Pinjaman Duit Segera 2023 (Tanpa Dokumen & Slip Gaji)

Sekiranya anda salah seorang yang dalam keadaan terdesak dan memerlukan wang tunai sekarang, sila baca cara buat pinjaman duit segera ini.

Apa yang kami kongsikan, bantuan duit segera ini adalah yang sah di sisi undang-undang. Baca elok-elok dan tak perlulah dapatkan pinjaman kecemasan dari along yang boleh memudaratkan diri kita.

Kenapa perlu buat pinjaman duit segera?

Lain orang, lain alasannya. Ada yang berhutang terlalu lama seperti pinjaman along sehinggakan orang yang beri hutang tiba-tiba minta semula.

Ada pula yang melalukan kesilapan yang tidak disangka-sangka menjadi mangsa buli yang selalu diugut supaya membayar semula apa yang telah dipinjam.

Apa-pun alasan anda, boleh lihat pilihan yang ada seperti di bawah.

Pinjaman duit segera melalui kad kredit (credit card)

Ini adalah salah satu pilihan yang ada saat terdesak. Namun, harus diingatkan, kadar faedah atau interest rate adalah sangat-sangat tinggi.

Kami ulang sekali lagi. Bunga atau kadar faedah jika buat pinjaman duit segera dari kad kredit adalah terlalu tinggi.

Namun, jika keadaan terlalu memaksa, anda boleh cucuk kad kredit di mana-mana ATM yang berdekatan.

Pastikan tahu nombor PIN yang telah ditetapkan atau disetkan suatu masa dahulu.

Walaupun nampak lebih banyak keburukan, sebenarnya ada juga kelebihan jika meminjam dengan bank menggunakan kad kredit.

Apa dia?

Sekiranya rekod bayaran balik anda bagus, bank atau institusi kewangan berkenaan mungkin bersedia menawarkan anda sejumlah pinjaman segera untuk amaun lebih tinggi berbanding amaun kad kredit jika anda membuat permohonan.

Dengan meminjam dari bank melalui credit card, tidak perlu apa-apa dokumen dan kelulusan. Juga tidak perlu tunggu sehingga 24 jam untuk mendapat kelulusan seperti mana pinjaman berlesen yang lain. Ini juga salah satu cara untuk buat pinjaman mudah tanpa slip gaji.

Tapi, kalau tak ada credit card, bagaimana untuk buat pinjaman duit segera pula?

 

Buat pinjaman wang dari keluarga

Percayalah, tak ada ahli keluarga yang mahu lihat lain-lain ahli keluarganya susah. Contohnya, tak ada mak ayah yang sanggup tengok anak sendiri dilanda masalah kewangan yang teruk.

Tak ada adik-beradik yang mahu melihat adik-beradik kandung sendiri ditimpa kesusahan.

Walau bagaimanapun, amaun yang boleh dipinjam dari keluarga mungkin tidak terlalu tinggi. Ini kerana mereka juga mempunyai tanggungjawab sendiri yang perlu dijaga dan dibereskan.

Setakat buat pinjaman RM500, tidak ada masalah besar. Janganlah terlalu malu sehingga tidak mahu membukan mulut dan meminjam langsung dengan mereka.

Cakap elok-elok, nescaya mereka faham dan percaya.

 

Akhir kata

Jika anda seorang yang berdisiplin dan boleh membayar semula pinjaman dengan cara yang berjadual, anda boleh ikuti cara pinjaman duit segera yang disenaraikan di atas.

Jika anda jenis yang terlalu selalu meminjam hingga menyusahkan orang lain dengan gali lubang untuk tutup lubang yang lain, hentikanlah.

Tidak ada gunanya buat pinjaman untuk membayar hutang orang lain kerana ia akan menambah beban. Yang penting, buatlah pilihan terbaik. Pesanan kami, elakkanlah meminjam kalau rasa tak boleh nak bayar, walaupun dari peminjam wang berlesen.

Jika terdesak dan perlu bantuan kewangan, walaupun hanya pinjaman RM500 segera, jangan terburu-buru. Tenangkan hati dahulu dan berfikir secara rasional.

Kami doakan agar anda yang sedang membaca tulisan ini sentiasa dimurahkan rezeki dan dapat keluar dari kemelut hutang yang berpanjangan.

Semoga bermanfaat.

9 thoughts on “Pinjaman Duit Segera 2023 (Tanpa Dokumen & Slip Gaji)”

Leave a Comment