Check Balance Loan Kereta CIMB Bank Online

Pakai kereta dah lama, tapi kadang-kadang rasa macam tak habis-habis lagi hutang dengan CIMB. Kalau nak tahu cara nak check balance loan kereta CIMB, kami ada caranya.

Jom kita buat semakan sama-sama.

Cara check balance loan kereta CIMB secara online

Ini adalah panduan ringkas untuk anda buat semakan baki pinjaman kereta menggunakan online banking CIMB.

  1. Layari website rasmi CIMB online banking di sini: https://www.cimbclicks.com.my/
  2. Klik pada bahagian Login to Clicks
  3. Seperti biasa, login cimbclicks.com.my
  4. Masukkan ruangan Enter User ID
  5. Tekan butang Login
  6. Sila sahkan SecureWord dengan tick pada Yes, this is my SecureWord
  7. Masukkan Password
  8. Tekan butang Login
  9. Setelah berjaya masuk ke akaun, tekan pada menu My Accounts
  10. Bahagian My Accounts Overview akan keluar
  11. Lihat pada bahagian Loans / Financing
  12. Baki pinjaman kereta CIMB akan dipaparkan
  13. Selesai

 

Check balance loan kereta CIMB melalui SMS, boleh ke?

Setakat pencarian kami di laman web CIMBClicks, kami tidak jumpa apa-apa maklumat berkenaan semakan baki pinjaman kereta CIMB menggunakan SMS.

Mohon maaf, mungkin juga silap kami, tak jumpa pautan yang betul di https://www.cimbclicks.com.my

Jika anda ada caranya, mohon kongsikan dengan kami.

 

Check balance loan kereta dengan Customer Service CIMB

Kalau ada masalah dengan username dan password kerana tak boleh login Internet Banking CIMB, sila bertenang.

Anda boleh sahaja nombor telefon Khidmat Pelanggan CIMB.

Sila ikuti langkah-langkah ringkas ini:

  1. Call pihak no 03-6204 7788 untuk bercakap dengan Pusat Panggilan Pengguna CIMB
  2. Tunggu sekejap sehingga panggilan dijawab
  3. Jika panggilan sudah dijawab, beritahu nama dan tujuan nak semak baki pinjaman kereta
  4. Panggilan akan disambungkan ke bahagian berkenaan
  5. Tunggu sekejap sementara panggilan berjaya disambungkan
  6. Beritahu nama dan tujuan sekali lagi
  7. Ikuti permintaan dan arahan yang diberikan oleh pegawai bertugas
  8. Tunggu sekejap sementara permintaan anda sedang dijalankan
  9. Baki pinjaman kereta akan dimaklumkan
  10. Sila catat atau rekod untuk rujukan akan datang jika perlu
  11. Selesai

 

Kalau tak ada akaun CIMBClicks, boleh semak baki pinjaman kereta di branch?

Ya, boleh.

Cuma agak pelik kalau pergi cawangan CIMB berdekatakan semata-mata nak buat semakan pinjaman kereta.

Walau bagaimanapun, nyatakan sahaja pada pegawai CIMB bahawa anda tidak boleh akses Perbankan Internet CIMB.

Mereka pasti boleh bantu.

Boleh cuba ikuti langkah-langkah seperti di bawah:

  1. Hadirkan diri ke branch CIMB Bank berhampiran
  2. Sila ambil nombor giliran
  3. Sila ambil tempat duduk yang kosong sementara menunggu giliran
  4. Jika nombor giliran sudah dipanggil, terus ke kaunter urusan yang tertera
  5. Nyatakan tujuan adalah untuk semak baki pinjaman kereta
  6. Berikan semua butiran atau maklumat yang diinginkan oleh kakitangan bertugas
  7. Tunggu sekejap sementara Permintaan akan diproses oleh pegawai bank
  8. Jika tiada sebarang masalah, Baki pinjaman kereta akan dimaklumkan oleh pegawai bertugas
  9. Selesai

Terakhir, jangan lupa minta pegawai bank supaya tolong print statement CIMB sekali.

Mudah untuk anda buat rujukan dan semakan sekali lagi nanti.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian artikel tentang cara nak check balance loan kereta CIMB ini dapat menyenangkan lagi urusan perbankan anda.

Kalau ada duit lebih seperti dapat bonus tahunan, buatlah terus full-settlement pinjaman kereta CIMB ini.

Kurang sikit beban dan komitmen bulanan.

Pening kepala bila banyak-banyak hutang dengan CIMB.

Apa-apa pun, semoga dipermudahkan segala urusan.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment