Loan Motor AEON 2023 (Beli Motor Dengan AEON Credit Service)

Buat anda yang mungkin dah lama pasang impian untuk memiliki motosikal impian anda. Kini, anda boleh merealisasikannya melalui loan motor AEON.

Ya, semuanya bukan lagi satu mimpi. Apa yang penting adalah pastikan anda memenuhi semua maklumat yang diperlukan untuk proses permohonan yang lebih lancar. Kalau anda nak tahu lebih lanjut tentang pinjaman ini. Mari dapatkannya di sini.

Jemput baca perkongsian kami.

Loan motor AEON

Berikut merupakan jenis pelan pinjaman motor oleh AEON Credit Service yang boleh anda mohon.

Loan motor AEON (Pembiayaan Motosikal HP-i)

Produk pinjaman ini adalah salah satu kemudahan kewangan untuk membeli motosikal idaman yang ditawarkan kepada para pelanggan yang memerlukannya. Ia dijalankan berlandaskan syariah dengan menggunakan konsep Ijarah Thumma Al-Bai (AITAB).

Terdapat beberapa faedah yang akan anda perolehi daripada produk pembiayaan ini. Antaranya adalah tempoh kelulusan permohonan yang pantas, kadar bulanan yang menarik, pilihan tempoh ansuran yang fleksibel, pembiayaan sehingga 90%, bayaran pendahuluan minimum 10%, kaedah pembayaran balik percuma dengan pelbagai saluran pembayaran dan dikawal di bawah Akta Sewa Beli 1967.

Selain itu, dengan pinjaman ini anda boleh membeli motosikal baharu atau terpakai di bawah 250cc dengan caj kadar pinjaman yang dikenakan serendah 0.833% sebulan. Tempoh bayaran ansuran adalah dari 1 tahun sehingga 5 tahun untuk motorsikal baharu dan 1 tahun sehingga 4 tahun bagi motorsikal terpakai.

Seterusnya, anda juga layak untuk membeli motorsikal berkuasa tinggi (superbike) baharu atau terpakai dengan pelbagai jenama yang mempunyai 250cc dan ke atas. Caj kadar pinjaman yang dikenakan adalah serendah 0.40% sebulan. Manakala, untuk tempoh pembiayaan pula adalah dari 1 tahun sehingga 7 tahun.

Di samping itu, perlindungan takaful adalah wajib dan anda dikehendaki bertanggungjawab memastikan
kenderaan motor berada di bawah perlindungan takaful komprehensif sepanjang kenderaan berkenaan masih di dalam pinjaman sewa beli ini.

Sila ketahui secara ringkas mengenai Pembiayaan Motosikal HP-i melalui jadual di bawah:

 

Kadar pinjaman

Minimum 0.40% sehingga 0.833% sebulan

Tempoh pinjaman

Minimum 1 tahun sehingga maksimum 7 tahun

Jumlah pinjaman

Bergantung kepada jenis motosikal

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur minimum 18 tahun dan ke atas
  • Mempunyai pendapatan bulanan

*Sila rujuk kelayakan pada maklumat tambahan di bawah untuk lebih terperinci

Margin pinjaman

Sehingga 90%

Tempoh kelulusan

Dalam masa 3 hari waktu bekerja

 

Sila ketahui lebih lanjut mengenai loan motor AEON ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • Individu:
    1. Warganegara Malaysia.
    2. Berumur minimum 18 tahun dan ke atas.
    3. Pemohon hendaklah bekerja sekurang-kurangnya 6 bulan dalam pekerjaan semasa.
    4. Pendapatan kasar bulanan minimum RM1,050 untuk (WM) dan RM920 untuk (EM).
    5. Memberikan nombor telefon pejabat dan nombor telefon bimbit atau rumah adalah wajib.
    6. Seorang waris yang boleh dihubungi.
    7. Pemohon mesti boleh dihubungi
  • Bekerja Sendiri:
    1. Warganegara Malaysia.
    2. Berumur minimum 18 tahun dan ke atas.
    3. Pekerjaan semasa pemohon bekerja sendiri mestilah sekurang-kurangnya 1 tahun.
    4. Gaji bersih bulanan minimum RM1,000.
    5. Memberikan nombor telefon pejabat dan nombor telefon bimbit atau rumah adalah wajib.
    6. Seorang waris yang boleh dihubungi.
    7. Pemohon mesti boleh dihubungi.

 

Dokumen diperlukan

Antara dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan adalah:

  • Salinan kad pengenalan pemohon.
  • Salinan kad pengenalan rakan kongsi atau pengarah (jika berkaitan).
  • Salinan penyata pendapatan 3 bulan terkini.
  • Penyata akaun bank 3 bulan terkini atau buku simpanan.
  • Borang J dan borang pendaftaran perniagaan (Borang A dan D) (jika berkaitan).

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan Pembiayaan Motosikal HP-i?

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual bayaran balik bagi pinjaman ini. Sila rujuk halaman ini untuk maklumat lanjut.

Sekadar makluman, anda boleh membuat pembayaran balik pinjaman melalui beberapa kaedah seperti kemudahan auto debit, menerusi kaunter yang tersedia di (MBB, Alliance Bank, PBB, BSN, Senheng), mesin deposit tunai (CDM), MEPS Interbank GIRO di mana-mana bank yang mengambil bahagian dan melalui perbankan internet.

 

Di mana boleh memohon loan motor AEON ini?

Sekiranya anda berminat untuk memohon loan motor AEON ini untuk membeli motosikal anda. Anda boleh memohon secara manual dengan mengunjungi mana-mana cawangan atau kaunter AEON Credit Service berdekatan anda.

Untuk pertanyaan lanjut, sila layari laman web AEON Credit Service di sini aeoncredit.com.my.

 

Akhir kata

Sekian sahaja penulisan kami tentang loan motor AEON. Diharapkan perkongsian ini dapat memberikan informasi kepada anda yang nak beli motosikal.

Namun, sekiranya anda mungkin tidak berminat dengan pinjaman ini. Anda juga boleh cuba mohon loan motor Singer atau loan motor JCL.

Semoga bermanfaat.

1 thought on “Loan Motor AEON 2023 (Beli Motor Dengan AEON Credit Service)”

Leave a Comment