Pinjaman Mikro Alliance Bank 2023

Terdapat pelbagai jenis pembiayaan yang dikhaskan untuk bantu usahawan di Malaysia. Salah satu darinya adalah pinjaman mikro Alliance Bank.

Untuk anda yang masih belum jelas, pinjaman mikro adalah salah satu kemudahan kewangan yang akan disalurkan kepada golongan usahawan Perusahaan Mikro yang terdiri daripada peminjam yang tidak berkemampuan dan kekurangan cagaran. Dengan adanya pembiayaan seperti ini, ia dapat meramaikan lagi usahawan dan meringankan tanggungan peminjam.

Oleh itu, produk pinjaman mikro dari Alliance Bank ini mungkin menjadi sumber dana yang mampu memberikan faedah kepada usahawan yang memerlukan. Mari ketahui selanjutnya di dalam artikel ini.

Jemput baca perkongsian kami.

Pinjaman mikro Alliance Bank

Berikut merupakan jenis produk pembiayaan mikro yang ditawarkan oleh Alliance Bank.

1. Pinjaman mikro Alliance Bank (Disaster Relief Facility “DRF”)

Produk ini dilaksanakan untuk meringankan beban kewangan Perusahaan Mikro dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terkesan akibat banjir dan membolehkan mereka meneruskan perniagaan serta beroperasi seperti biasa. Melalui pinjaman ini, anda dapat membaikpulih atau menggantikan aset untuk perjalanan perniagaan yang lancar. Sebagai contoh, penggantian mesin-mesin yang telah rosak akibat banjir atau bencana alam.

Pinjaman ini tidak boleh digunakan untuk tujuan peribadi atau aktiviti yang tidak berkaitan keperluan perusahaan. Selain itu, anda boleh memohon pembiayaan sehingga RM150,000 untuk Perusahaan Mikro dan sehingga RM700,000 bagi PKS. Seterusnya, tempoh bayaran balik pinjaman adalah sehingga 7 tahun dengan caj kadar pinjaman yang dikenakan adalah sehingga 3.5% setahun.

Di samping itu, sebanyak 80% perlindungan jaminan akan dicaj pada yuran jaminan 0.5% setahun.

Sila ketahui secara ringkas mengenai Disaster Relief Facility (DRF) melalui jadual di bawah:

Kadar pinjaman 3.5% setahun
Tempoh pinjaman Sehingga 7 tahun
Jumlah pinjaman
  • Sehingga RM150,000 untuk Perusahaan Mikro
  • Sehingga RM700,000 untuk PKS
Sektor pekerjaan
  • Perusahaan Mikro
  • Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Kelayakan
  • Warganegara Malaysia
  • Perusahaan Mikro dan PKS terjejas banjir yang terletak di daerah yang dikenalpasti Agensi Pengurusan Bencana Negara sebagai kawasan bencana

*Sila rujuk kelayakan pada maklumat tambahan di bawah untuk lebih terperinci

Margin Tidak dinyatakan

 

Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman mikro Alliance Bank ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Perusahaan Mikro dan PKS terjejas banjir yang terletak di daerah yang dikenalpasti Agensi Pengurusan Bencana Negara sebagai kawasan bencana.
  • Perusahaan Mikro dan PKS yang memenuhi piawaian yang dikeluarkan oleh SME Corporation Malaysia.
  • Warga Malaysia yang menetap di Malaysia dan Memegang sekurang-kurangnya 51% pegangan saham dalam Perusahaan Mikro atau PKS.
  • Pinjaman dengan tujuan untuk pembaikan atau penggantian aset untuk kegunaan perniagaan.

 

Dokumen diperlukan

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang dokumen yang diperlukan untuk pinjaman ini (tidak dinyatakan).

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan Disaster Relief Facility (DRF)?

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual bayaran balik pinjaman mikro Alliance Bank ini (tidak dinyatakan).

 

Di mana boleh memohon pinjaman mikro Alliance Bank ini?

Jika anda berhasrat untuk memohon pembiayaan ini bagi perusahaan anda. Anda boleh membuat permohonan secara manual dengan melawati mana-mana cawangan Alliance Bank berhampiran anda.

Di samping itu, anda juga boleh melayari laman web alliancebank.com.my untuk maklumat lanjut.

 

2. Micro Enterprises Facility (MEF)

Pinjaman ini disediakan adalah sebagai kemudahan pembiayaan mikro yang tidak bercagar kepada Perusahaan Mikro dengan kos yang berpatutan. Selain itu, ia juga berperanan sebagai modal kerja dan perbelanjaan modal untuk keperluan perniagaan. Untuk pengetahuan anda, sebanyak RM500 juta telah diperuntukkan bagi pembiayaan ini.

Pinjaman ini juga tidak boleh digunakan untuk tujuan peribadi atau aktiviti-aktiviti yang tidak berkaitan dengan perusahaan dan menyalahi undang-undang serta tidak patuh syariah. Melalui pinjaman ini, anda boleh memohon pembiayaan sehingga RM50,000 dengan tempoh bayaran balik pinjaman sehingga 5 tahun.

Di samping itu, jaminan pinjaman boleh diperolehi daripada Credit Guarantee Corporation (CGC) atau Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP).

Sila ketahui secara ringkas mengenai Micro Enterprises Facility (MEF) melalui jadual di bawah:

 

Kadar faedah

Tidak dinyatakan

Tempoh pinjaman

Sehingga 5 tahun

Jumlah pinjaman

Sehingga RM50,000

Sektor pekerjaan

Perusahaan Mikro

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Perusahaan Mikro Malaysia yang memenuhi piawaian yang dikeluarkan oleh SME Corporation Malaysia

*Sila rujuk kelayakan pada maklumat tambahan di bawah untuk lebih terperinci

Margin Tidak dinyatakan

 

Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Perusahaan Mikro Malaysia yang memenuhi piawaian yang dikeluarkan oleh SME Corporation Malaysia.
  • Warga Malaysia yang menetap di Malaysia dan memegang sekurang-kurangnya 51% pegangan saham dalam Perusahaan Mikro.
  • Usahawan mikro Malaysia termasuk individu yang bekerja sendiri, pekerja Gig di platform1 digital dan peserta program iTEKAD2.

PERHATIAN

*Pembiayaan akan ditawarkan di bawah Skim Pembiayaan Mikro, tanpa cagaran kepada:

  1. Pekerja Gig di platform digital seperti yang ditakrifkan oleh PENJANAGIG iaitu individu yang terlibat dalam menjalankan tugas atau bekerja melalui platform penyedia perkhidmatan pada aplikasi digital untuk mendapatkan pendapatan.
  2. Peserta program iTEKAD yang merujuk kepada usahawan mikro berpendapatan rendah yang layak, termasuk mereka yang terjejas oleh COVID-19 (tertakluk kepada terma dan syarat yang digariskan oleh bank masing-masing yang mengambil bahagian).

 

Dokumen diperlukan

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang dokumen yang diperlukan untuk pinjaman ini (tidak dinyatakan).

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan Micro Enterprises Facility (MEF)?

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual bayaran balik pinjaman mikro Alliance Bank ini (tidak dinyatakan).

 

Di mana boleh memohon pinjaman mikro Alliance Bank ini?

Jika anda berhasrat untuk memohon pembiayaan ini. Anda boleh membuat permohonan secara manual dengan melawati mana-mana cawangan Alliance Bank berhampiran anda.

Selain itu, anda juga boleh melayari laman web alliancebank.com.my untuk maklumat lanjut.

 

Akhir kata

Sekian sahaja penulisan kami mengenai pinjaman mikro Alliance Bank yang dapat kami berikan kepada anda. Sebagai rujukan produk pembiayaan di atas, anda boleh semak halaman ini. Tetapi kalau anda tidak layak untuk produk pembiayaan ini, anda boleh juga cuba mohon pinjaman perniagaan Bank Islam.

Diharapkan perkongsian ini dapat membuka lebih banyak lagi peluang kepada usahawan di luar sana untuk terus berdaya saing walaupun hanya menjalankan perniagaan mikro sahaja.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment