Cara Check Balance Loan Kereta Public Bank Online (pbebank.com)

Pakai kereta dah lama, tapi kadang-kadang rasa macam tak habis-habis lagi hutang dengan Public Bank. Kalau nak tahu cara nak check balance loan kereta Public Bank, kami ada caranya.

Jom kita buat semakan sama-sama.

Cara check balance loan kereta Public Bank secara online

Ini adalah panduan ringkas untuk anda buat semakan baki pinjaman kereta menggunakan online banking Public Bank.

  1. Layari website rasmi Public Bank online banking di sini: https://www.pbebank.com/
  2. Laman utama web akan keluar
  3. Tekan pada bahagian Login
  4. Log masuk pbebank.com seperti biasa
  5. Masukkan User ID
  6. Tekan Next
  7. Masukkan Password
  8. Tekan butang Login
  9. Profil akaun anda akan dipaparkan
  10. Klik pada menu Account
  11. Klik Loan / Financing
  12. Baki loan kereta Public Bank akan terpapar
  13. Selesai

Untuk memudahkan lagi anda buat bajet bulanan, boleh print statement Public Bank untuk buat pemantauan.

Dengan melakukan perkara ini, anda boleh lihat transaksi keluar masuk dengan Public Bank.

Hati pun lebih tenang.

 

Check balance loan kereta dengan Customer Service Public Bank

Kalau ada masalah dengan username dan password kerana tak boleh login Internet Banking Public Bank, sila bertenang.

Anda boleh sahaja nombor telefon Khidmat Pelanggan Public Bank.

Sila ikuti langkah-langkah ringkas ini:

  1. Call pihak no 1-800 22 7777 untuk bercakap dengan Bahagian Pembelian / Pinjaman Kenderaan Public Bank
  2. Tunggu sekejap sehingga panggilan diangkat
  3. Beritahu nama dan maklumkan tujuan adalah untuk check baki pinjaman kereta
  4. Tunggu sekejap sementara panggilan disambung ke bahagian berkenaan
  5. Jika panggilan berjaya disambungkan, beritahu nama dan tujuan sekali lagi
  6. Berikan semua maklumat atau butiran yang diminta
  7. Tunggu sekejap sementara permintaan sedang dijalankan
  8. Baki loan kereta akan dimaklumkan
  9. Sila catat atau rekod jika perlu
  10. Selesai

 

Check balance loan kereta Public Bank melalui SMS, boleh ke?

Setakat pencarian kami di laman web Public Bank, kami tidak jumpa apa-apa maklumat berkenaan semakan baki pinjaman kereta Public Bank menggunakan SMS.

Mohon maaf, mungkin juga silap kami, tak jumpa pautan yang betul di https://www.pbebank.com dan https://www.pbebank.com.my

Jika anda ada caranya, mohon kongsikan dengan kami.

 

Kalau tak ada akaun Public Bank online, boleh check balance pinjaman kereta di branch?

Ya, boleh.

Cuma agak pelik kalau pergi cawangan Public Bank berdekatakan semata-mata nak buat semakan pinjaman kereta.

Walau bagaimanapun, nyatakan sahaja pada pegawai Public Bank bahawa anda tidak boleh akses Perbankan Internet Public Bank.

Mereka pasti boleh bantu.

Boleh cuba ikuti langkah-langkah seperti di bawah:

  1. Hadirkan diri ke branch Public Bank yang tersedia di kawasan berdekatan
  2. Sila ambil nombor giliran
  3. Sila ambil tempat duduk yang kosong sementara menunggu nombor dipanggil
  4. Terus ke kaunter urusan yang telah dimaklumkan
  5. Nyatakan tujuan adalah untuk semak baki pinjaman kereta
  6. Serahkan segala butiran atau maklumat yang diperlukan oleh kakitangan bertugas
  7. Tunggu sekejap untuk permintaan dilakukan
  8. Maklumat Baki pinjaman kereta akan dimaklumkan oleh pegawai bertugas
  9. Selesai

Terakhir, jangan lupa minta pegawai bank supaya tolong cetak penyata Public Bank sekali.

Mudah untuk anda buat rujukan dan semakan sekali lagi nanti.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian artikel tentang cara nak check balance loan kereta Public Bank
ini dapat menyenangkan lagi urusan perbankan anda.

Kalau ada duit lebih seperti dapat bonus tahunan, buatlah terus full-settlement bagi pinjaman kereta Public Bank ini.

Kurang sikit beban dan komitmen bulanan.

Pening kepala bila banyak-banyak hutang dengan Public Bank.

Apa-apa pun, semoga dipermudahkan segala urusan.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment