Pinjaman RM500 Guna IC Online 2022 (Mohon Loan Segera)


Tengah serabut cari duit?. Kau terdesak nak buat pinjaman RM500 guna IC kan?. Ya, memang malu nak buat pinjaman RM500 segera online sebab amaunnya tidaklah banyak mana.

Bertenang. Aku akan cuba tolong mana yang boleh.

Kenapa RM500 dikira sesuai untuk pinjam?

Selalunya, kalau kita nak buat pinjaman RM1000, ramai yang akan menolak kerana amaunnya nampak ribu-ribu.

Nampak banyak.

Kalau lima ratus ringgit, masih dikira ratus-ratus.

Masih belum cecah ribu lagi dan separuh sahaja daripada seribu.

Jadi, selalunya mudah untuk dapatkan pinjaman sebanyak RM500 ini.

Tak tinggi sangat amaunnya dan tidaklah rendah sangat.

Lagipun, takkanlah kau nak pinjam RM250 sahaja.

Takut tak cukup pula kan?

Itupun kalau ada kawan-kawan yang nak bagi pinjam.

Kalau tak ada, bolehlah cuba aplikasi seperti BigPay ini.

 

1. Pinjaman RM500 segera dengan AEON Credit

Ini bukan pinjaman duit RM500 menggunakan aplikasi.

Ini ialah pinjaman melalui AEON Credit.

Jangan ingat AEON cuma ada shopping mall sahaja.

AEON juga ada perkhidmatan lain yang memberikan pinjaman kepada sesiapa yang layak.

Cuma minimum yang kau boleh pinjam ialah RM1,000 dan bukan RM500.

Bagus ke tak bagus?

Wallahua’lam.

Kalau kau rasa kau boleh bayar bulan-bulan kalau pinjam RM1,000 instead of RM500, boleh teruskan.

Antara syarat & kelayakan untuk meminjam dengan AEON Credit adalah seperti berikut:

  • Merupakan seorang warganegara Malaysia
  • Berusia sekurang-kurangnya 18 – 65 tahun sahaja
  • Mempunyai Kad Pengenalan yang sah
  • Pendapatan sebulan sekurang-kurangnya RM1,500
  • Jumlah pinjaman yang ingin dipohon adalah dalam lingkungan minimum RM1,000 sehingga maksimum RM100,000

Antara dokumen yang diperlukan untuk memohon pinjaman RM500 segera dengan AEON adalah seperti berikut:

Jika bergaji dan mempunyai majikan:

  • Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang
  • Penyata KWSP terkini
  • Penyata gaji 3 bulan (untuk pekerja status tetap)
  • Penyata gaji 6 bulan (untuk pekerja status kontrak atau dapat gaji komisen)
  • Penyata bank 3 bulan yang menunjukkan gaji masuk (untuk pekerja berstatus tetap)
  • Penyata bank 6 bulan yang menunjukkan gaji masuk (untuk pekerja berstatus kontrak atau dapat gaji komisen)
  • Buku bank atau penyata bank yang sebenar (untuk mengesahkan kau memang ada akaun bank)
  • Selain itu, jika ada borang BE dan resit pembayaran cukai, boleh sertakan juga

Jika bekerja sendiri:

  • Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang
  • Salinan Company Business Registration Certificate (ROC & ROB) / Form 9/24/49 atau Form D dan;
  • Penyata akaun bank syarikat bagi 6 bulan terkini; atau;
  • Buku bank atau penyata bank yang sebenar (untuk mengesahkan syarikat kau memang ada akaun bank)
  • Borang B/E dan resit pembayaran cukai syarikat

MOHON SEKARANG →

 

2. Pinjaman RM500 guna IC melalui BigPay

BigPay ialah salah satu syarikat di bawah Capital A Berhad.

BigPay ialah satu mobile app yang partner dengan Visa dan Master Card.

Kau boleh shopping, transfer duit, terima duit online.

Macam bank, tapi bukan bank.

Jenama pun besar.

Jadi, memang trusted.

Tak susah pun nak dapatkan pinjaman RM500.

Mari sini, aku share dengan kau.

Mula-mula, kau kena daftar dulu BigPay.

Boleh download untuk:

Jemput tengok video cara daftar BigPay di YouTube ini:

Satu lagi, kalau kau nak dapatkan duit RM10 secara percuma dalam akaun BigPay kau nanti, masukkan kod ini semasa pendaftaran:

49QTLDLUAE

Untuk buat pendaftaran BigPay, kau boleh ikuti langkah-langkah seterusnya seperti di bawah:

  1. Buka aplikasi BigPay
  2. Klik PAYMENTS di bahagian menu sebelah bawah skrin
  3. Klik Loans
  4. Di bahagian I want to borrow, masukkan 500
  5. Kalau kau tak boleh letak amaun 500, cuba masukkan amaun 1000
  6. Ini kerana BigPay mungkin meletakkan minimum pinjaman ialah RM1000
  7. Untunglah kan? Nak pinjam RM500, dapat RM1,000
  8. Seterusnya, di bahagian I want to repay in, kau perlu pilih samada nak bayar dalam tempoh 6 Months, 9 Months atau 12 Months
  9. Klik Get a quote
  10. Akan keluar paparan Loan Offer
  11. Sebagai contoh, jika kau teruskan permohonan untuk buat pinjaman RM1000 dan bayaran balik selama 6 bulan, kau perlu bayar lebih kurang RM174 sebulan. Ini dia dah masukkan sekali dengan dengan interest rate sebanyak 8% setahun.
  12. Kalau kau setuju dan rasa mampu nak bayar balik loan RM174 sebulan, klik Apply for this loan
  13. Baca Privacy Policy
  14. Klik Accept
  15. Jawab soalan dan assessment yang dipaparkan di skrin
  16. Antara soalan-soalan dan assessment tersebut adalah How will you be using RM1,000
  17. Tak semestinya kau perlu jawab dalam Bahasa Inggeris.
  18. Jawab dalam Bahasa Melayu pun boleh
  19. Sila pastikan jawab SEMUA soalan yang diberikan
  20. Ikuti arahan sehingga siap proses permohonan
  21. Selesai

 

3. Pinjaman RM500 guna IC melalui TNG eWallet

Touch ‘n Go memang sinonim dengan tol. Tapi, tak ramai tahu, dia ada GOpinjam.

