Pinjaman Veteran Tentera

Selain berkongsi maklumat berkenaan pinjaman peribadi, kami di MyPinjaman2u juga berusaha memberikan maklumat tentang pinjaman-pinjaman lain seperti untuk veteran tentara. Bagi yang tidak tahu, pada tahun 2016, TEKUN Nasional ada melaksanakan Program Pembangunan Usahawan bagi membantu bekas anggota tentera yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan. Program TEKUN ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan hal Ehval Veteran Angkatan Tentera dan PERHEBAT. TEKUN Nasional akan menyediakan pembiayaan modal perniagaan kepada bekas tentera yang betul-betul berminat untuk menjalankan perniagaan.

Syarat kelayakan pinjaman veteran tentera TEKUN

Berikut adalah beberapa syarat kelayakan asas untuk memohon pembiayaan TEKUN:

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia dan Bumiputera
  • Terdiri daripada bekas tentera yang berpencen dan tidak berpencen
  • Berumur 18-60 tahun sahaja
  • Pasangan dan anak di kalangan bekas tentera juga boleh dipertimbangkan
  • Kemudahan pinjaman ulangan / bertidih bagi peminjan sedia ada TEKUN Nasional
  • Kemudahan pinjaman untuk pemohonyang separuh masa menjalankan perniagaan
  • Jumlah pinjaman adalah sehingga RM100,000
  • Tempoh bayaran balik pinjaman adalah sehingga 10 tahun
  • Pinjaman tanpa penjamin dan cagaran
  • Kadar simpana 5% setahun daripada jumlah pembiayaan

 

Dokumen proses permohonan pinjaman

Berikut pula adalah senarai dokumen yang diperlukan untuk memohon pembiayaan TEKUN:

  • Borang permohonan pinjaman TEKUN yang telah lengkap diisi
  • Borang maklumat asas perniagaan yang telah lengkap diisi
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan
  • 1 keping gambar berukuran passport
  • Lesen / permit / pendaftaran perniagaan yang sah
  • 1 keping gambar premis / tempat perniagaan
  • Salinan buku simpanan / penyata bank (3 bulan terakhir)
  • Salinan bil utiliti premis / rumah seperti bil air, elektrik dan telefon
  • Sebut harga tujuan pinjaman
  • Salinan buku perkhidmatan yang disahkan oleh PERHEBAT atau JHEV

Semoga urusan anda sentiasa dipermudahkan.

Leave a Comment