5 Keburukan Kad Kredit (Jaga Penggunaan, Jangan Bayar Minumum)

Ramai orang kata, mudah kalau ada kad kredit. Nak beli apa pun, boleh hutang dulu. Memang betul kebaikan kad kredit yang paling utama itu memudahkan. Tapi, kalau tidak diurus dengan betul, ia akan memudaratkan. Kami akan kongsikan beberapa keburukan kad kredit yang anda perlu tahu sebelum memohon dari AEON, BSN, CIMB, RHB dan lain-lain bank.

Keburukan kad kredit

Anda akan lebih boros

Ini adalah keburukan kad kredit yang paling ditakuti.

Penggunaan kad kredit boleh mewujudkan budaya berbelanja yang kurang sihat dan tidak terkawal. Pemegang kad kredit boleh berbelanja tanpa had kerana kemudahan kredit boleh digunakan pada bila-bila masa sehingga membuatkan pengguna berhutang dan berbelanja lebih daripada kemampuan.

Penggunaan yang tidak terkawal akan membawa kepada masalah hutang yang lebih besar dan menganggu sistem kewangan individu.

Janganlah sampai bayar down payment kereta menggunakan kad kredit yang jumlahnya beribu-ribu. Takut tak larat nak bayar hutang nanti.

Sebaliknya, jika sudah buat kajian dan perbandingan insurans kereta paling murah, bolehlah gunakan kad kredit itu.

 

Caj tinggi, tak masuk akal

Kadar faedah yang dikenakan sangat tinggi iaitu sehingga 2 peratus sebulan bersamaan 24 peratus sebulan.

Faedah boleh meningkat apabila pengguna tidak membayar bil kad kredit sepenuhnya dalam tempoh yang ditetapkan pada setiap bulan.

Jumlah ini akan semakin meningkat dari semasa ke semasa.

 

Bukan semua kedai terima kad kredit

Tidak semua peniaga menerima pembelian secara kredit terutama kedai biasa atau kedai kecil.

Justeru, lokasi yang boleh dikunjungi oleh pemegang kad kredit adalah terhad memandangkan pemegang kad kredit mungkin menghadapi masalah sekiranya tempatyang dikunjungi menolak penggunaan kad kredit.

Contohnya, jika anda menggunakan kad kredit American Express dari Maybank, tidak semua stesen minyak menerimanya. Lebih baik menggunakan samada VISA atau Master Card sahaja.

Apa pun, lebih baik guna e-wallet seperti Boost, Touh n Go dan lain-lain.
 

Takut kena scam oleh scammer

Mudah digunakan juga merupakan keburukan kad kredit. Aapabila sesebuah kad kredit hilang, ia boleh digunakan oleh individu yang menjumpainya dengan mudah.

Contohnya, untuk mengisi minyak kerana tandatangan pemilik tidak diperlukan untuk isi minyak menggunakan kad kredit.

 

Boleh jadi muflis

Kalau hutang semakin bertambah, ada kemungkinan anda tidak dapat membayar langsung. Gaji masuk, bayar minimum, sampai bila mahu habis.

Jadi, jika semakin banyak faedah yang perlu dibayar berserta gaji pokok, hutang juga semakin menimbun. Jika tidak dapat bayar langsung, akan boleh diisytiharkan muflis.

 

Akhir kata

Kami sarankan anda fikir masak-masak sebelum buat apa-apa permohonan kad kredit. Jangan mudah percaya dengan orang lain.

Leave a Comment