Pinjam Duit Terus Masuk Akaun Bank (Mana Nak Dapat?)

Kalaulah ada perkhidmatan yang boleh kita boleh pinjam duit terus masuk akaun bank secepat mungkin, alangkah indahnya dunia ini. Tentu mudah hidup kita semua. Hakikatnya, tak ada yang boleh bagi pinjaman segera seperti yang kau angan-angankan. Tapi, kami ada beberapa cadangan yang anda boleh ikuti untuk mendapatkan wang dengan pantas.

Mana boleh pinjam duit terus masuk akaun?

1. Pinjam dari mak ayah

Alah, jangan buat-buat malu. Kau tahu kau tak ada duit dan memang sangat-sangat terdesak. Orang pertama yang perlu kau pergi mengadap ialah parents kau sendiri. Mustahil dia tak dapat nak tolong.

Kalau kau minta beribu-ribu lemon, mungkin susah sedikit. Tapi kalau setakat RM100, RM500 mahupun RM1000, aku rasa tak ada masalah. Mungkin ada dalam simpanan mereka di rumah.

Kalau tidak pun, jika mereka celik IT, boleh minta transfer duit terus masuk akaun bank kau. Cuma aku nasihatkan kau jumpa depan-depan dengan parents. Jangan main Whatsapp sahaja. Itu kurang ajar namanya.

 

2. Pinjam dari adik beradik

Kalau kau tak rapat dengan adik beradik, ini mungkin susah sedikit. Tapi tak salah mencuba bukan?

Modus operandinya, sama macam minta duit dengan mak ayah kau. Jangan sesekali Whatsapp kalau nak meminjam. Kau kena call terus. Orang yang call ialah orang yang serius dan nampak terdesak.

Kau kena jelaskan satu persatu kenapa kau perlu pinjam dari abang, kakak atau adik kau. Akhir sekali, kau kena berjanji bila kau akan pulang balik duit mereka. Jangan buat tak tahu sahaja.

 

3. Pinjam dengan AEON Credit

Aku cadangkan AEON sebab kaedah pinjaman AEON melalui laman web aeoncredit.com.my adalah lebih mudah berbanding dengan bank-bank yang lain seperti Maybank dan CIMB Bank. Duit pinjaman tersebut boleh terus masuk dalam akaun bank.

Kalau kau tak tahu, AEON Credit Services adalah salah satu cabang dari AEON Financial Service. Syarikat ini syarikat besar. Sudah menapak di Malaysia sejak tahun 1997.

Seperti yang dimaklumkan tadi, perkhidmatan pinjaman peribadi AEON mula beroperasi pada tahun 1997.  Syarat-syarat kelayakannya pula tidaklah melampau sangat. Contohnya, jika kau teringin nak buat pinjaman RM500 dan mahu dapat segera, kau mestilah berusia sekurang-kurangnya 18 tahun dan ke atas. Kau juga mestilah merupakan seorang warganegara Malaysia dan mempunyai Kad Pengenalan yang sah.

Tambahan lagi, tak perlu gaji tinggi sangat pun. Asalkan pendapatan sebulan sekurang-kurangnya RM800, kau sudah dikira layak. Dan terakhir, jumlah pinjaman yang kau boleh apply adalah dalam lingkungan RM1000 – RM100000. Tapi dengan gaji RM800, kau tak payahlah berangan nak dapat RM100000 sebab itu sudah level lain.

Proses pinjaman peribadi tanpa gaji dari AEON ini biasanya mengambil masa kira-kira 3 hari. Kalau dokumen dan rekod peribadi kau baik, prosesnya biasanya lebih mudah dan pantas.

Bagi bayaran balik pinjaman AEON, pembayaran boleh dibuat selepas bulan ke-18 sebelum akhir bulan dengan amaun minima RM40. Kalau ada tunggakan, kau kena bayar lebih lagi.

Aku nasihatkan, bayarlah ikut jadual dan jangan sesekali tak bayar langsung. Sekarang boleh guna Internet Banking. Kau boleh bayar 1-2 hari sebelum due date.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan pinjam duit terus masuk akaun bank ini akan dapat memudahkan urusan anda dan mendapat bantuan seperti yang diingini.

Semoga bermanfaat.

3 thoughts on “Pinjam Duit Terus Masuk Akaun Bank (Mana Nak Dapat?)”

Leave a Comment