Di samping itu, caj kadar pinjaman adalah serendah 3.5% setahun termasuk yuran jaminan. Margin pembiayaan pula adalah sehingga 80% untuk mesin atau peralatan dan sehingga 100% bagi modal kerja.

Sila ketahui secara ringkas mengenai Pembiayaan Pelancongan PENJANA (PTF) melalui jadual di bawah:

 

Kadar pinjaman 3.5% setahun
Tempoh pinjaman Sehingga 7 tahun
Jumlah pinjaman Sehingga RM500,000
Sektor pekerjaan
  • PKS dalam sektor pelancongan
  • PKS berkaitan pelancongan
Kelayakan

PKS Malaysia dalam sektor pelancongan teras dan sektor berkaitan pelancongan sama ada PKS menurut takrifan SME Corp Malaysia atau PKS yang dilesenkan oleh atau berdaftar dengan MOTAC

*Sila rujuk kelayakan pada maklumat tambahan di bawah untuk lebih terperinci

Margin
  • Sehingga 80% untuk mesin atau peralatan
  • Sehingga 100% untuk modal kerja

 

Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • PKS Malaysia dalam sektor pelancongan teras dan sektor berkaitan pelancongan sama ada PKS menurut takrifan SME Corp Malaysia atau PKS yang dilesenkan oleh atau berdaftar dengan MOTAC.

PERHATIAN

*Penerima Kemudahan Bantuan Khas (Special Relief Facility, SRF) atau Pembiayaan PKS PENJANA (PENJANA SME Financing, PSF) tidak layak untuk memohon PTF.

 

Dokumen diperlukan

Antara dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan adalah:

  • Penyata kewangan (akaun pengurusan terkini).
  • Penyata bank 6 bulan terkini.
  • Salinan kad pengenalan pelanggan dan rakan kongsi.
  • Dokumen pendaftaran perniagaan.
  • Lesen perdagangan (untuk perniagaan yang beroperasi di Sabah dan Sarawak).
  • Surat amanat perkongsian.

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan Pembiayaan Pelancongan PENJANA (PTF)?

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual bayaran balik bagi pinjaman ini. Sila rujuk halaman web rasmi mereka untuk maklumat lanjut.

 

Di mana boleh memohon pinjaman mikro SME Bank ini?

Sekiranya anda berminat untuk memohon pembiayaan ini bagi perniagaan anda. Anda boleh mohon secara manual dengan mengunjungi mana-mana cawangan SME Bank berdekatan anda.

Di samping itu, kami juga sarankan anda untuk terus menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan SME Bank di talian 03-2603 7700 bagi pertanyaan lanjut.

 

6. Pinjaman mikro (Skim Pembiayaan Lestari Bumi)

Skim ini adalah sebuah program atau inisiatif kerajaan untuk membantu golongan usahawan perusahaan mikro dan kecil bagi memajukan lagi perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi. Dengan adanya skim ini, ia dapat meningkatkan kapasiti pengeluaran, penembusan pasaran serta daya saing dalam perniagaan mereka.

Seterusnya, pinjaman ini merupakan pembiayaan patuh syariah dengan menggunakan konsep Tawarruq. Untuk pengetahuan anda, pinjaman ini memerlukan cagaran dari segi jaminan peribadi, jaminan bersama, berasingan, jaminan korporat atau jaminan lain yang diterima oleh pihak Bank. Perlindungan insuran juga adalah wajib jika ada aset yang diberikan sebagai cagaran kepada skim pembiayaan ini.

Selain itu, anda boleh memohon jumlah pembiayaan dari RM100,000 sehingga RM750,000 dengan tempoh bayaran balik pinjaman sehingga 7 tahun. Tambahan lagi, caj kadar keuntungan yang dikenakan adalah sebanyak 5.0% setahun dengan margin pembiayaan sehingga 80% untuk peralatan dan sehingga 100% untuk modal kerja.

Sila ketahui secara ringkas mengenai Skim Pembiayaan Lestari Bumi melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan

5.0% setahun

Tempoh pinjaman

Sehingga 7 tahun

Jumlah pinjaman

RM100,000 sehingga RM750,000

Sektor pekerjaan

  • Usahawan mikro dan kecil
  • PKS

Kelayakan

  • Perusahaan bertaraf mikro dan kecil seperti yang didefinisikan oleh Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS Kebangsaan
  • Berdaftar dengan SSM, atau pihak berkuasa atau pejabat daerah untuk Sabah dan Sarawak dan badan berkanun untuk perkhidmatan profesional

*Sila rujuk kelayakan pada maklumat tambahan di bawah untuk lebih terperinci

Margin

  • Sehingga 80% untuk peralatan
  • Sehingga 100% untuk modal kerja

 

Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman mikro SME Bank ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • Perusahaan bertaraf mikro dan kecil seperti yang didefinisikan oleh Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS Kebangsaan.
  • Berdaftar dengan SSM, atau pihak berkuasa atau pejabat daerah untuk Sabah dan Sarawak dan badan berkanun untuk perkhidmatan profesional.
  • Sekurang-kurangnya 51% pegangan saham, ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanan dipegang oleh bumiputera.
  • Perniagaan patuh syariah.
  • Minimum telah beroperasi selama 2 tahun.

 

Dokumen diperlukan

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang dokumen yang diperlukan untuk pinjaman ini (tidak dinyatakan).

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan Skim Pembiayaan Lestari Bumi?

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual bayaran balik pinjaman mikro SME Bank ini. Sila rujuk website rasmi mereka untuk maklumat lanjut.

 

Di mana boleh memohon pinjaman mikro SME Bank ini?

Jika anda berhasrat untuk memohon pembiayaan ini bagi syarikat anda. Anda boleh membuat permohonan secara manual dengan melawati mana-mana cawangan SME Bank berhampiran anda.

Di samping itu, kami juga sarankan anda untuk terus menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan SME Bank di talian 03-2603 7700 bagi pertanyaan lanjut.

 

7. Pinjaman mikro (Geran Padanan Pemerkasa)

Pembiayaan ini adalah sebuah pinjaman berstruktur yang patuh syariah dengan menggunakan konsep Tawarruq. Tujuan pinjaman ini dilaksanakan adalah untuk membantu golongan usahawan dari sektor 3D yang mengamalkan pekerjaan yang kotor, bahaya dan sukar seperti usahawan dalam bidang pembuatan, perkhidmatan, pertanian dan pembinaan.

Selain itu, pinjaman ini dapat membantu usahawan yang memerlukan untuk membeli peralatan atau mesin. Walau bagaimanapun, anda perlu menyediakan cagaran iaitu sehingga 80% jaminan dari Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP), Credit Guarantee Corporation (CGC), lain-lain penyedia jaminan kredit yang diterima oleh pihak Bank atau cagaran lain yang diterima oleh pihak Bank.

Seterusnya, melalui pinjaman ini anda boleh memohon pembiayaan sehingga RM1 juta dengan tempoh bayaran balik pinjaman sehingga 10 tahun. Di samping itu, kadar pembiayaan adalah dari 0% sehingga 5.0% setahun dengan margin pembiayaan sehingga 100%. Perlindungan insuran pula adalah wajib jika ada aset yang dijadikan cagaran kepada pembiayaan ini.

Sila ketahui secara ringkas mengenai Geran Padanan Pemerkasa melalui jadual di bawah:

 

Kadar pinjaman

0% sehingga 5.0% setahun

Tempoh pinjaman

Sehingga 10 tahun

Jumlah pinjaman

Sehingga RM1 juta

Sektor pekerjaan

Usahawan dari sektor 3D

Kelayakan

  • PKS di dalam sektor 3D (kotor, bahaya dan sukar) terutamanya dalam bidang pembuatan, perkhidmatan, pertanian dan pembinaan
  • Berdaftar dengan SSM, pihak berkuasa atau pejabat daerah untuk Sabah dan Sarawak atau badan berkanun untuk perkhidmatan profesional

*Sila rujuk kelayakan pada maklumat tambahan di bawah untuk lebih terperinci

Margin

Sehingga 100%

 

Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman mikro SME Bank ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • PKS di dalam sektor 3D (kotor, bahaya dan sukar) terutamanya dalam bidang pembuatan, perkhidmatan, pertanian dan pembinaan.
  • Berdaftar dengan SSM, pihak berkuasa atau pejabat daerah untuk Sabah dan Sarawak atau badan berkanun untuk perkhidmatan profesional.
  • Pegangan saham oleh Syarikat Tersenarai Awam atau Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) tidak melebihi 20% sekiranya ada.
  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia dan memegang pegangan saham sekurang-kurangnya 51% di dalam PKS.
  • Perniagaan patuh syariah.

 

Dokumen diperlukan

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang dokumen yang diperlukan untuk pinjaman ini (tidak dinyatakan).

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan Geran Padanan Pemerkasa?

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual bayaran balik bagi pinjaman ini. Sila rujuk halaman web rasmi mereka untuk maklumat lanjut.

 

Di mana boleh memohon pinjaman mikro SME Bank ini?

Sekiranya anda berminat untuk memohon pembiayaan ini bagi perniagaan anda. Anda boleh mohon secara manual dengan mengunjungi mana-mana cawangan SME Bank berdekatan anda.

Di samping itu, kami juga sarankan anda untuk terus menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan SME Bank di talian 03-2603 7700 bagi pertanyaan lanjut.

 

Akhir kata

Sampai di sini sahaja senarai pinjaman mikro SME Bank yang dapat kami berikan kepada anda. Diharapkan dengan perkongsian yang tidak seberapa ini sedikit sebanyak dapat membantu syarikat atau usahawan-usahawan di luar sana untuk mohon pembiayaan bagi menaiktaraf perniagaan mereka ke fasa yang lebih baik.

Di samping itu, selain daripada pembiayaan mikro. Anda juga boleh cuba mohon pinjaman perniagaan Maybank atau pinjaman perniagaan Bank Islam yang ada menawarkan pelbagai jenis produk pembiayaan untuk bantu usahawan seperti anda.

Tidak cuba, tidak tahu.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment