Pinjaman Kecemasan Segera Online 2023 (Jangan Percaya Lulus Segera 24 Jam)

Bila terdesak perlukan duit dengan cepat, otak kau tak boleh berfungsi dengan baik. Kau akan cuba usahakan sampai dapat, walaupun apa sahaja risiko yang ada. Itu sangat-sangat bahaya. Jadi, sebelum kau buat pinjaman kecemasan segera online, kau perlu pertimbangkan banyak perkara.

Aku akan ceritakan satu persatu.

Risiko pinjaman kecemasan segera online

Peminjam wang segera di Malaysia ini sudah maju. Atas nama ‘Ah Long’ atau ‘Along’ yang beroperasi secara digital, mereka semakin melebarkan sayapnya. Siap ada yang guna Facebook Ads, Google Ads malahan TikTok Ads untuk cari pelanggan baru dengan Unique Selling Proposition (USP) lulus segera dalam masa 24 jam. Jangan terlalu percaya dan terpengaruh.

Sebelum kau terperangkap, kau mesti tahu beberapa perkara yang penting ini.

1. Kadar bunga atau faedah yang tinggi melampau

Aku tahu kau tak peduli tentang interest ini semua. Yang penting, kau dapat duit. Mari ini aku jerit di telinga kau. “Hoiiiiii”.

Kau janganlah benak sangat sampai nak bahayakan diri kau. Sekarang memang masalah kau akan selesai. Walau bagaimanapun, dalam masa jangka panjang, kau akan bahayakan diri kau dan keluarga kau.

Kau nak ke isteri, mak, ayah dan anak-anak kau kena ganggu kalau tak dapat bayar balik sebab kau tak mampu bayar balik?

 

2. Kena bayar duit untuk dapat duit?

Aku dah ceritakan di sini tentang pinjaman secara online yang mereka itu sebenarnya penipu. Mereka bukan peminjam wang sebenar. Mereka itu scammer sebab kenakan upfront fees. Nak pinjam duit, kena bayar duit? Ini semua kerja gila.

Takkanlah kau kena berhutang dulu untuk berhutang dengan amaun yang lebih besar. Ini cukup-cukup bahaya.

Hati-hati bang.

 

3. Kebocoran identiti online

Aku tak pasti samada peminjam wang berlesen atau tidak berlesen ini benar-benar ikut undang-undang atau tidak dengan dengan Akta PDPA. Aku taklah mahu menuduh. Cuma adakah kau berani ambil risiko bahawa maklumat peribadi kau tak akan dijual?

Kalau aku, aku takut. Aku tak nak apa-apa sahaja tentang diri aku diketahui oleh syarikat peminjam yang lain.

Bahaya.

 

Akhir kata

Dalam memilih dan mencari penyedia pinjaman kecemasan segera online, kau perlu lebih berhati-hati. Janganlah sebab terdesak, kau main belasah semua perkara.

Fikirkan tentang masa depan. Fikirkan tentang keluarga dan anak-anak kau.

Aku cuma boleh doakan urusan kehidupan kau dipermudahkan.

Leave a Comment