Cara Check Balance Loan Kereta Ambank Online (ambank.com.my)

Pakai kereta dah lama, tapi kadang-kadang rasa macam tak habis-habis lagi hutang dengan Ambank kan?. Kalau nak tahu cara nak check balance loan kereta Ambank anda, kami ada caranya.

Jom kita buat semakan sama-sama.

Cara check balance loan kereta Ambank secara online

Ini adalah panduan ringkas untuk anda buat semakan baki pinjaman kereta menggunakan online banking Ambank untuk anda.

  1. Layari website rasmi Ambank online banking di sini: https://ambank.amonline.com.my/
  2. Laman utama web akan dipaparkan
  3. Login ambank.amonline.com.my seperti biasa
  4. Masukkan Username
  5. Klik Log In Now
  6. Sila sahkan Security Image dengan menekan butang Yes
  7. Masukkan Password
  8. Klik butang Log In
  9. Profil akaun akan terpapar
  10. Klik pada menu Pay Loans / Financing
  11. Baki loan kereta Ambank akan keluar
  12. Selesai

 

Check balance loan kereta Ambank melalui SMS, boleh ke?

Setakat pencarian kami di laman web AmOnline, kami tidak jumpa apa-apa maklumat berkenaan semakan baki pinjaman kereta Ambank menggunakan SMS.

Mohon maaf, mungkin juga silap kami, tak jumpa pautan yang betul di https://www.ambank.com.my

Jika anda ada caranya, mohon kongsikan dengan kami.

 

Check balance loan kereta dengan Customer Service Ambank

Kalau anda ada masalah dengan username dan password kerana tak boleh login Internet Banking Ambank ini, sila bertenang.

Anda boleh sahaja nombor telefon Khidmat Pelanggan Ambank untuk mendapatkan bantuan.

Sila ikuti langkah-langkah ringkas ini:

  1. Call pihak pihak Ambank di talian 03-2178 8888
  2. Tunggu sekejap sehingga panggilan dijawab
  3. Perkenalkan diri dan beritahu tujuan untuk semak baki pinjaman kereta
  4. Tunggu sekejap
  5. Panggilan akan disambungkan ke bahagian berkaitan
  6. Setelah panggilan sudah disambung, perkenalkan diri dan nyatakan tujuan sekali lagi
  7. Berikan segala butiran atau maklumat yang diminta
  8. Tunggu sekejap sementara permintaan sedang dilaksanakan
  9. Baki pinjaman kereta akan dimaklumkan oleh pegawai bertugas
  10. Sila simpan atau catat jika perlu
  11. Selesai

 

Kalau tak ada akaun AmOnline, boleh semak pinjaman kereta di branch?

Ya, boleh.

Cuma agak pelik kalau pergi cawangan Ambank berdekatan semata-mata nak buat semakan pinjaman kereta.

Walau bagaimanapun, nyatakan sahaja pada pegawai Ambank bahawa anda tidak boleh akses Perbankan Internet Ambank disebabkan perkara-perkara tertentu.

Mereka pasti boleh bantu.

Boleh cuba ikuti langkah-langkah seperti di bawah:

  1. Hadirkan diri ke branch Ambank berhampiran
  2. Sila ambil nombor giliran
  3. Sila ambil tempat duduk yang kosong untuk menunggu nombor dipanggil
  4. Terus ke kaunter urusan yang telah dimaklumkan
  5. Nyatakan tujuan adalah nak semak baki pinjaman kereta
  6. Serahkan segala butiran dan maklumat yang diminta
  7. Tunggu sekejap sementara Permintaan akan diproses oleh pegawai bank
  8. Baki pinjaman kereta akan dimaklumkan
  9. Selesai

Terakhir, jangan lupa minta pegawai bank supaya tolong print statement Ambank sekali.

Mudah untuk anda buat rujukan dan semakan sekali lagi nanti.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian artikel tentang cara nak check balance loan kereta Ambank ini dapat menyenangkan lagi urusan perbankan anda.

Kalau ada duit lebih seperti dapat bonus tahunan, buatlah terus full-settlement bagi pinjaman kereta Ambank ini.

Kurang sikit beban dan komitmen bulanan.

Pening kepala bila banyak-banyak hutang dengan Ambank kan?

Apa-apa pun, semoga dipermudahkan segala urusan.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment