Loan Motor JCL 2023 (Beli Motor Pinjaman JCL Credit Leasing)

Kalau kau tak ada duit nak beli motor cash dan kau tak suka nak beli motor loan kedai, kau boleh cuba buat loan motor JCL. Lebih kurang sama dengan loan motor Singer.

Apa-apa pun, kau tengok dulu maklumat yang aku nak kongsi ini.

Siapa patut buat loan motor JCL?

Seperti yang aku kongsi sebelum ini, ramai orang tak lepas buat loan. Antaranya, mungkin kau yang sedang baca ini. Jadi, pinjaman dengan JCL ini sangat sesuai. Tapi, kau janganlah kecil hati atau rasa down bila bank tak approve loan kau.

Loan motor JCL ini adalah pinjaman dari JCL Credit Leasing Sdn Bhd. Bukan sahaja ada pinjaman untuk beli motosikal, JCL juga ada berikan perkhidmatan pinjaman peribadi. Kau jangan pula gatal tangan nak buat personal loan. Selesaikan dulu pinjaman untuk motor ini dulu.

 

Macam mana nak buat pinjaman JCL untuk beli motor?

Sebenarnya, kau kena berurusan dengan kedai motor juga. Pihak akan akan uruskan segalanya tentang pembelian motor kau nanti.

Kalau kedai motor itu hanya jual motor dan tak sediakan loan kedai, kau boleh ambil loan motor JCL.

Tapi kalau kedai motor itu jual motor dan ada sekali loan dengan kedai, kau boleh pilih samada mahu pinjam dengan kedai atau dengan JCL.

Pilihan di tangan kau.

Cuma aku tak pasti samada kedai boleh bagi zero down payment atau tidak. Kalau tak perlu bayar muka langsung, itu lebih baik. Cuma kau nanti akan berhutang lebih lama.

 

Dokumen diperlukan loan motor JCL

Dokumen yang diperlukan untuk permohonan pinjaman adalah seperti yang dinyatakan di bawah:

Pekerja yang ada gaji basic

  1. Salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  2. Slip gaji terkini (1 bulan)
  3. Bil utiliti seperti TNB, bil air dan lain-lain lagi
  4. Bukti bank boleh buat auto-debit setiap bulan

Pekerja yang hanya ada komisen

  1. Salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  2. Slip gaji terkini (3 bulan)
  3. Bil utiliti seperti TNB, bil air dan lain-lain lagi
  4. Penyata bank individu terkini (3 bulan)

Kerja sendiri

  1. Salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  2. Sijil SSM terkini
  3. Penyata bank syarikat terkini (6 bulan)
  4. Penyata bank individu terkini (3 bulan)
  5. Bil utiliti seperti TNB, bil air dan lain-lain lagi

 

Macam mana nak tahu status lulus loan JCL?

Selepas kau siap lengkapkan borang permohonan untuk beli motor dengan loan JCL, kau kena selalu follow-up dengan kedai. Ini kerana proses kelulusan bukan ambil masa 24 jam. Kadang-kadan boleh makan berhari-hari, malah berminggu-minggu.

Sebelum kau boleh dapatkan motor idaman kau, loan application perlu dapat approval terlebih dahulu daripada JCL. Selagi tak lulus, selagi itulah motor tak akan keluar.

Maka bersabarlah. Sabar itu kan manis?

 

Macam mana nak check balance loan JCL?

Katakan kau beli motor loan JCL berharga RM5,000. Kau bayar bulan-bulan RM300 dan kau sudah bayar selama 6 bulan. Macam mana nak check balance berapa lagi pinjaman?

Untuk memudahkan lagi urusan, kau cadangkan kau datang sendiri ke kedai yang kau beli motor tempohari. Tanya terus dengan kerani yang biasanya duduk dalam bilik berasingan yang ada aircond.

Minta dia siap-siap print statement loan JCL. Ambil gambar dengan handphone dan simpan untuk rujukan kau. Tak payah tanya lagi tentang baki pinjaman. Senang.

Apa keburukan beli motor dengan JCL Credit?

Sebenarnya, bermuamalat itu mudah. Kalau dah pinjam, bayar. Cuma aku tak nak masukkan bab patuh syariah atau tidak di sini. Masing-masing ada alasan tersendiri.

Cuma keburukan beli motor loan JCL ialah apabila kau tak bayar, motor kau akan kena tarik. Kalau dah kena tarik nanti, jangan pula kau kata loan JCL penipu. Sama macam kena tarik kereta bila tak langsaikan hutang bank. Jangan pula kau kata Maybank itu penipu. Sendiri pinjam, sendiri patut faham kena bayar dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Untuk keburukan-keburukan lain, aku tak berapa pasti. Kau kena tanya kawan-kawan yang pernah buat pinjaman dengan JCL. Minta review dari mereka.

 

Akhir kata

Aku harap maklumat ringkas tentang loan motor JCL ini akan memudahkan urusan kau beli motor. Apa pun sebab kau buat loan untuk beli motor, aku doakan semoga urusan kau sentiasa dipermudahkan.

Semoga Allah murahkan rezeki kau dan sentiasa tabah dan tenang menghadapi kehidupan yang sukar ini.

1 thought on “Loan Motor JCL 2023 (Beli Motor Pinjaman JCL Credit Leasing)”

Leave a Comment