Pinjaman Mikro Kredit Hijrah Selangor 2023 (Skim Zero To Hero)

Khusus untuk golongan yang tidak berkemampuan tetapi ingin memulakan perusahaan mikro. Anda mungkin boleh cuba mohon pinjaman mikro kredit Hijrah Selangor ini.

Namun begitu, suka kami ingatkan bahawa skim pembiayaan dari Hijrah Selangor ini hanya dikhususkan untuk mereka yang lahir atau sudah lama bermastautin di negeri Selangor. Jadi, jika anda tidak tergolong di dalam kategori ini. Anda boleh cuba semak pembiayaan untuk perniagaan seperti pinjaman perniagaan Bank Rakyat dan banyak lagi.

Tetapi, jika anda layak dan berminat untuk memohon skim pinjaman mikro kredit dari Hijrah Selangor. Mari ketahuinya melalui artikel ini.

Jemput baca perkongsian kami.

Pinjaman mikro kredit Hijrah Selangor

Berikut merupakan jenis skim pinjaman mikro kredit yang ditawarkan oleh Hijrah Selangor untuk anda mohon.

1. Pinjaman mikro kredit Hijrah Selangor (Skim Zero to Hero)

Skim ini merupakan pinjaman dalam bentuk pakej perniagaan yang mensasarkan golongan individu berpotensi. Sebagai contoh, individu yang berhasrat untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan di bawah bimbingan, latihan dan pemantauan oleh syarikat peneraju yang dilantik.

Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa jenis pakej perniagaan khusus yang ditawarkan. Antaranya adalah perniagaan bakeri, barber atau dandanan rambut, kraftangan, solekan profesional, deko kreatif, jahitan, makanan dan minuman, perkhidmatan, servis digital dan mobile spa atau bekam.

Melalui pinjaman ini, anda boleh memohon jumlah pembiayaan sehingga RM10,000 dengan tempoh bayaran balik pinjaman sehingga 3 tahun. Selain itu, caj kadar pekhidmatan atau pinjaman yang dikenakan adalah sebanyak 8% setahun. Seterusnya, pinjaman ini menuntut individu peminjam untuk membuat bayaran balik secara mingguan dan wajib membuat tabungan.

Sila ketahui secara ringkas mengenai Skim Zero to Hero melalui jadual di bawah:

 

Kadar pinjaman

8% setahun

Tempoh pinjaman

Sehingga 3 tahun

Jumlah pinjaman

Sehingga RM10,000

Sektor pekerjaan

  • Individu
  • Semua kaum

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Rakyat negeri Selangor
  • Telah bermastautin di Selangor sekurang-kurangnya 5 tahun dan ke atas

*Sila rujuk kelayakan pada maklumat tambahan di bawah untuk lebih terperinci

Margin

Tidak dinyatakan

 

Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman mikro kredit Hijrah Selangor ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Rakyat negeri Selangor.
  • Telah bermastautin di Selangor sekurang-kurangnya 5 tahun dan ke atas.
  • Mengundi dalam negeri Selangor.
  • Berumur minimum 18 tahun sehingga maksimum 65 tahun.
  • Mempunyai minat dan semangat untuk berniaga.
  • Bersedia untuk dibimbing.

 

Dokumen diperlukan

Antara dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan adalah:

  • Salinan kad pengenalan pemohon.
  • 2 keping gambar pemohon berukuran pasport.
  • Salinan penyata akaun bank atau muka depan buku akaun yang menunjukkan nombor akaun pemohon.
  • Salinan bil utiliti tempat tinggal pemohon.

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan Skim Zero to Hero?

Bagi memudahkan anda untuk membuat bayaran balik pinjaman ini secara konsisten. Sila rujuk halaman ini sebagai panduan.

 

Di mana boleh memohon pinjaman mikro kredit Hijrah Selangor ini?

Sekiranya anda berminat untuk memohon pembiayaan ini. Anda boleh mohon dengan menghubungi talian 03-5519 1692. Selain itu, anda juga boleh terus membuat permohonan secara online melalui pautan di halaman ini hijrahselangor.com.

