Pinjaman Menggunakan IC Sahaja 2023 (Guna Kad Pengenalan)

Ada pinjaman yang memerlukan collateral seperti geran motor. Maknanya, bila kau tak bayar hutang, motor kau akan kena tarik. Selain itu, ada juga pinjaman yang menggunakan IC sahaja. Tapi benarkah memang ada loan yang hanya memerlukan kad pengenalan sahaja?

Mari kita bincangkan bersama-sama.

Boleh percaya pinjaman menggunakan IC sahaja?

1. Boleh percaya, kalau…

Pinjaman sebegini boleh dipercayai kalau kau pinjam daripada bank atau syarikat pinjaman wang berlesen yang berdaftar, itu tak ada masalah.

Cuma apa yang pelik di sini ialah tidak ada bank mahupun syarikat peminjam wang yang akan berikan pinjaman hanya dengan salinan kad pengenalan sahaja.

Pastikan kau buat semakan di dalam laman web Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPT), Bahagian Kawalan Kredit Komuniti.

Kalau kau pemilik kau, adakah kau akan percaya dengan orang yang datang jumpa kau dan hanya sekadar berikan IC sahaja?

Aku percaya kau akan cakap tidak.

Kecuali.

Ada kecuali juga iaitu kau pinjam duit dengan mak, ayah, adik beradik atau ahli keluarga kau. Cuma kau pasti yang mereka ini tak akan minta IC kau. Kau kena berterus-terang dengan mereka kenapa kau perlukan duit segera.

Kalau mereka faham dan kalau kau tak pernah buat hal sebelum ini, aku yakin mereka akan tolong kau. Percayalah, tak ada ahli keluarga yang nak tengok aku susah.

Kebiasaannya, kalau pinjaman dalam RM100, RM200 atau RM300, itu lebih mudah dapat.

Kalau RM400 dan RM500 ke atas, memang agak susah sedikit kerana agak besar amaunnya.

Apa pun, cubalah dahulu.

Belum cuba belum tahu.

 

2. Tak boleh percaya, kalau…

Pinjaman sebegini nampak tak boleh dipercayai kalau nampak too good to be true.

Nampak mudah sangat nak lulus loan yang kau minta. Takkanlah semudah itu.

Tapi kau degil. Kau percaya juga dan akhirnya kau kena tipu. Jangan cakap aku tak warning awal-awal.

Mungkin ada syarikat yang akan berikan pinjaman hanya dengan menggunakan salinan IC sahaja. Tapi aku percaya risikonya sangat besar.

Aku bukan apa.

Aku takut kau akan diapa-apakan kalau gagal buat bayaran nanti.

 

Akhir kata

Pinjaman menggunakan IC sahaja ini nampak memang menarik. Dokumen yang diperlukan hanya satu sahaja iaitu kad pengenalan.

Aku harap kau fikir masak-masak. Fikir logik. Tak ada orang akan bagi pinjam semudah itu. Kau jangan termakan tipu daya scammer.

Aku hanya boleh doakan agar urusan kehidupan kau dipermudahkan.

Semoga bermanfaat.

19 thoughts on “Pinjaman Menggunakan IC Sahaja 2023 (Guna Kad Pengenalan)”

Leave a Comment