Pinjaman Koperasi UKHWAH 2023 (Blacklist / Overlap Layak Mohon)

Pinjaman Koperasi UKHWAH adalah salah satu skim dari persatuan yang menawarkan pembiayaan peribadi untuk mereka yang berkelayakan khususnya kakitangan kerajaan dan badan berkanun. Jadi, sekiranya anda tak tahu lagi dekat mana nak buat personal loan. Apa kata kalau anda cuba pelan pinjaman dari Koperasi UKHWAH.

Namun, sebelum anda pergi dengan lebih lanjut. Ketahui dahulu serba sedikit mengenai persatuan ini.

Apa itu Koperasi UKHWAH?

Koperasi UKHWAH sebelum ini dikenali sebagai Koperasi Usahawan Islam Malaysia Berhad. Sejak dari penubuhannya, koperasi ini telah bekerjasama dengan pelbagai jenis bank dan institut kewangan di Malaysia. Susulan itu, koperasi ini dapat memberikan banyak perkhidmatan kepada ahli mereka terutamanya menawarkan pinjaman peribadi kepada golongan yang layak dan berkenaan.

Oleh itu, sekiranya anda berkelayakan dan berminat untuk memohon pinjaman ini. Mari ketahui beberapa informasi mengenainya melalui artikel ini.

Jemput baca perkongsian kami.

Pinjaman Koperasi UKHWAH

Berikut merupakan jenis pelan pinjaman yang disediakan oleh Koperasi UKHWAH.

UKHWAH Cash-i

Pelan pinjaman ini adalah bersifat islamik yang tidak bercagar dan tidak memerlukan sebarang penjamin. Melalui pinjaman ini, anda boleh meminjam bermula minimum RM2,000 sehingga maksimum RM200,000 dengan tempoh pinjaman dari 2 tahun sehingga 10 tahun.

Selain itu, caj kadar keuntungan tahunan yang dikenakan adalah serendah 4.35% sehingga 4.99%. Untuk pengetahuan anda, individu yang pernah disenarai hitam masih layak untuk memohon pinjaman ini. Walau bagaimanapun, kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak koperasi.

Namun begitu, tempoh memproses kelulusan pinjaman peribadi ini tidak boleh didapatkan dalam kadar segera kerana ia hanya akan diproses dalam jangka masa 7 hingga 10 hari waktu bekerja.

Sila ketahui secara ringkas mengenai pinjaman UKHWAH cash-i ini melalui jadual di bawah:

 

Kadar faedah

Serendah 4.35% hingga 4.99%

Tempoh pinjaman

2 tahun hingga 10 tahun

Jumlah pinjaman

RM2,000 hingga RM200,000

Sektor pekerjaan

  • Kakitangan kerajaan
  • Badan berkanun
  • Agensi kerajaan
  • Syarikat GLC terpilih

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur minimum 19 tahun sehingga maksimum 56 tahun
  • Menerima pendapatan bulanan minimum RM1,500 dan ke atas

Tempoh kelulusan

7 hingga 10 hari waktu bekerja

 

Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Bekerja sebagai kakitangan kerajaan, badan berkanun, agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terpilih.
  • Berumur minimum 19 tahun sehingga maksimum 56 tahun.
  • Memegang jawatan tetap sekurang-kurangnya 6 bulan tempoh berkhidmat.
  • Potongan gaji tidak melebihi 60% daripada jumlah pendapatan.
  • Menerima pendapatan bulanan minimum RM1,500 dan ke atas.
  • Pembiayaan bertindih (overlap) dan penyelesaian akaun disenarai hitam (blacklist) dibenarkan.

 

Dokumen diperlukan

Antara dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan adalah:

  • 3 salinan kad pengenalan.
  • Salinan slip gaji 3 bulan terkini.
  • Penyata penyelesaian terkini bagi menyelesaikan overlap pinjaman lama (jika berkaitan).
  • Surat pengesahan jawatan.
  • 1 salinan penyata atau buku akaun simpanan Maybank.
  • Surat opsyen bersara jika berumur 50 tahun dan ke atas.
  • 5 salinan allotment form bagi pemohon dari Sabah dan Sarawak.
  • 1 salinan surat emolumen dari kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

PERHATIAN

*Setiap salinan di atas perlu mendapat pengesahan dari majikan.

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman UKHWAH Cash-i?

Bagi memudahkan anda untuk membuat bayaran balik pinjaman ini secara konsisten. Sila rujuk jadual pembayaran pada halaman ini sebagai panduan.

Sekadar makluman, anda boleh membuat bayaran balik pinjaman menggunakan kaedah potongan Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA).

 

Di mana boleh memohon pinjaman Koperasi UKHWAH ini?

Sekiranya anda berhasrat untuk memohon pinjaman ini. Anda boleh menghubungi Pegawai Pemasaran Koperasi UKHWAH di talian 03-2691 3357 atau 03-2691 0233.

Di samping itu, anda juga boleh terus mengunjungi mana-mana ibu pejabat UKHWAH berhampiran anda.

 

Akhir kata

Sekian sahaja maklumat yang dapat kami berikan mengenai pinjaman Koperasi UKHWAH ini. Diharapkan perkongsian ini dapat membantu memudahkan urusan pembiayaan peribadi yang anda inginkan.

Apa-apa pun, sebelum nak buat sebarang pinjaman peribadi. Ketahui dahulu sebab utama untuk memohon. Kalau tak ada sebab yang kukuh untuk buat personal loan, lebih baik elakkan.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment