Kelebihan Simpanan Tabung Haji (Berbanding ASB & Simpan Di Bank)

Kami terlalu kerap menerima soalan “Yang mana satu lagi bagus? Simpan di ASB atau Tabung Haji?”. Dek kerana penat menjawab, maka kami akan kongsikan kelebihan simpanan Tabung Haji supaya anda boleh dapatkan jawapan sendiri.

Sila baca dan fahamkan betul-betul.

Kelebihan simpanan Tabung Haji

1. Dividen Tabung Haji dah siap bayar zakat

Yang pertama, katakan anda ada duit simpanan Tabung Haji sebanyak RM200,000. Andai kata kadar dividen pada tahun semasa ialah 3%, anda akan menerima amaun dividen sebanyak RM6,000.

Yang kedua, katakan anda ada duit simpanan atau pelaburan di ASB yang maksimum sebanyak RM200,000. Anda kata kadar dividen ASB pada tahun semasa ialah 6%, anda akan menerima amaun dividen sebanyak RM12,000.

“Wah, lagi untung simpan di ASB wehhhhh!”

Nanti dulu.

Secara kasar, dividen di ASB nampak lebih tinggi dari Tabung Haji. Tapi itu belum masuk kadar yang dikenakan zakat. Setiap simpanan dan dividen tahun semasa ASB akan dikenakan zakat sebanyak 2.5%.

Jadi, kalau 2.5% untuk zakat dikenakan bagi simpanan ASB sebanyak RM200,000, maka anda perlu mengeluarkan zakat sebanyak RM5,000. Setelah ditolak daripada RM12,000, anda hanya menerima dividen yang dikira halal sebanyak RM7,000 sahaja. Tak banyak beza pun dengan Tabung Haji.

Kami tak mahu berhujah tentang halal haram di sini. Walaupun ASB juga ada keburukan, terpulang pada pilihan masing-masing. Tepuk dada tanya selera.

 

2. Tabung Haji beri kelebihan buka akaun simpanan kanak-kanak dengan mudah

Akan ada yang argue bahawa bank-bank lain pun benarkan bukan akaun untuk kanak-kanak. Contohnya, Maybank membenarkan ibu-bapa membuka akaun Maybank Yippe untuk anak-anak.

Tapi tahukah anda, setiap akaun bank anak-anak, anda perlu mantain supaya sentiasa aktif dan tidak expired. Jadi, anda perlu sentiasa masukkan dan keluarkan duit daripada akaun anak bagi menunjukkan ia masih lagi aktif.

Ya, anda tidak salah baca. Anda perlu keluarkan duit dari akaun anak. Masalahnya di sini, kalaulah nak keluarkan akaun anak daripada akaun bank dia adalah semudah transfer duit melalui Maybank2u, tidak mengapa. Ini tidak. Anda perlu ke kaunter untuk mengeluarkan duit anak dan masukkan semula.Ini pengalaman penulis sendiri. Tak tahulah kalau sekarang tidak ada lagi rules begitu.

Berbeza dengan ASB dan Tabung Haji, pembukaan dan proses untuk maintain akaun lebih mudah.

 

3. Boleh semak baki akaun Tabung Haji anak

Kalau dulu, jika nak check balance akaun Tabung Haji, perlu pergi ke kaunter dan cetak penyata. Sekarang tidak lagi. Semakan baki akaun Tabung Haji boleh dibuat secara online sahaja menggunakan thijari.com.my

Kalau anda link akaun Tabung Haji dan Maybank2u, lagi mudah nak semak baki.

 

4. Kelebihan Tabung Haji, boleh masukkan dan keluarkan simpanan dengan mudah

Apabila sudah boleh semak baki dengan mudah, maka nak buat transaksi keluar masuk juga mudah. Ibu-bapa yang mempunyai akaun anak-anak di bawah mereka juga boleh transfer dengan begitu pantas melalui FPX.

 

5. Semangat kumpul duit untuk pergi tunaikan Haji

Simpan di bank atau ASB, kebanyakan orang berniat untuk generate income dan bertambah lagi simpanan melalui dividen.

Berbeza dengan Tabung Haji, mari kita sama-sama niatkan simpanan di sini adalah khas untuk kita pergi menunaikan fardhu Haji ke Mekah. Sebagai orang Islam, menunaikan Haji adalah satu perkara wajib keran ia adalah salah satu daripada rukun Islam yang 5.

Allah juga berjanji bahawa sesiapa yang berbuat sesuatu kerana-Nya, pasti dipermudahkan.

 

Akhir kata

Kami berharap agar perkongsian ini dapat membuka mata anda dari segi kelebihan yang ada pada Tabung Haji.

Sama-sama kita berdoa agar Allah panggil kita untuk mengerjaka Haji dalam masa terdekat ini.

Leave a Comment