Macam Mana Nak Tahu Loan Kereta Lulus Atau Tidak?

Lega rasa hati bila segala urusan untuk buat pinjaman kereta dah settle. Tapi, macam mana nak tahu loan kereta lulus atau tidak? Buatnya tiba-tiba kena reject, dah rugi masa dan tenaga.

Eh! Sabar. Jangan gelabah dulu. Di sini kami ada jawapan yang anda cari.

Macam mana nak tahu loan kereta lulus atau tidak?

1. Mempunyai lesen memandu kereta

Ya, untuk memohon pinjaman kereta anda perlu ada lesen memandu yang sah.

Ini adalah salah satu faktor terbesar yang menyumbang kepada kelulusan loan kereta anda.

Sebabnya masa nak submit loan, ada bank yang akan minta salinan lesen anda.

Jadi, kalau anda ada lesen memandu, boleh dikatakan 99% loan kereta anda tak akan kena reject.

Yang 1% lagi kemungkinan ditolak atas faktor lain.

Tapi, untuk anda yang tidak mempunyai lesen memandu dan dah buat pinjaman untuk beli kereta.

Kami tak kata yang loan anda akan terus ditolak.

Cuma, ada sedikit kemungkinan untuk loan kereta anda tak akan diluluskan.

Namun semuanya bergantung kepada permintaan bank atau institusi kewangan yang anda mohon.

Ini kerana, ada juga bank atau institusi kewangan yang tak perlukan lesen memandu untuk meluluskan loan.

 

2. Ada penjamin

Penggunaan penjamin atau biasa disebut “guarantor” adalah untuk mengukuhan permohonan pinjaman individu yang tidak layak berdasarkan faktor-faktor tertentu.

Dengan adanya penjamin, permohonan loan kereta yang tak menepati syarat dan kelayakan akan lebih mudah untuk diluluskan kerana penjamin lah yang akan melangsaikan hutang kereta yang masih tersisa sekiranya terjadi apa-apa kepada si peminjam.

Senang cerita, bila ada penjamin ini bank tak akan rugi apa-apa.

Faham kan?

So kalau pihak bank dah ada jaminan, lebih mudah lah loan kereta anda nak lulus.

Tapi kalau anda tak layak dan tak ada penjamin, boleh jadi pinjaman anda tak akan lulus.

 

3. Bank / wakil penjual kereta akan call

Jawapan paling mudah mengenai macam mana nak tahu loan kereta lulus atau tidak adalah apabila anda menerima panggilan telefon daripada bank atau wakil penjual kereta.

Biasanya pihak bank atau wakil penjual kereta anda akan menghubungi anda dan menyatakan bahawa loan kereta telah berjaya diluluskan.

Seterusnya, mereka akan memberikan maklumat lebih lanjut berkaitan loan kereta anda dan anda akan diminta untuk datang menandatangani beberapa dokumen perjanjian.

Tak lupa juga untuk bawa pulang kereta yang anda idam-idamkan selama ini.

Jadi, bila anda dah dapat call yang memaklumkan permohonan loan anda dah berjaya.

Itulah tandanya loan kereta anda lulus.

Tak akan itu pun kami nak kena explain.

 

4. Rekod CCRIS, CTOS dan nilai DSR cantik

Kami dah pernah beritahu apa itu CCRIS, CTOS dan nilai DSR dalam artikel kami sebelum ini.

Tapi mungkin ada yang masih belum baca.

Jadi kami akan kongsikan sekali lagi.

CCRIS adalah rekod perjalanan kredit anda.

CTOS pula adalah maklumat tentang kewangan anda.

Manakala, nilai DSR adalah pengiraan hutang anda berdasarkan pendapatan.

Ok faham, tapi apa kaitan semua ini dengan loan kereta?

Ia memang sangat berkait sebab bank akan kaji semua rekod yang telah kami nyatakan di atas sebelum membuat keputusan untuk meluluskan permohonan loan anda atau tak.

Kalau anda mempunyai kredit dan kewangan yang baik, memang mudah lah loan kereta anda akan lulus.

Tapi kalau rekod anda semua buruk, janganlah tanya lagi kenapa pinjaman bank tidak lulus.

Kesimpulannya, jaga lah skor markah anda untuk ketiga-tiga kategori ini supaya mudah nak lepas loan.

 

5. Tiada masalah dokumen

Apabila anda yakin yang anda dah submit semua dokumen permohonan pinjaman anda dengan lengkap tanpa tertinggal satu pun.

Tambahan lagi dokumen anda semuanya tak ada masalah dan pihak bank berpuas hati dengan apa yang anda sediakan.

Memang anda dah tak perlu fikir dah macam mana nak tahu loan kereta lulus ke tidak.

Sebab selalunya memang lulus.

Kalau masih rasa risau, doa banyak-banyak supaya urusan anda dipermudahkan.

 

6. Menepati syarat dan kelayakan

Adakah anda melepasi had umur yang telah ditetapkan?

Adakah anda mempunyai pendapatan yang layak untuk membeli kereta tersebut?

Adakah dokumen anda semuanya lengkap?

Jika ya adalah jawapannya.

Anda tak perlu nak pening-pening fikir pasal loan lulus ke tidak.

Confirm tak kena reject.

Tapi kalau sebaliknya, faham-faham sajalah.

Terpaksalah mohon sekali lagi sampai loan anda itu lulus.

 

Akhir kata

Diharapkan perkongsian kami mengenai macam mana nak tahu loan kereta lulus atau tidak ini dapat bantu anda yang memerlukannya.

Tapi ingat!

Jangan beli kereta yang melebihi kemampuan anda.

Pakai kereta biasa-biasa pun tak apa asalkan tak jadi beban kepada anda nak bayar balik bulan bulan.

Sentiasa jadi bijak walaupun dalam berhutang.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment