Pinjaman Mikro Bank Muamalat 2023 (Mohon Secara Atas Talian)

Pinjaman mikro Bank Muamalat mungkin boleh menjadi salah satu pilihan untuk membuat pembiayaan bagi perusahaan anda. Tambahan lagi, Bank Muamalat adalah antara bank di Malaysia yang menawarkan pelbagai skim pinjaman untuk membantu golongan yang memerlukan walaupun ketika pandemik melanda.

Jadi, dari situ juga telah terbukti bahawa produk-produk pinjaman dari Bank Muamalat adalah antara yang terbaik. Oleh itu, jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang pinjaman mikro oleh Bank Muamalat. Ikuti penulisan kami di dalam artikel ini.

Jemput baca perkongsian kami.

Pinjaman Mikro Bank Muamalat

Berikut merupakan jenis produk pinjaman mikro yang disediakan oleh Bank Muamalat yang anda boleh mohon.

PENJANA Tourism Financing (PTF)

Produk ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membantu sektor pelancongan. Tujuan PTF ini dilaksanakan adalah sebagai modal kerja dan perbelanjaan modal untuk menyokong Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan perusahaan mikro di Malaysia terutamanya dalam sektor pelancongan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memelihara kapasiti dan membantu usahawan PKS dan mikro menyesuaikan diri supaya dapat terus kekal berdaya saing walaupun selepas dilanda pandemik.

Melalui pinjaman ini, anda boleh memohon pembiayaan sehingga RM300,000 untuk PKS dan sehingga RM75,000 bagi perusahaan mikro. Tempoh bayaran balik pinjaman adalah sehingga 7 tahun dengan caj kadar pembiayaan adalah sebanyak 3.5% setahun termasuk fi jaminan.

Sila ketahui secara ringkas mengenai PENJANA Tourism Financing (PTF) melalui jadual di bawah:

 

Kadar pinjaman

3.5% setahun termasuk fi jaminan

Tempoh pinjaman

Sehingga 7 tahun

Jumlah pinjaman

  • Sehingga RM300,000 untuk PKS
  • Sehingga RM75,000 untuk perusahaan mikro

Sektor pekerjaan

  • Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
  • Perusahaan mikro

Kelayakan

  • Dimiliki sepenuhnya oleh warganegara Malaysia
  • PKS dan perusahaan mikro seperti yang ditakrifkan oleh SME Corp Malaysia pada masa permohonan

*Sila rujuk kelayakan pada maklumat tambahan di bawah untuk lebih terperinci

Margin Tidak dinyatakan

 

Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman mikro Bank Muamalat melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • Dimiliki sepenuhnya oleh warganegara Malaysia.
  • PKS sama ada Sdn Bhd, milikan tunggal, perkongsian atau perkongsian liabiliti (terhad dalam teras pelancongan dan sektor berkaitan pelancongan). 
  • PKS dan perusahaan mikro seperti yang ditakrifkan oleh SME Corp Malaysia pada masa permohonan.
  • Dilesenkan atau berdaftar dengan MOTAC.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 51% saham dipegang.

PERHATIAN

*Di bawah merupakan jenis-jenis sektor pelancongan dan berkaitan yang layak memohon pinjaman ini:

  1. Pelancongan teras:
    •  Premis penginapan pelancongan.
    •  Agensi pelancongan dan operator pelancongan.
    •  Pengangkutan untuk pelancong.
  2. Sektor berkaitan pelancongan:
    • Pelancongan perubatan.
    • Ekosistem MICE (Mesyuarat, Insentif, Persidangan, Pameran).
    • Perniagaan perkhidmatan wang.
    • Peruncitan, rekreasi dan kesihatan berkaitan pelancongan yang boleh mewajarkan pergantungan yang ketara kepada pelancong.

 

Dokumen diperlukan

Antara dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan adalah:

  • Sijil pendaftaran dengan SSM, negeri atau perbandaran.
  • Salinan kad pengenalan pemilik syarikat atau pengarah.
  • Bukti menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 2 tahun dengan mencatatkan keuntungan minimum 1 tahun.
  • Penyata bank 6 bulan terkini untuk PKS.
  • Penyata bank 1 tahun terkini untuk perusahaan mikro.
  • Borang kebenaran yang ditandatangani dengan perakuan untuk menyemak rekod kredit pemohon.

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan PENJANA Tourism Financing (PTF)?

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual bayaran balik bagi pinjaman ini. Sila rujuk halaman ini untuk maklumat lanjut.

 

Di mana boleh memohon pinjaman mikro Bank Muamalat ini?

Sekiranya anda berminat untuk memohon pembiayaan ini bagi perusahaan anda. Anda boleh memohon secara manual dengan mengunjungi mana-mana cawangan Bank Muamalat berdekatan anda.

Di samping itu, anda juga boleh terus membuat permohonan secara online di laman web Bank Muamalat di sini muamalat.com.my.

 

Akhir kata

Sekian sahaja maklumat mengenai pinjaman mikro Bank Muamalat yang dapat kami berikan kepada anda. Diharapkan dengan perkongsian yang tidak seberapa ini juga mampu menyumbangkan faedah kepada masa depan perusahaan anda yang lebih maju.

Sekadar makluman, anda juga boleh cuba semak pinjaman perniagaan Bank Rakyat sekiranya anda tidak berminat dengan produk pembiayaan mikro dari Bank Muamalat ini. Kami doakan agar urusan perniagaan anda akan sentiasa dipermudahkan walau dalam apa jua keadaan.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment