Public Islamic Bank MasterCard Gold Credit Card-i (Kad Kredit Islamik)

Aku tahu kau tengah dalam proses nak compare kad kredit Public Islamic Bank MasterCard Gold Credit Card-i. Nak tahu juga, apa kelebihan berbanding credit card lain kan?

Untuk kau, aku dah sediakan semua maklumat tentang kad kredit ini. Lepas ini, tak payah dah nak tanya “Credit card ni bagus ke? Yang tu ok tak?”

Berapa limit kad kredit Islamik Public Islamic Bank MasterCard Gold Credit Card-i?

Kami belum mempunyai maklumat berkenaan limit kad ini.

Akan dikemaskini sejurus menerima maklumat.

 

Berapa gaji minimum boleh mohon?

Gaji minimum yang dikenakan bagi membolehkan anda memohon kad kredit Islamik ini ialah RM2,000.

Secara ringkasnya, gaji kau perlu mencecah setidak-tidaknya RM24,000 untuk setahun.

 

Berapa interest rate?

Kadar faedah yang dikenakan untuk kad kredit ini ialah 15% setiap tahun (per annum).

 

Berapa bayaran minimum sebulan?

Bayaran minimum yang dikenakan adalah RM50 atau 5% daripada yuran tertunggak, iaitu mana-mana dengan nilai yang lebih tinggi.

 

Apa syarat & kelayakan untuk apply?

Syarat dan kelayakan yang perlu dipenuhi untuk membolehkan anda memohon kad kredit Islamik ini adalah seperti berikut:

  • Gaji minimum: RM24,000 setahun
  • Umur: 21 untuk kad utama
  • Umur: 18 tahun untuk kad tambahan
  • Sesiapa sahaja layak memohon kad kredit ini

 

Apa dokumen yang diperlukan?

Tidak dinyatakan secara terperinci dalam laman web Public Bank.

Walau bagaimanapun, sebagai jalan mudah, aku rasa mereka akan perlukan dokumen wajib seperti berikut:

Pekerja kerajaan  pekerja swasta

  • Salinan IC (kedua-kedua belah bahagian) atau Passport
  • Salinan slip gaji bagi 3 bulan terkini
  • Salinan penyata bank bagi 6 bulan terkini

Bekerja sendiri

  • Salinan IC (kedua-kedua belah bahagian) atau Passport
  • Income Tax Return (Form B/Latest EA form)
  • Salinan Business Registration Certificate/Trading License/ Form 9, Form 24, Form 49
  • Salinan penyata bank bagi 6 bulan terkini

 

Ada sumbangan waqaf kalau guna kad kredit ini?

Ya.

Public Islamic Bank Berhad akan membuat sumbangan kepada Yayasan Waqaf setiap bulan.

Amaun sumbangan untuk wakaf adalah 0.1% daripada urus niaga menjamu selera dan dihadkan pada RM100 sebulan dalam setiap kitaran penyata bulanan

Ini akan digabungkan antara akaun Utama dan Tambahan Public Islamic Bank.

Contonya, kalau kau berbelanja sebanyak RM800 untuk menjamu selera menggunakan Public Islamic Bank Visa Platinum dan RM800 menggunakan Public Islamic Bank Mastercard Emas bagi setiap kitaran penyata bulanan, amaun sumbangan wakaf kau ialah RM1.60.

 

Akhir kata

Aku harap perkongsian berkenaan Public Islamic Bank MasterCard Gold Credit Card-i ini akan memudahkan urusan permohonan credit card kau.

Kau kena ingat, keburukan kad kredit tetap ada. Walaupun ada banyak kebaikan, sentiasalah berjaga-jaga dalam berbelanja.

Pandai-pandailah menguruskan kewangan sendiri.

Jangan sampai berhutang.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Rujukan: https://www.publicislamicbank.com.my/Personal-Banking/Cards/Gold-Cards/Public-Islamic-Bank-Gold-MasterCard-Credit-Card-i

Leave a Comment