Seperti biasa, kau perlu register aplikasi Touch ‘n Go terlebih dahulu melalui:

Untuk memudahkan urusan kau, aku cadangkan kau tengok sendiri video ringkas berkenaan pendaftaran TNG eWallet di YouTube seperti di bawah.

Sekiranya pendaftaran TNG eWallet berjalan lancar dan sudah diaktifkan, kau boleh ikuti langkah-langkah seterusnya seperti di bawah:

  1. Buka aplikasi TNG eWallet
  2. Klik GOpinjam
  3. Masukkan gaji bulanan kau
  4. Contohnya, masukkan RM5,000
  5. Ini CONTOH sahaja
  6. Kau boleh masukkan gaji bulanan sebenar kau
  7. Klik I agree to the Terms & Conditions
  8. Tekan butang Calculate Now
  9. Akan keluar paparan Calculating…
  10. Tunggu sebentar dalam beberapa saat
  11. Akan keluar paparan Calculating how much you’re eligible to pinjam
  12. Jika ada masalah atau tergantung, tekan butang Close
  13. Jika berjalan lancar, akan keluar paparan You can get up to RM8,000
  14. Amaun kelayakan pinjaman di atas dikira berdasarkan pendapatan bulanan
  15. Amaun kelayakan ini juga adalah sebelum ditolak caruman KWSP
  16. Sekarang, masukkan amaun yang kau nak pinjam
  17. Pinjaman minimum yang dibenarkan dalam GOpinjam ialah RM500
  18. Walau bagaimanapun, kau boleh pinjam lebih daripada RM100
  19. Katakan kau nak buat pinjaman RM500 sahaja
  20. Di bahagian Swipe to select amount (RM), pilih amaun RM500
  21. Tekan butang Next
  22. Di bahagian How long would you like the loan duration to be, pilih berapa bulan kau nak pinjam
  23. Ada pilihan berikut:
    • 1 week
    • 2 weeks
    • 3 weeks
    • 1 month
    • 2 months
    • 3 months
    • 4 months
    • 5 months
    • 6 months
  24. Tekan butang Next
  25. Jawab soalan yang diberikan seperti What is your marital status
  26. Seterusnya, What is your highest education level dan lain-lain
  27. Sila pastikan kau jawab SEMUA soalan yang diberikan
  28. Ikuti arahan sehingga siap proses permohonan
  29. Selesai

 

Alternatif pinjaman RM500

Pinjaman RM500 segera tanpa dokumen dengan mak ayah

Kalau mak ayah kau masih ada, cuba tebalkan muka dan minta pinjam.

Tak ada parents nak tengok anak hidup susah.

Lagipun, RM500 itu tidaklah banyak mana.

Takkanlah nak minta IC pula.

Bersangka baik.

Jumpa parents depan-depan.

Jangan Whatsapp cakap nak pinjam duit.

Nampak macam tak serius dan tidak bersungguh-sungguh.

 

Pinjaman RM500 segera tanpa dokumen dengan adik beradik

Ya, tak semua rapat dengan adik beradik.

Tapi tak salah mencuba kan?

Cara lain, cuba minta tolong siblings pula.

Cakap baik-baik. Jangan sampai bergaduh.

Amalkan prinsip saling bantu-membantu antara ahli keluarga.

Kalau bukan keluarga, siapa lagi kan?

 

Pinjaman RM500 segera tanpa dokumen dengan kawan-kawan

Cuba contact kawan-kawan lama.

Cuma kau janganlah menipu.

Terus-terang, senang.

Kalau kena tolak, diam.

Move-on sahaja.

Ya, memang malu.

Nak buat macam mana.

Kenalah usaha.

 

Hati-hati dengan penipuan pinjaman online

Pinjaman RM500 segera tanpa dokumen itu selalu penipu

Sini aku nak beritahu kau.

Percayalah.

Kalau ada pihak tawar pinjaman segera tanpa dokumen, sila JANGAN PERCAYA!

Kau sebenarnya bakal masuk dalam mulut buaya.

Kau memang sengaja mencari masalah.

Baik kau cepat-cepat cabut lari.

Cuba fikir logik.

Tak ada yang nak bagi pinjam tanpa supporting document.

Penipu semua itu.

 

Buat loan RM500 guna IC sebagai dokumen sokongan

Ya.

Selain slip gaji, Kad Pengenalan juga penting.

Mana boleh dapat pinjaman RM500 macam itu sahaja.

 

Akhir kata

Semoga perkongsian tentang pinjaman RM500 guna IC ini bermanfaat.

Harap dapat idea nak dapatkan duit pinjaman RM500 segera tanpa dokumen dengan orang yang rapat dengan kau.

Tak dapat RM 500, cuba pinjam RM300 atau RM400. Untung-untung, boleh dapat RM600.

Yang penting, jangan pinjam along.

Cuba dengan keluarga atau kawan terlebih dahulu.

Boleh rujuk senarai pinjaman peribadi ini.

Cuba satu persatu.

Ingat, jangan lupa bayar hutang nanti.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

5 thoughts on “Pinjaman RM500 Guna IC Online 2022 (Mohon Loan Segera)”

Leave a Comment