Cara Semak Baki Pinjaman Peribadi BSN Online

Anda sampai ke sini sebab nak cari cara nak semak baki pinjaman peribadi BSN yang terkini kan? Iyalah, mestilah tertanya-tanya, “Berapa balance personal loan aku sekarang? Nampak dia punya baki tak kurang-kurang pun. Musykil juga.”

Jangan risau sangat. Jom kita check sama-sama.

Cara semak baki pinjaman peribadi BSN online

Nak kira sendiri berapa balance personal loan BSN, memang tak lah.

Bukan senang nak buat pengiraan.

Manalah kita nak ingat berapa dah bayar dan berapa baki setiap bulan kan?

Apa susah.

Perbankan Internet BSN kan ada.

Tak payah buang masa nak cari cara semak baki pinjaman peribadi BSN melalui SMS.

Memang tak ada.

Ikuti sahaja panduan di bawah ini:

  1. Sila layari online banking BSN di sini: https://www.mybsn.com.my
  2. Halaman utama MyBSN akan terpapar
  3. Log masuk mybsn.com.my seperti biasa
  4. Masukkan Username
  5. Sila sahkan Security Image seperti yang terpapar
  6. Masukkan Password
  7. Teruskan dengan menekan butang Login
  8. Sekiranya semuanya berjalan lancar, anda akan dapat masuk ke dalam sistem MyBSN
  9. Klik Account Overview
  10. Akan keluar paparan Account Overview seperti Savings Account, Credit Card, Financing Account, BSN SSP dan lain-lain
  11. Jika ada akaun pinjaman peribadi BSN, akaun tersebut akan dipaparkan di Financing Account
  12. Klik akaun pinjaman peribadi BSN tersebut
  13. Lihat paparan & semak baki pinjaman peribadi BSN anda
  14. Screenshot untuk simpanan dan rujukan jika perlu
  15. Selesai

 

Baki tinggal sedikit, boleh buat penyelesaian awal personal loan BSN tak?

Mestilah boleh.

Pastinya pihak BSN mengalu-alukan penyelesaian awal bagi pinjaman peribadi anda.

Cuma lain bank, lain caranya.

Tak sama.

Tapi, satu perkara yang anda perlu ambil tahu, semak dulu dengan pihak BSN samada penyelesaian awal atau full settlement personal loan BSN ini ada penalti atau tidak.

Ada jenis bank yang tak benarkan si peminjam bayar awal.

Iyalah, mestila bank nak makan interest dulu.

Kalau bayar awal, dah tak adalah income daripada interest kan?

Untuk penjelasan yang lebih pantas dan tuntas, lebih baik anda hubungi customer service BSN.

Ikuti cara-cara seperti di bawah:

Buat panggilan ke BSN di talian 1-300 88 1900

Tunggu sebentar sehingga panggilan anda dijawab

Apabila panggilan sudah dijawab, perkenalkan diri anda

Maklumkan tujuan anda buat panggilan adalah untuk bertanya tentang full settlement personal loan

Berikan nombor akaun pinjaman peribadi BSN anda

Jika tidak ingat, berikan nombor Kad Pengenalan

Jika perlu, pegawai di talian akan bertanyakan soalan untuk pengesahan

Untuk proses verifikasi, sila jawab soalan-soalan yang ditanya

Pegawai bank di talian akan buat semakan terlebih dahulu

Baki pinjaman peribadi anda akan diberitahu

Tanya pegawai bagaimana cara untuk buat early settlement

Tanya samada boleh guna bank transfer atau bayar menggunakan cheque

Tanya lagi adakah ada apa-apa dokumen diperlukan untuk pembayaran

Tanya juga samada peminjam perlu hantar surat rasmi bagi penyelesaian awal

Tanya pegawai apa masalah yang akan timbul jika tidak bayar mengikut baki amaun yang tertera

Ini kerana ada banyak kes peminjam perlu berulang-alik ke bank semata-mata untuk dapatkan baki yang berjumlah beberapa sen sahaja

Catat semua maklumat penting yang diberikan

Ini penting untuk elakkan membuang masa

Buat persediaan dan kumpulkan semua dokumen yang diperlukan

Hadirkan diri ke cawangan bank tersebut

Selesai

 

Baki banyak lagi, boleh kurangkan bayaran bulanan pinjaman peribadi BSN tak?

Kalau komitmen bulanan anda tinggi, anda mesti tercari-cari jalan keluar kan?

Bertenang.

Selalunya, memang ada cara untuk kurangkan bayaran bulanan pinjaman peribadi.

Kaedah ini dipanggil “refinance”.

Cuma anda perlu buat semakan terlebih dahulu samada pihak BSN menawarkan perkhidmatan ini atau tidak.

Ini kerana tak semua bank boleh buat refinance personal loan.

“Refinance” itu hanya boleh dibuat dalam bank yang sama.

Kami akan kemaskini samada pihak BSN mempunyai perkhidmatan refinance untuk pinjaman peribadi atau tidak.

 

Tak fahamlah, apa itu refinance pinjaman peribadi BSN?

Bagi tak tak faham, mesti nak tahu apa itu “refinance personal loan” kan?

Kalau dalam Bahasa Inggeris, “re” itu bermaksud “sekali lagi”.

Contohnya kalau “replay”, itu bermaksud “main sekali lagi”.

Kalau “refinance”, itu bermaksud “pinjam sekali lagi”.

Dalam bahasa yang mudah, refinance itu ialah situasi di mana anda tukarkan pinjaman peribadi sekarang kepada pinjaman lagi.

Katakan hutang dah nak habis, anda buat hutang lagi atas hutang tersebut.

Pening kan?

Apa tujuan sebenar buat refinance?

Sebenarnya, ramai orang pilih untuk buat refinance BSN adalah kerana dapat duit tunai.

Panjang kalau nak cerita.

Tapi lebih kurang begitulah.

Dalam terma perbankan, ia juga dipanggil overlap.

Refinance pinjaman perumahan atau pinjaman kereta itu biasa.

Tapi refinance personal loan BSN ini bukan satu perkara biasa di Malaysia.

Jarang-jarang orang buat, tapi memang ada.

Cuma ingin kami tegaskan, jangan berhutang lebih daripada kemampuan.

Sila tengok keadaan poket dan dompet sendiri.

Jangan sampai terjerat diri sendiri.

 

Macam mana kalau nak tahu lebih lanjut status personal loan BSN?

Ya, kami faham yang anda tak dapat semua maklumat yang anda nak dalam artikel ini.

Lagipun, kami bukannya pegawai bank BSN.

Of courselah pengetahun kami pun terbatas.

Kami sarankan anda terus datang ke mana-mana branch BSN
yang berdekatan.

Boleh terus tanya direct berkenaan refinance BSN, overlap, penyatuan dan penyelesaian hutang serta macam-macam lagi.

Boleh ikuti panduan di bawah:

  1. Sila hadir ke mana-mana cawangan BSN yang berhampiran
  2. Pastikan bawa Kad Pengenalan untuk pengesahan oleh pihak bank nanti
  3. Pastikan anda ingat nombor akaun pinjaman peribadi BSN anda
  4. Ambil nombor giliran
  5. Ambil tempat duduk
  6. Tunggu sementara nombor dipanggil
  7. Jika nombor giliran sudah tiba, pergi ke kaunter tersebut
  8. Serahkan IC supaya pegawai bank boleh buat pengesahan identiti
  9. Pegawai bertugas akan membuat semakan akaun pinjaman anda
  10. Beritahu tujuan anda samada untuk buat refinance, overlap atau full settlement
  11. Soalan-soalan anda akan dijawab oleh pegawai tersebut
  12. Selesai

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara semak baki pinjaman peribadi BSN ini akan memudahkan lagi urusan pembayaran balik anda.

Selagi belum langsai, jangan sesekali buat pinjaman BSN lagi.

Nasihat kami, selagi mampu bayar, bayarlah.

Jangan sesekali culas dalam membayar hutang.

Ingat, bayar hutang itu wajib.

Berdosa kalau sengaja tak nak bayar apa yang kita pinjam.

Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment