Pinjaman Peribadi Standard Chartered 2023 (Untuk Kakitangan Swasta)

Standard Chartered adalah merupakan syarikat perbankan dan kewangan multinasional Inggeris yang telah memberikan perkhidmatan di seluruh negara termasuklah Malaysia. Kalau anda nak tahu, pinjaman peribadi Standard Chartered turut ditawarkan kepada anda yang berkelayakan untuk memohon.

Walaupun sebelum ini anda mungkin tidak familiar dengan pinjaman peribadi yang disediakan oleh Standard Chartered. Tetapi, melalui artikel ini kami akan menjelaskan kepada anda serba sedikit informasi yang perlu anda tahu mengenai produk pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh Standard Chartered.

Izinkan kami berkongsi.

Pinjaman peribadi Standard Chartered

Berikut merupakan jenis produk pinjaman peribadi yang ditawarkan.

1. Pinjaman peribadi Standard Chartered CashOne

Produk pinjaman ini adalah tidak bercagar yang berfungsi bersama dengan penggunaan kad kredit. Selain itu, ia terbuka kepada semua sektor pekerjaan seperti kakitangan GLC, kerajaan, swasta mahupun anda yang bekerja sendiri. Melalui pinjaman ini, anda boleh memohon pinjaman dalam amaun minimum RM1,000 sehingga mencecah RM250,000.

Di samping itu, anda akan diberikan tempoh pinjaman dari 1 tahun sehingga 7 tahun dengan kadar faedah kompetitif serendah 5.50% setahun. Anda juga tidak akan dikenakan sebarang caj tersembunyi dengan bayaran bulanan yang rendah.

Apa yang menarik tentang pinjaman ini adalah setiap kali anda membuat pembayaran balik pinjaman bulanan anda, jumlah prinsipal yang dibayar akan ditukar kepada had kad kredit untuk anda belanjakan.

Sila ketahui secara ringkas mengenai pinjaman ini melalui jadual di bawah:

 

Kadar faedah

 5.50% setahun

Tempoh pinjaman

1 tahun hingga 7 tahun

Jumlah pinjaman

RM1,000 hingga RM250,000

Sektor pekerjaan

  • Sektor kerajaan
  • Sektor swasta
  • Kakitangan GLC
  • Bekerja sendiri

Kelayakan

  • Minimum berumur 21 tahun sehingga maksimum 60 tahun.
  • Warganegara Malaysia
  • Pemegang PR yang menetap di Malaysia (jika berkaitan)
  • Menerima pendapatan kasar bulanan minimum RM3,000 atau RM36,000 setahun

Tempoh kelulusan

1 hingga 7 hari waktu bekerja

 

Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman peribadi ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Berikut merupakan syarat dan kelayakan yang ditetapkan:

  • Minimum berumur 21 tahun sehingga maksimum 60 tahun.
  • Warganegara Malaysia.
  • Pemegang PR yang menetap di Malaysia (jika berkaitan).
  • Menerima pendapatan kasar bulanan minimum RM3,000 atau RM36,000 setahun.
  • Pemegang kad kredit mana-mana bank atau mempunyai sejarah pinjaman peribadi, pinjaman kereta atau pinjaman rumah selama lebih daripada 2 tahun.

 

Dokumen diperlukan

Antara dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan adalah:

  • Salinan kad pengenalan.
  • Salinan pasport (jika berkaitan).
  • Penyata KWSP terkini.
  • Salinan slip gaji terkini.
  • Borang dan resit berkaitan cukai (pilihan dan jika berkaitan).
  • Salinan sijil pendaftaran perniagaan SSM (pilihan dan jika berkaitan).
  • Penyata akaun bank syarikat (pilihan dan jika berkaitan).
  • Lain-lain dokumen sokongan pendapatan (jika berkaitan).

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman peribadi Standard Chartered CashOne?

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik bagi pinjaman ini. Sila rujuk halaman ini untuk maklumat lanjut.

 

Di mana boleh memohon pinjaman peribadi ini?

Sekiranya anda berminat untuk membuat permohonan pinjaman peribadi Standard Chartered ini. Anda boleh mohon secara walk-in dengan mengunjungi mana-mana cawangan Standard Chartered berhampiran anda.

Anda juga boleh terus membuat permohonan secara online melalui laman web utama Standard Chartered.

 

2. CashOne Debt Consolidation Plan

Pinjaman peribadi ini adalah ditawarkan khas untuk pelanggan yang ingin menggabungkan hutang anda setiap bulan tanpa banyak bebanan. Antara kelebihan yang akan anda perolehi melalui produk pinjaman ini adalah dapat menyatukan sehingga 5 kemudahan kredit tidak bercagar daripada bank lain, mampu menguruskan kewangan anda dengan lebih baik melalui satu akaun sahaja dan menikmati proses permohonan yang mudah, cepat serta tanpa kerumitan.

Melalui pinjaman ini, anda tidak perlu menyediakan sebarang cagaran atau penjamin dan boleh memohon pinjaman dari minimum RM5,000 dan ke atas. Tempoh pinjaman yang diberikan pula adalah dari 1 tahun sehingga 7 tahun tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak Standard Chartered. Walau bagaimanapun, produk ini hanya ditawarkan kepada kakitangan di sektor swasta.

Sila ketahui secara ringkas mengenai pinjaman ini melalui jadual di bawah:

 

Kadar faedah

 –

Tempoh pinjaman

1 tahun hingga 7 tahun

Jumlah pinjaman

Minimum RM5,000 dan ke atas

Sektor pekerjaan

Sektor swasta

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Minimum berumur 21 tahun sehingga maksimum 60 tahun
  • Pemegang PR yang menetap di Malaysia (jika berkaitan)
  • Menerima pendapatan kasar bulanan minimum RM3,000 atau RM36,000 setahun
  • Pemegang kad kredit mana-mana bank atau mempunyai sejarah pinjaman peribadi, pinjaman kereta atau pinjaman rumah selama lebih daripada 2 tahun

Tempoh kelulusan

1 hingga 7 hari waktu bekerja

 

Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman peribadi ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Berikut merupakan syarat dan kelayakan yang ditetapkan:

  • Warganegara Malaysia.
  • Minimum berumur 21 tahun sehingga maksimum 60 tahun.
  • Berkhidmat di sektor swasta.
  • Pemegang PR yang menetap di Malaysia (jika berkaitan).
  • Menerima pendapatan kasar bulanan minimum RM3,000 atau RM36,000 setahun.
  • Pemegang kad kredit mana-mana bank atau mempunyai sejarah pinjaman peribadi, pinjaman kereta atau pinjaman rumah selama lebih daripada 2 tahun.

 

Dokumen diperlukan

Antara dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan adalah:

  • Salinan kad pengenalan.
  • Salinan pasport (jika berkaitan).
  • Penyata EPF terkini.
  • Slip gaji terkini.
  • Penyata kad kredit terkini atau penyata penebusan pinjaman peribadi atau pembiayaan daripada bank lain.

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman peribadi Standard Chartered CashOne Debt Consolidation Plan?

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik bagi pinjaman ini. Sila rujuk halaman ini untuk maklumat lanjut.

 

Di mana boleh memohon pinjaman peribadi ini?

Sekiranya anda berhasrat untuk membuat permohonan pinjaman peribadi Standard Chartered ini. Anda boleh hadir di mana-mana cawangan Standard Chartered berhampiran anda.

Anda juga boleh terus membuat permohonan secara atas talian melalui laman web utama Standard Chartered.

 

Akhir kata

Ini sahaja informasi mengenai pinjaman peribadi Standard Chartered yang dapat kami senaraikan untuk anda. Untuk anda yang bekerja di sektor kerajaan, anda juga boleh cuba mohon pinjaman kecemasan kakitangan kerajaan jika anda tidak berminat dengan pinjaman peribadi ini.

Diharapkan perkongsian kami mengenai pinjaman peribadi ini dapat membantu memudahkan urusan keperluan kewangan anda untuk apa jua tujuan.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment