Cara Pengiraan Kadar Faedah Pinjaman Peribadi

Kadar faedah adalah peratusan yang dikenakan pada jumlah pinjaman yang dipinjam oleh seseorang. Selalunya, orang panggil interest. Sebelum membuat apa-apa loan, adalah penting untuk anda ambil peduli tentang kadar faedah pinjaman peribadi terlebih dahulu. Tak kisahlah anda mahu buat pinjaman daripada bank ataupun pemberi pinjam wang berlesen, sila ambil tahu. Jangan hanya mahu dapat duit sahaja. Silap pilih, ia boleh berikan masalah dalam jangka masa yang panjang.

Jom kita tengok sama-sama.

Apa Itu Kadar Faedah?

Seperti yang dimaklumkan, kadar faedah adalah peratusan yang dikenakan pada jumlah pinjaman pokok. Contohnya, jika pinjam dengan amaun sekian-sekian, kadar faedah yang dikenakan ialah 5%.

Maknanya, dengan mengetahui kadar faedah, seseorang dapat menentukan berapa banyak “bunga” yang perlu dibayar kepada pihak yang memberi pinjam untuk pinjaman peribadi tersebut.

 

Cara Kira Kadar Faedah Pinjaman Peribadi

Untuk mengira kadar faedah bagi pinjaman peribadi, anda perlu tahu berapa jumlah yang ingin dipinjam (iaitu pinjaman pokok), tempoh pinjaman dan kadar faedah pinjaman.

Berikut adalah contoh bagaimana mengira kadar faedah bagi pinjaman peribadi:

  1. Pertama, tentukan jumlah pinjaman pokok. Ini adalah jumlah wang yang anda pinjam daripada pemberi pinjaman seperti Maybank, CIMB, Public Bank dan lain-lain. Sebagai contoh, katakan anda ingin buat pinjaman berjumlah RM10,000.
  2. Seterusnya, tentukan tempoh pinjaman peribadi. Ini adalah tempoh masa yang diperlukan untuk membayar balik pinjaman. Biasanya tempoh pinjaman dinyatakan dalam bulan atau tahun. Sebagai contoh, katakan anda bercadang untuk meminjam selalma 5 tahun atau 60 bulan.
  3. Sekarang, lihat kadar kadar faedah pinjaman daripada pemberi pinjam. Ini adalah peratusan jumlah pinjaman pokok yang akan dikenakan oleh pemberi pinjaman. Sebagai contoh, katakan bahawa kadar faedah pinjaman adalah 10% setahun.
  4. Untuk mengira jumlah faedah keseluruhan yang akan dibayar bagi pinjaman, anda perlu darab jumlah pinjaman pokok dengan kadar faedah pinjaman. Kemudian, darab dengan tempoh pinjaman. Dalam contoh ini, jumlah faedah keseluruhan yang akan dibayar adalah RM 10,000 x 10% x 5 tahun = RM 5,000.
  5. Untuk mengira kadar faedah bulanan, anda perlu bahagi kadar faedah tahunan pinjaman dengan bilangan bulan dalam satu tahun. Dalam contoh ini, kadar faedah bulanan adalah 10% / 12 bulan = 0.83% setiap bulan.
  6. Untuk mengira bayaran bulanan bagi pinjaman pula, anda perlu bahagi jumlah faedah keseluruhan pinjaman dengan bilangan bulan dalam tempoh pinjaman. Dalam contoh ini, bayaran bulanan bagi pinjaman adalah RM 5,000 / 60 bulan = RM 83.33 setiap bulan.

Sila ambil maklum bahawa kira-kira ini hanya sekadar contoh semata-mata dan pengiraan adalah berbeza bergantung kepada terma-terma khusus pinjaman peribadi anda. Adan perlu membaca dengan teliti terma dan syarat pinjaman sebelum bersetuju untuk mengambil pinjaman peribadi yang ditawarkan.

 

Apa Keburukan Kalau Kadar Faedah Tinggi?

Sekiranya pinjaman peribadi anda dikenakan kadar faedah yang tinggi, ia dapat memberikan kesan negatif.

Jumlah bayaran yang perlu dilangsaikan setiap bulan akan dikenakan bunga yang lebih tinggi.

Lagi tinggi interest, lagi banyak kena bayar.

Lagi banyak kena bayar, lagi lambat habis.

Ini akan menambah beban kewangan anda.

Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai komitmen bulanan yang tinggi.

Kalau sudah ada pinjaman rumah dan kereta, itu sudah cukup besar.

Tambah lagi dengan pinjaman peribadi, pastinya lebih membebankan.

Kalau sangkut-sangkut dalam urusan bayaran balik pinjaman, faham-fahamlah.

Mungkin pihak bank tidak mahu beri pinjam lagi.

 

Apa Kebaikan Kalau Kadar Faedah Rendah?

Sekiranya anda dapat kadar bunga yang rendah untuk pinjaman peribadi, itu satu rezeki.

Selalunya, interest yang rendah sebegini boleh didapati apabila pihak bank menjalankan promosi.

Apabila kadar faedah rendah, duit yang perlu dibayar sebagai interest juga akan jadi rendah.

Lagi kurang interest, lagi cepat boleh habis bayar.

Tak perlu berhutang lama-alam.

Ini akan mengurangkan beban kewangan anda.

Kalau bayaran anda cantik setiap bulan, bank pun suka.

Mudah untuk mohon apa-apa pinjaman yang lain.

 

Perbandingan Kadar Faedah Pinjaman Peribadi

Kami bandingkan kadar faedah untuk bagi setiap bank di Malaysia. Ini penting agar anda dapat mencari bank yang dapat memberikan kadar faedah terendah dengan terma-terma yang tertentu.

Oleh kerana senarai perbandingan ini masih belum siap sepenuhnya, sila datang semula ke laman untuk setelah dikemaskini nanti.

 

Adakah Interest Rate sama dengan OPR?

Nampak macam sama, tetapi hakikatnya tidak sama.

OPR atau Overnight Policy Rate merupakan kadar faedah yang ditentukan oleh bank pusat (dalam hal ini Bank Negara Malaysia).

OPR digunakan sebagai satu acuan untuk kadar faedah bagi operasi kewangan dalam pasaran wang.

OPR menjadi dasar bagi kadar faedah bagi pelbagai jenis instrumen kewangan seperti deposit, pinjaman, dan instrumen hutang lain.

Kadar OPR yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia diumumkan secara berkala, dan boleh berubah dari semasa ke semasa mengikut kondisi ekonomi semasa.

Anda boleh lihat perubahan rekod kenaikan dan penurunan OPR di laman web Bank Negara Malaysia.

Kadar OPR yang lebih tinggi menunjukkan kadar faedah yang lebih tinggi, yang boleh menyebabkan pelbagai implikasi bagi penggunaan wang dan kewangan sesebuah negara.

Secara tidak langsung, jika OPR naik, kadar faedah yang dikenakan oleh bank juga akan naik. Ini akan menyebabkan anda membayar interest yang lebih tinggi setiap bulan.

 

Akhir kata

Berdasarkan penjelasan di atas, dapat disimpulkan bahawa untuk mengira kadar faedah bagi pinjaman peribadi, anda perlu mengetahui jumlah pinjaman pokok, tempoh pinjaman dan kadar faedah pinjaman.

Setelah memperolehi maklumat ini, anda boleh menggunakan formula ringkas yang diberikan untuk buat pengiraan jumlah faedah keseluruhan, kadar faedah bulanan dan bayaran bulanan bagi pinjaman tersebut.

Walaupun penjelasan ini hanya sebagai contoh, ia memberikan gambaran yang jelas mengenai cara mengira kadar faedah bagi pinjaman peribadi.

Diharapkan agar perkongsian berkenaan kadar faedah pinjaman peribadi ini akan memudahkan lagi urusan anda.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment