Pinjaman Peribadi AEON 2023 (Bekerja Sendiri Juga Boleh Mohon)

Mesti anda sudah biasa dengan nama AEON Credit. Jika ya, tidak hairanlah kerana ia merupakan salah satu institusi yang kebiasaannya menyediakan pinjaman wang atau personal loan untuk orang yang nak beli kereta, motor dan seumpamanya. Apa yang menarik mengenai pinjaman peribadi AEON ini adalah ia terbuka kepada semua sektor pekerjaan termasuklah kepada mereka yang bekerja sendiri.

Di samping itu, pinjaman peribadi AEON adalah antara pinjaman yang mempunyai proses yang mudah, cepat dan ringkas. Kalau nak tahu lebih banyak lagi tentang pinjaman ini. Ikuti penulisan di bawah.

Izinkan kami berkongsi.

Pinjaman peribadi AEON

Berikut merupakan pinjaman peribadi AEON yang anda boleh mohon.

Pinjaman peribadi AEON i-Cash

Pelan pinjaman ini adalah tidak bercagar dan menggunakan konsep syariah iaitu Tawarruq. Melalui pinjaman ini, anda boleh memohon pinjaman bermula RM1,000 sehingga maksimum RM100,000 dengan pengiraan kadar kentungan tetap serendah 13.57% sehingga 31.72% setahun.

Tempoh pinjaman yang diberikan pula adalah di antara 6 bulan sehingga mencecah 7 tahun. Untuk pengetahuan anda, pelan ini ditawarkan kepada semua golongan yang memerlukan asalkan mempunyai pendapatan bulanan. Mereka yang bekerja sendiri juga turut layak memohon.

Selain itu, proses keputusan kelulusan pinjaman ini hanya dalam masa 1 hingga 3 hari  bergantung pada tempoh permohonan dibuat serta tertakluk terma dan syarat.

Sila ketahui secara ringkas mengenai pinjaman peribadi ini melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan

 13.57% hingga 31.72% setahun

Tempoh pinjaman

6 bulan hingga 7 tahun

Jumlah pinjaman

RM1,000 hingga RM100,000

Sektor pekerjaan

  • Terbuka kepada semua sektor pekerjaan
  • Bekerja sendiri

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Minimum berumur 18 tahun sehingga maksimum 65 tahun.
  • Berpendapatan bulanan sekurang-kurangnya RM1,500.
  • Mempunyai perniagaan atau syarikat yang berdaftar di SSM.

Tempoh kelulusan

1 hingga 3 hari

 

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pinjaman peribadi AEON ini. Sila ketahui melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan untuk pinjaman ini adalah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Minimum berumur 18 tahun sehingga maksimum 65 tahun.
  • Berpendapatan bulanan sekurang-kurangnya RM1,500.
  • Memohon jumlah pinjaman hanya dari RM1,000 sehingga maksimum RM100,000.
  • Bekerja.
  • Mempunyai perniagaan atau syarikat yang berdaftar di SSM.

 

Dokumen diperlukan

Berikut merupakan dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan:

  • Salinan kad pengenalan (depan dan belakang).
  • Slip gaji 1 atau 3 bulan terkini.
  • Penyata EPF terkini.
  • Penyata komisen 6 bulan terkini (jika berkaitan).
  • Sijil pendaftaran perniagaan atau syarikat SSM (jika berkaitan).
  • Penyata akaun syarikat 6 bulan terkini (jika berkaitan).
  • Borang serta resit berkaitan cukai (jika berkaitan).

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman peribadi AEON i-Cash?

Untuk memudahkan anda membuat bayaran balik pinjaman peribadi ini secara bulanan. Sila rujuk jadual pembiayaan ini atau halaman ini untuk panduan anda.

Sekadar makluman, anda boleh membuat bayaran balik pinjaman ini menggunakan beberapa kaedah seperti arahan auto debit, pembayaran di kaunter, mesin deposit tunai (CDM), pemindahan wang di mesin ATM, perbankan internet, interbank GIRO (IBG) atau pemindahan segera.

Pembayaran boleh dibuat pada setiap 2 haribulan setiap bulan.

 

Di mana boleh memohon pinjaman ini?

Sekiranya anda berminat untuk memohon pinjaman peribadi AEON i-Cash ini. Anda boleh memohon di mana-mana cawangan atau kaunter servis AEON Credit Service.

Anda juga boleh mohon secara online melalui laman web rasmi AEON Credit di aeoncredit.com.my.

 

Akhir kata

Sekian sahaja informasi yang dapat kami sediakan untuk anda. Sebarang perubahan maklumat adalah bergantung kepada pihak AEON Credit itu sendiri. Diharapkan perkongsian kami mengenai pinjaman peribadi AEON ini dapat memenuhi keperluan kewangan anda dalam apa jua situasi.

Tetapi, kalau dah lulus pinjaman nanti. Jangan pula lupa untuk selesaikan hutang. Jadilah peminjam yang bijaksana dan memudahkan urusan orang lain.

Semoga bermanfaat.

1 thought on “Pinjaman Peribadi AEON 2023 (Bekerja Sendiri Juga Boleh Mohon)”

Leave a Comment