 

2. Pinjaman mikro kredit Hijrah Selangor (Skim Niaga Darul Ihsan “NADI”)

Skim ini menawarkan pinjaman dalam bentuk kewangan kepada individu berkumpulan yang berhasrat untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dan terkesan kerana pandemik Covid-19 serta usahawan yang tidak mempunyai lesen perniagaan bagi mendapatkan modal pusingan untuk perniagaan.

Melalui pinjaman ini, anda boleh memohon jumlah pembiayaan dari RM1,000 sehingga RM5,000 dengan tempoh bayaran balik pinjaman minimum 6 bulan sehingga maksimum 3 tahun iaitu secara mingguan. Caj kadar perkhidmatan atau pinjaman yang dikenakan pula adalah sebanyak 8% setahun. Walau bagaimanapun, skim ini memerlukan peminjam yang terdiri daripada wanita yang mewakili isi rumah.

Sila ketahui secara ringkas mengenai Skim NADI melalui jadual di bawah:

 

Kadar pinjaman

8% setahun

Tempoh pinjaman

6 bulan sehingga 3 tahun

Jumlah pinjaman

RM1,000 sehingga RM5,000

Sektor pekerjaan

Individu berkumpulan

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Merupakan rakyat kelahiran Selangor
  • Telah bermastautin di negeri Selangor lebih dari 5 tahun

*Sila rujuk kelayakan pada maklumat tambahan di bawah untuk lebih terperinci

Margin

Tidak dinyatakan

 

Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman mikro kredit Hijrah Selangor ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Merupakan rakyat kelahiran Selangor.
  • Telah bermastautin di negeri Selangor lebih dari 5 tahun.
  • Mengundi dalam negeri Selangor.
  • Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun sehingga 65 tahun.
  • Terdiri daripada pemohon wanita yang mewakili isi rumah.
  • Pelaksanaan dalam bentuk kumpulan iaitu 3 orang berkumpulan.
  • Bersetuju menubuhkan kumpulan.

 

Dokumen diperlukan

Antara dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan adalah:

  • Salinan kad pengenalan pemohon.
  • 2 keping gambar pemohon berukuran pasport.
  • Salinan penyata akaun bank.
  • Salinan muka depan buku akaun yang menunjukkan nombor akaun pemohon.

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman mikro kredit Hijrah Selangor (Skim NADI)?

Bagi memudahkan anda untuk membuat bayaran balik pinjaman ini secara konsisten. Sila rujuk halaman ini sebagai panduan.

 

Di mana boleh memohon pinjaman mikro kredit Hijrah Selangor ini?

Sekiranya anda bercita-cita untuk memohon pembiayaan ini. Anda boleh membuat permohonan dengan menghubungi talian 03-5519 1692. Di samping itu, anda juga boleh terus membuat permohonan secara online melalui pautan di halaman ini hijrahselangor.com.

 

3. (Program SITHAM)

Program SITHAM merupakan program bantuan untuk membangunkan golongan usahawan india yang tidak berpengetahuan luas atau tidak bernasib baik yang ada di negeri Selangor.

Tujuan program seperti ini diadakan adalah untuk meningkatkan taraf kehidupan dan ekonomi masyarakat india dengan menjana pendapatan melalui kemahiran yang mereka punyai. Selain itu, ia juga boleh dijadikan sebagai salah satu platform untuk usahawan dalam masyarakat india yang mempunyai potensi menjadi usahawan mikro dengan menjalani latihan.

Terdapat beberapa jenis kursus atau latihan di bawah program ini. Antaranya adalah pembangunan usahawan, kemahiran dan pembuatan dan bimbingan perniagaan (GROW). Di samping itu, bantuan peralatan perniagaan (GERAN) turut ditawarkan.

Sila semak halaman ini untuk maklumat lanjut berkenaan program atau lawati laman web Hijrah Selangor di sini hijrahselangor.com.

 

Akhir kata

Sampai di sini sahaja penulisan kami mengenai pinjaman mikro kredit Hijrah Selangor yang dapat kami berikan kepada anda. Kalau diikutkan, jenis-jenis pinjaman yang kami telah senaraikan di atas bukanlah 100% di dalam kategori pinjaman mikro kredit. Namun, skim-skim tersebut turut boleh membantu golongan yang memerlukan untuk menjadi usahawan.

Diharapkan dengan perkongsian yang tidak seberapa ini mampu memberikan faedah kepada anda semua.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment