Loan Motor Singer (Beli Motor Pinjaman Berjaya Credit)

Ya, inilah jenama Singer yang kau selalu nyanyi “Singer, menawan keluarga bahagia”. Kalau kau nak tahu, Singer ini bukan sekadar mesin jahit sahaja. Ada macam-macam fasiliti termasuklah skim ansuran bulanan yang mudah untuk pembelian motosikal. Kalau kau urgent nak pakai motor tapi tak ada duit nak beli motor cash; dan kau tak mahu beli motor loan dengan kedai, kau boleh cuba buat loan motor Singer atau juga dikenali dengan Berjaya Credit. Lebih kurang sama sahaja dengan loan motor JCL yang kami kongsikan sebelum ini.

Apa-apa pun, kau tengok dulu maklumat yang aku nak kongsi ini.

Siapa patut buat loan motor Singer?

Seperti yang aku kongsi sebelum ini, sebenarnya ramai orang tak lepas buat loan. Mungkin kau adalah salah seorang daripada yang pernah cuba buat loan dengan bank tapi tak lepas. Jadi, kiranya buat pinjaman dengan Singer adalah salah satu alternatif yang kau boleh cuba.

Loan motor Singer ini adalah pinjaman dari Berjaya Credit Sdn Bhd. Bukan sahaja ada pinjaman untuk beli motosikal, Berjaya Credit juga ada berikan perkhidmatan pinjaman peribadi. Kau jangan pula gatal tangan nak buat personal atau business loan. Selesaikan dulu pinjaman untuk motor ini dulu.

Macam mana nak buat pinjaman Singer untuk beli motor?

Sebenarnya, kau kena berurusan dengan kedai motor juga. Pihak akan akan uruskan segalanya tentang pembelian motor kau nanti.

Kalau kedai motor itu hanya jual motor dan tak sediakan loan kedai, kau boleh ambil loan motor Singer.

Tapi kalau kedai motor itu jual motor dan ada sekali loan dengan kedai, kau boleh pilih samada mahu pinjam dengan kedai atau dengan Singer.

Pilihan di tangan kau.

Cuma aku tak pasti samada kedai boleh bagi zero down payment atau tidak. Kalau tak perlu bayar muka langsung, itu lebih baik. Cuma kau nanti akan berhutang lebih lama.

Dokumen diperlukan loan motor Singer

Dokumen yang diperlukan untuk permohonan pinjaman adalah seperti yang dinyatakan di bawah:

Pekerja yang ada gaji basic

  1. Salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  2. Slip gaji terkini (1 bulan)
  3. Bil utiliti seperti TNB, bil air dan lain-lain lagi
  4. Bukti bank boleh buat auto-debit setiap bulan

Pekerja yang hanya ada komisen

  1. Salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  2. Slip gaji terkini (3 bulan)
  3. Bil utiliti seperti TNB, bil air dan lain-lain lagi
  4. Penyata bank individu terkini (3 bulan)

Kerja sendiri

  1. Salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  2. Sijil SSM terkini
  3. Penyata bank syarikat terkini (6 bulan)
  4. Penyata bank individu terkini (3 bulan)
  5. Bil utiliti seperti TNB, bil air dan lain-lain lagi

Macam mana nak tahu status lulus loan Singer?

Selepas kau siap lengkapkan borang permohonan untuk beli motor dengan loan Singer, kau kena selalu follow-up dengan kedai. Ini kerana proses kelulusan bukan ambil masa 24 jam. Kadang-kadan boleh makan berhari-hari, malah berminggu-minggu.

Sebelum kau boleh dapatkan motor idaman kau, loan application perlu dapat approval terlebih dahulu daripada Singer. Selagi tak lulus, selagi itulah motor tak akan keluar.

Maka bersabarlah. Sabar itu kan manis?

Macam mana nak check balance loan Singer?

Katakan kau beli motor loan Singer berharga RM5,000. Kau bayar bulan-bulan RM300 dan kau sudah bayar selama 6 bulan. Macam mana nak check balance berapa lagi pinjaman?

Untuk memudahkan lagi urusan, kau cadangkan kau datang sendiri ke kedai yang kau beli motor tempohari. Tanya terus dengan kerani yang biasanya duduk dalam bilik berasingan yang ada aircond.

Minta dia siap-siap print statement loan Singer. Ambil gambar dengan handphone dan simpan untuk rujukan kau. Tak payah tanya lagi tentang baki pinjaman. Senang.

 

Apa keburukan beli motor dengan Singer Credit?

Sebenarnya, bermuamalat itu mudah. Kalau dah pinjam, bayar. Cuma aku tak nak masukkan bab patuh syariah atau tidak di sini. Masing-masing ada alasan tersendiri.

Cuma keburukan beli motor loan Singer ialah apabila kau tak bayar, motor kau akan kena tarik. Kalau dah kena tarik nanti, jangan pula kau kata loan Singer penipu. Sama macam kena tarik kereta bila tak langsaikan hutang bank. Jangan pula kau kata Maybank itu penipu. Sendiri pinjam, sendiri patut faham kena bayar dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Untuk keburukan-keburukan lain, aku tak berapa pasti. Kau kena tanya kawan-kawan yang pernah buat pinjaman dengan Singer. Minta review dari mereka.

Akhir kata

Aku harap maklumat ringkas tentang loan motor Singer ini akan memudahkan urusan kau beli motor. Apa pun sebab kau buat loan untuk beli motor, aku doakan semoga urusan kau sentiasa dipermudahkan.

Semoga Allah murahkan rezeki kau dan sentiasa tabah dan tenang menghadapi kehidupan yang sukar ini.

Leave a Comment