Cara Print Statement Ambank Online (amonline.com.my)

Aku tahu, kau sekarang tengah tercari-cari cara macam mana nak print statement Ambank kan? Google sana, Google sini, tapi masih tak jumpa.

Jangan risau, aku akan kongsikan dengan kau.

Cara Print Statement Ambank Online

Untuk dapatkan penyata Ambank, kau perlu ada Internet Banking Ambank. Kalau tidak, memang tak boleh login sistem.

Ini langkah-langkah ringkas untuk kau download dan print statement Ambank.

  1. Layari laman web rasmi AmBank di sini: https://ambank.amonline.com.my/web/
  2. Kau kini berada di laman utama Perbankan Internet AmBank
  3. Login ambank.amonline.com.my seperti biasa
  4. Masukkan Username
  5. Sahkan gambar keselamatan iaitu Security Image yang terpapar
  6. Masukkan Password
  7. Tekan Login
  8. Kalau semuanya berjalan lancar, kau akan masuk ke dalam dashboard AmOnline
  9. Klik Savings/Current Accounts
  10. Klik eStatement
  11. Pilih tarikh atau bulan yang dikehendaki
  12. Download statement AmBank yang dikehendaki
  13. Buka penyata yang dimuat turun sebentar tadi dalam format PDF
  14. Untuk mencetak, pastikan ada sambungan ke printer
  15. Tekan butang Print
  16. Selesai

Jangan kau buat-buat terkejut tengok baki duit simpanan Ambank kau yang tak berapa banyak itu.

 

Macam Mana Cara Print Mini Statement Ambank di ATM?

Ya, memang ada cara untuk kau dapatkan statement Ambank melalui ATM.

Selalunya, ia dipanggil penyata mini Ambank.

Walau bagaimanapun, penyata mini ini tidak boleh digunakan untuk apa-apa permohonan yang bakal dikemukakan sebagai dokumen sokongan.

Penyata mini Ambank hanyalah sekadar untuk rujukan peribadi.

Memandangkan aku tak ada akaun bank Ambank, aku tak dapat tunjukkan secara terperincin.

Namun, kau boleh ikuti panduan umum ini:

  1. Cucuk kad ATM Ambank
  2. Masukkan nombor PIN
  3. Cuba cari fungsi Penyata Mini atau Mini Statement
  4. Jika ada, pilih Penyata Mini atau Mini Statement
  5. Kertas resit kecil akan dicetak dan keluar melalui ATM
  6. Selesai

 

Boleh Download Penyata Guna Aplikasi AmOnline?

Ya, memang boleh.

Cuma aku tak rajin nak tulis guide Ambank ini sebab caranya agak renyah.

Kena download apps Ambank, login, klik sana, klik sini.

Leceh.

Tapi kalau kau rajin, boleh sahaja cuba cara untuk dapatkan statement Ambank guna apps iPhone dan Android.

 

Kenapa Perlu Print Statement Ambank Terkini?

Ada banyak sebab seseorang itu memerlukan penyata terkini Ambank.

Selalunya, mereka-mereka ini mahukan statement Ambank untuk membuat permohonan pinjaman kereta, pinjaman rumah ataupun pinjaman peribadi Ambank.

Ini kerana bank-bank seperti Ambank perlu mengesahkan pendapatan kau.

Takkan Ambank nak bagi kau pinjam duit tapi kau tak ada gaji bulanan.

Ini penting bagi Ambank untuk pastikan kau mampu bayar komitmen bulanan.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara print statement Ambank secara online dan juga melalui ATM ini akan memudahkan lagi urusan perbankan kau.

Aku juga doakan agar urusan permohonan kau menggunakan penyata bank Ambank ini sebagai dokument sokongan akan diluluskan.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment