Pinjaman Perniagaan Maybank (Beri Kelebihan Pada Existing Customer)

Pinjaman perniagaan Maybank adalah salah satu kemudahan pembiayaan untuk perusahaan yang memerlukan bantuan kewangan. Tambahan lagi, pelan pembiayaan yang mereka tawarkan boleh diproses dalam kadar segera.

Oleh itu, buat anda yang ingin memohon pinjaman ini bagi perniagaan anda. Anda telah berada di tempat yang betul. Kami telah menyediakan beberapa informasi mengenai pinjaman perniagaan Maybank yang perlu anda ambil tahu terlebih dahulu melalui artikel kali ini.

Jemput baca perkongsian kami.

Pinjaman perniagaan Maybank

Berikut merupakan jenis pelan pinjaman yang disediakan oleh Maybank dan anda boleh cuba mohon.

Pembiayaan Digital PKS Maybank

Pembiayaan ini adalah pinjaman berjangka bersifat konvensional yang tidak bercagar dan mampu memproses keputusan sama ada lulus atau tidak hanya dalam masa 10 minit. Apa yang paling menarik sekali mengenai produk ini adalah setiap permohonan dari pelanggan sedia ada Maybank tidak memerlukan sebarang dokumen untuk dikemukakan. Menarik bukan?

Selain itu, sekiranya pinjaman anda lulus anda boleh membuat pengeluaran wang sepantas 1 minit. Melalui pinjaman ini juga, anda boleh memohon jumlah pembiayaan minimum RM10,000 sehingga maksimum RM250,000. Tempoh bayaran balik yang diberikan adalah dari 1 tahun sehingga 5 tahun.

Caj kadar keuntungan pula ialah di antara 3.5% sehingga 11.5% setahun bergantung kepada jenis sub produk pinjaman yang dimohon pada ketika itu. Tambahan lagi, perlindungan insurans peribadi akan ditawarkan kepada pihak berkenaan untuk melindungi mereka jika terjadi kematian atau hilang upaya kekal.

Walau bagaimanapun, produk pinjaman ini lebih diutamakan kepada pelanggan sedia ada Maybank dengan rekod permohonan yang lengkap. Sekiranya anda adalah pelanggan baru Maybank, pihak Maybank akan menilai permohonan anda terlebih dahulu dan akan memberikan keputusan permohonan dalam masa 2 hari bekerja.

Sila ketahui secara ringkas mengenai Pembiayaan Digital PKS Maybank melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan 3.5% hingga 11.5% setahun
Tempoh pinjaman 1 tahun hingga 5 tahun
Jumlah pinjaman RM10,000 hingga RM250,000
Sektor pekerjaan
  • Syarikat pemilikan tunggal
  • Syarikat perkongsian
  • Syarikat persendirian
Kelayakan
  • Warganegara Malaysia
  • Terbuka kepada semua pelanggan sedia ada dan pelanggan baru Maybank
  • Syarikat atau perniagaan telah beroperasi lebih daripada 1 tahun

*Sila rujuk kelayakan pada maklumat tambahan di bawah untuk lebih terperinci

Margin Tidak dinyatakan

 

Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman perniagaan Maybank ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Terbuka kepada semua pelanggan sedia ada dan pelanggan baru Maybank.
  • Mempunyai syarikat pemilikan tunggal, perkongsian atau persendirian.
  • Mempunyai perniagaan atau syarikat yang sah dan telah berdaftar.
  • Hasil jualan tahunan kurang daripada RM25 juta.
  • Pinjaman sedia ada dengan Maybank kurang daripada RM5 juta.
  • Syarikat atau perniagaan telah beroperasi lebih daripada 1 tahun.

 

Dokumen diperlukan

Antara dokumen yang diperlukan untuk memohon adalah:

  • Salinan kad pengenalan pengarah, pemegang saham, pemilik, rakan kongsi atau penjamin.
  • Salinan pasport bagi bukan warganegara (jika berkaitan).
  • Dokumen atau sijil pendaftaran perniagaan yang sah.
  • Lesen perdagangan atau berniaga bagi perniagaan yang beroperasi di Sabah dan Sarawak (jika berkaitan).
  • Penyata bank 6 bulan terkini.

PERHATIAN

*Tiada dokumen yang diperlukan bagi sebarang permohonan dari pelanggan Maybank sedia ada.

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan Pembiayaan Digital PKS Maybank?

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik pinjaman perniagaan ini. Sila rujuk halaman ini untuk maklumat lanjut.

Sekadar makluman, caj pembayaran lewat akan dikenakan sebanyak 1% setahun ke atas jumlah bayaran bulanan yang tertunggak ketika tempoh pinjaman.

 

Di mana boleh memohon pinjaman perniagaan Maybank ini?

Jika anda berminat untuk memohon pembiayaan ini. Anda boleh cuba beberapa cara seperti buat permohonan secara manual dengan walk in di mana-mana cawangan Maybank berhampiran anda.

Selain itu, anda juga boleh membuat permohonan secara online melalui laman web Maybank di pautan ini maybank2u.com.my.

 

Akhir kata

Sampai di sini sahaja maklumat mengenai produk pinjaman perniagaan Maybank yang dapat kami senaraikan untuk anda. Diharapkan dengan perkongsian yang tidak seberapa ini dapat membantu pelbagai syarikat dalam menaiktaraf perniagaan mereka ke masa hadapan yang lebih cerah dan maju.

Sebelum kami mengakhiri penulisan ini, suka kami ingatkan kepada anda untuk cuba juga mohon pinjaman perniagaan TEKUN bagi membantu syarikat anda. Sekurang-kurangnya kalau pinjaman perniagaan Maybank ini syarikat anda tidak layak. Manalah tahu kalau-kalau dengan TEKUN syarikat anda lulus pula kan. Betul tak?

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment